HAZIQ sudah tercegat berada di hadapan pintu rumah Maya. Sedari pagi, dia menunggu gadis itu keluar dari rumahnya. Tangannya gatal sahaja ingin menekan loceng, namun dibatalkan niatnya itu. Keluar daddynya kang, naiya je hidup!
Sejambak gabungan mawar merah dan putih yang tersadai di dalam kereta kelihatan layu. Pagi tadi bukan main bunga itu kembang dan berseri, namun setelah setengah jam berlalu, serinya semakin hilang. Janganlah dia layu masa aku bagi kat Maya! Gumam Haziq sendiri. Dia menyandarkan badannya pada keretanya dengan cermin mata yang tersangkut elok oleh hidung mancungnya.
Tiba-tiba pintu rumah Maya terkuak dari dalam. Dengan kalut Haziq membetulkan posisinya dan bersiap sedia untuk menjadi lelaki terromentik untuk Maya. Baru sahaja ingin mencapai jambangan bunga, senyum Haziq menjadi janggal. Liurnya diteguk.
Bukan Maya yang keluar tetapi sebaliknya seorang wanita yang mungkin dalam baya emaknya keluar. Masih cantik dan bergaya. Haziq yakin wanita itu adalah ibu kepada Maya. Haziq mengukir senyum manis. Cermin mata hitamnya ditanggalkan.
"Anak tunggu siapa ya?" Tanya wanita itu seraya melangkah mendekati pagar rumahnya.
"Tunggu Maya." Haziq menjawab straight to the point. Memang takde belok! Senyumnya masih terukir manis. Acah nak menambat hati bakal mak mertua gitu. Wanita itu mula memberikan pandangan pelik. Dia merenung Haziq dan atas ke bawah dan terlihat riak wajahnya langsung tidak senyum.
"Kenapa tunggu Maya? Awak siapa?" Tanya wanita itu lagi. Bertubi-tubi soalan diajukan olehnya.
"Nak pergi kolej sama-sama. Oh lupa. Saya Haziq, kawan...."
"Boyfriend?" Emak Maya a.k.a Puan Nur lekas sahaja mencantas percakapan Haziq. Haziq kelu. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah wanita itu. Macam tahu-tahu aje! Sengihnya ditayang dan belakang tengkuknya digaru walaupun tidak gatal.
"Kejap. Saya panggilkan Maya." Puan Nur mula meninggalkan Haziq. Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Tidak lama selepas itu, muncul Maya dengan kalut dan menghampirinya.
"Maaf, Haz. Saya lupa! Tadi tengah syok sembang dengan member. Sorry!" Maya menyengih. Dia berjalan masuk ke dalam perut kereta Haziq dengan hanya berkaki ayam manakala tangannya memegang sepasang sneakers miliknya. Rambutnya yang dibiarkan lepas kelihatan sedikit tidak terurus. Mungkin kalut.
"It's okay!" Sahut Haziq ceria. Dia membiarkan sahaja Maya menyelesaikan urusannya. Mata Haziq tidak lepas memerhati kelakuan Maya. Comel aje! Gadis itu terbongkok-bongkok memakai kasut dengan bersusah payah. Hal itu menyebabkan Haziq ketawa mengekek.
"Kenapa?" Soal Maya dengan mulutnya mengepit getah pengikat rambutnya. Haziq menggeleng sambil menahan tawanya. Dia mengambil getah rambut yang berada di mulut gadis itu. Tanpa teragak-agak, dia mula mengikat rambut gadis itu. Maya terpempan. Jantungnya berdegup laju.
"Ey comelnya makwe Haz ni." Usai mengikat tocang satu, Haziq meneliti hasil seninya. Pipi Maya dicubit geram. Pipi Maya memerah lagi. Berbunga hatinya tatkala ini.
"Ehem." Maya berdehem perlahan lalu menyambung aktivitinya mengikat tali kasutnya. Sesungguhnya, mukanya berbahang sehingga menyebabkan selutuh tubuhnya berpeluh. Haziq masih dengan senyumnya.
Sebelum Maya menyudahkan urusannya, sempat dia menggapai sejambak bunga mawar yang berada di seat belakang itu secara senyap-senyap. Kononnya ingin membuat kejutan.
"Done?"
Maya mengangkat keningnya. Wajahnya dipalingkan ke arah Haziq.
"For you. Sekuntum mawar merah, tiga kuntum mawar putih dan empat kuntum mawar merah. 1-4-3." Haziq menghulurkan jambangan bunga itu dengan senyuman manis extra madu. Dengan segunung harapan agar Maya menerima bunga itu dan membalas mesej yang cuba disampaikan olehnya.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...