BAB 30 🍎

2.8K 214 52
                                    

MATANYA tidak mampu berkalih daripada terus melihat gadis itu. Haziq terpaku dengan keayuan Syakira yang sememangnya sudah dewasa. Memori sewaktu Syakira kecil bermain di mindanya. Jauh beza! Dulu boleh dukung sekarang... Errrr.. Syakira cantik sekali mengenakan jubah berwarna ungu itu.

"Hamboi mata tu, aku korek kang!" Sedang asyik merenung Syakira atas dan bawah, satu suara menyapa gegendang telinganya. Suara yang sememangnya dekat dengan jiwa dan gegendang telinganya. Mata Haziq terus melilau mencari punca suara itu.

"Ya ALLAH! Safwan Najmuddin bila kau balik?" Haziq berlari anak ke arah Safwan yang elok bercekak pinggang di muka pintu. Seakan tidak berjumpa setahun, badan Safwan dipeluk dengan erat kononnya ingin melunaskan rindu yang menggunung.

"Eh lepaskan aku! Aku belum mandi ni. Busuk!" Safwan menolak Haziq yang masih melekat dibadannya. Sedaya upaya Safwan mencuba untuk merungkaikan pelukan jejaka itu,  namun Haziq seperti melekat dibadannya. Apa yang mampu dia lakukan tatkala ini hanya mampu mengeluh dan pasrah. Hashtag bro redho!

"Dah puas hidu bau busuk masam aku?" Soal Safwan saat Haziq melonggarkan pelukannya. Haziq hanya mampu menyengih. Safwan apa tahu, dia sangat rindukan sahabatnya itu. Friendship goals gitu.

"Sekarang ni, kau nak bawak adik aku pergi mana?" Safwan kembali bercekak pinggang.

"Kahwin.."

"Apa?" Safwan menjegilkan matanya sambil mengetap bibir. Wajah singanya ditayang.

"Eh Tak! Tak. Majlis kahwin." Haziq melebarkan sengihannya. Safwan diam membisu, namun dia masih memandang Haziq atas hingga ke bawah. Berfikir sejenak barangkali. Usai itu, Syakira yang sudah tercegat dihadapan pintu pagar juga direnung.

"Hm yelah. Jaga adik aku elok-elok." Safwan akhirnya memberi peluang kepada Haziq. Bukan dia tidak percaya dengan jejaka itu, tetapi kadangkala Haziq boleh terbabas dalam batas pergaulan dan persentuhan. In shaa ALLAH Haziq boleh. Safwan berbaik sangka.

"Terima kasih abang ipar!" Laung Haziq sambil ketawa terkekek-kekek. Safwan yang sudah kembali menapak ke dalam rumahnya kini mengatur langkah kembali ke luar rumah. Haziq yang sedar tentang itu lekas melarikan diri ke arah Syakira.

"Kau balik nanti, aku sepak kau!" Laung Safwan di muka pintu rumahnya. Entah kenapalah Safwan sangat anti dengan perkataan 'abang ipar'.

"Jom Keiya!" Ajak Haziq. Syakira mengangguk perlahan dan mereka mula melangkah beriringan menuju ke arah kereta BMW putih miliknya. Senyum sinisnya sedikit terukir. Sengaja kereta itu dipilih untuk menunjukkan kekayaannya bagi menyedarkan kedua orang tua Maya bahawa dia juga berharta.

"Here we go, sweet heart!" Haziq mengenyitkan matanya sambil membukakan pintu untuk Syakira. Syakira hanya membisu namun hanya tertunduk tersipu malu. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu meluncur atas jalan raya.

-----

HAZIQ menahan perasaan yang berbungkam di hatinya. Sungguh dia langsung tidak mampu untuk terus merenung Maya yang kelihatan bahagia di samping Emir. Gadis kesayangannya itu cantik bergaun labuh putih. Sangat sesuai dengan gadis itu.

Syakira yang berada di hadapan Haziq sudah perasan dengan perubahan pada wajah jejaka itu. Senyuman langsung tidak terukir malah Haziq hanya menayangkan wajah ketatnya yang agak menggerunkan.

Begitu sekali dia sayangkan Maya? Bisik hati Syakira dengan sedikit kecewa. Yelah, pagi tadi Haziq sempat ber'I love You' bagai dengannya namun pada saat ini, jejaka itu kelihatan sangat terluka.

"Eh Haz.." Tiba-tiba Maya menyapa Haziq. Gadis itu menarik Emir untuk mendekati jejaka itu. Haziq mengetap bibir sebelum mendongak dan mengukir senyum palsu.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now