BAB 2 🍎

6.4K 498 23
                                    

KAKINYA diatur dengan perlahan sambil matanya melilau disekelilingnya. Apabila dia tidak mengesan sesiapa di ruang tamu, senyum jahatnya mula terukir. Nafasnya ditarik lega lalu langkahnya diatur seperti biasa. Tombol pintu dipulas dan daun pintu rumahnya ditarik.

"Nak ke mana tu, anak?" Haziq meneguk liur apabila suara Encik Amran bergema di ruang tamu itu. Langkahnya terhenti serta-merta. Batang lehernya digaru walaupun tidak gatal.

"Rumah Safwan. Boleh, bah?" Haziq menoleh ke arah Encik Safwan dan mula menayangkan riak kesian. Matanya dikelipkan secara beberapa kali. Senyumnya juga dilebarkan. Acah anak soleh!

"Esok ada kelas tak?" Abah ni, lain aku tanya, dia pulak tanya aku. Omel Haziq secara perlahan. Bibir diketap sewaktu dia menunduk; sengaja menyembunyikan riak wajahnya dari Encik Amran.

"Ada, bah. Tapi pukul 11. Bolehlah, abah. Depan rumah tu je." Pujuk Haziq lagi. Encik Amran menggeleng perlahan. Keluhannya juga dilepaskan apabila memikirkan Haziq yang jarang berada di ru.ah sendiri. Kebanyakkan masanya dihabiskan di rumah Safwan. Mungkin Haziq sunyi. Yalah, tiada adik beradik.

"Abah, bolehlah." Haziq memujuk Encik Amran buat kesekian kalinya. Encik Amran mengangguk lemah. Membiarkan sahaja Haziq ke rumah Safwan. Lagipun, keluaga Safwan sudah dianggap seperti rumah sendiri.

Haziq bersorak keriangan. Lelaki mengangkat high-five, namun diturunkan segera apabila Encik Amran sudah menggagau mencari rotan. Sebelum Encik Amran berubah fikiran, lebih baik dia blah dari rumah itu.

Tidak sampai seminit melangkah, pintu rumah Safwan diketuk beberapa kali. Tidak lama selepas itu, daun pintu dibuka dari dalam.

"Assalamualaikum adik manis." Sapa Haziq sambil mengenyitkan matanya. Sarah, yakni adik Safwan yang berumur enam tahun menjengulkan kepalanya dari sebalik pintu itu.

Sewaktu melihat wajah Haziq, terus wajah Sarah berubah ceria.

"Waalaikumussalam, abang Haz!" Sarah bersorak keriangan. Kelihatan gembira apabila wajah abang kesayangannya itu muncul disebalik pintu. Haziq tayang sengih. Dia mendukung kanak-kanak itu lalu mendaki tangga menuju ke bilik Safwan langsung tanpa dipelawa. Biasalah, rumah Safwan dah macam rumah keduanya.

"Abang buat apa?" Haziq menyoal Sarah sambil membetulkan rambut si comel yang hampir menutup matanya itu.

"Abang dalam bilik." Beritahu Sarah. Haziq mengangguk laju. Dah agak dah! Tanpa mengetuk pintu, lekas dia menerjah masuk ke dalam bilik Safwan. Tatkala itu, Safwan sedang ralit menatap skrin handphonenya.

"Haaa! Kau buat apa hah? Jangan cakap kau buat maksiat!" Sergah Haziq. Tanpa dipelawa, dia merebahkan badannya disebelah Safwan. Cuba melihat apa yang terlayar di skrin telefon kawannya. Safwan menekan punat lock dan menyebabkan skrin telefonnya gelap serta-merta.

"Takdelah!" Nafi Safwan. Daripada berbaring, kini Safwan duduk sambil menyandarkan badannya pada kepala katil.

"Hah yelah tu. Takpun kau tengok video por.." Belum sempat Haziq menghabiskan ayatnya, Safwan menekup mulut sahabatnya dek Sarah yang masih berada di situ.

"Sarah keluar, boleh. Abang nak tibai Abang Haz kesayangan Sarah ni." Memandangkan Sarah tidak mengetahui makna perkataan tibai, gadis kecil itu ikutkan sahaja dan menapak keluar dari bilik itu.

"Agak-agaklah nak tuduh aku pun!" Bahu Haziq dilempang dengan sekuat mungkin untuk melepaskan geramnya. Tidak habis dengan itu, Safwan memulas telinga Haziq. Sahabatnya itu hanya mampu mengaduh kesakitan.

"Habis tu? Selalunya, benda jahat je orang sembunyikan." Haziq menjuihkan bibirnya. Tangan sebelah kanannya mengusap bahunya yang pedih manakala tangan sebelah kiri mengusap telinganya yang mungkin sudah memerah.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now