BAB 12 🍎

3K 259 35
                                    

HAZIQ termenung sendiri di beranda biliknya. Matanya tak lepas melihat pemandangan pada waktu matahari sudah terbit walaupun sedikit. Usai solat subuh sebentar tadi, Haziq menapak ke luar beranda sehingga saat ini. Mindanya jauh melayang memikirkan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tak semenanya Haziq ketawa sendiri. Tawa mengejek untuk dirinya sendiri.

Alangkah bodohnya dia percaya bulat-bulat kata-kata gadis itu pada pertama kali mereka bertemu.

"I love you, Haz.. Jadah dia." Haziq mengajuk bicara Izwani yang menyatakan bahawa gadis itu mencintainya. Rambutnya diraup ke belakang dengan kasar.

Begini rasanya patah hati? Cinta bertepuk sebelah tangan dalam diam masih lagi okay. Cinta dipermainkan rasa pahit sangat. Sepahit peria atau hempedu. Haih. Keluhan kecil terbit dibibirnya. Tidak mahu terus melayan perasaan, Haziq kembali merebahkan badannya di atas katil. Telefon yang berada di atas drawer digapai.

HaziqIrsyad_

Korang tahu tak?

TengkuFarhan_

Tahu apa? 😒

HaziqIrsyad_

Wan masuk dulu baru aku cerita.

TengkuFarhan_

Alaaaaa.

Nyesal aku masuk awal.

Kau cerita jelah.

Aku tak sabar ni.

Nanti Wan masuk, dia bacalah.

HaziqIrsyad_

No.

TengkuFarhan_

😒😒😒😒😒😒

HaziqIrsyad_

Kau dah solat ke?

TengkuFarhan_

😒😒😒😒😒😒😒

😒😒😒😒😒😒😒

😒😒😒😒😒😒😒

HaziqIrsyad_

Kau apahal setan?

TengkuFarhan_

Kuang hajo kau kan!

Aku ada kat Malaysia, kau carik gaduh.

Aku balik Ireland, kau rindu pulak.

Sementara aku masih ada kat Malaysia ni, layanlah aku bak putera😇

HaziqIrsyad_

Buang karan 😏

TengkuFarhan_

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now