SELANGKAH pensyarah kuliah itu menapak keluar dari dewan kuliah, pelajar-pelajar yang mengisi dewan kuliah tersebut turut bangkit dan mula berpusu-pusu keluar. Wajah pertama yang menapak keluar dari dewan kuliah itu ialah Haziq. Memang menakjubkan! Orang yang duduk barisan paling belakang merupakan orang paling awal keluar. Seketika kemudian, terpacullah wajah Safwan pula. Dua orang ni memang tak boleh dipisahkan!
"Kenapa lambat?"
"Jammed. Perempuan ada kat depan aku tadi. Takkan nak langgar je. Kena jugak ada 'halal gap'." Jawab Safwan sambil membetulkan bagpacknya. Haziq tayang muka pasrah.
"Yang kau rushing semacam nak pergi mana?" Safwan mula menyoal Haziq apabila sahabatnya itu bersungguh-sungguh mengajaknya keluar awal dari dewan kuliah.
"Toilet! Tak tahan. Cepatlah, Wan!" Beg milik Safwan ditarik agar kaki lelaki itu membuntinya. Safwan sudah menayang muka bengang. Lekas sahaja dia berhenti secara mendadak. Tandas pun nak berteman? Cekadak dia!
"Agaklah, Haz! Kau boleh pergi toilet sorang-sorang kan? Aku kata bangang, kang marah!" Safwan menepuk dahinya. Sungguh telatah Haziq mengalahkan kanak-kanak ribena. Secara logiknya, Haziq mampu ke tandas tanpa teman. Ya ALLAH, KAU berikan hidayah-Mu kepada temanku ini. Safwan berdoa dalam hati. Sebal dengan sahabatnya yang sediky sewel itu.
"Sampai hati kau!" Haziq sudah memuncung.
"Haa tengok! Goblok! Pergilah toilet sensorang. Aku tunggu kat sini." Badan Haziq ditolak secara kasar oleh Safwan. Mulut Haziq terjuih-juih saat kakinya melangkah menuju ke arah tandas. Berbakul-bakul bebelan ditujukan kepada Safwan. Kau tunggulah! Nanti aku balas. Detiknya dalam hati.
"Macam-macam." Safwan menggelengkan kepalanya setelah Haziq menghilang masuk ke alam tandas. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku yang sedikit jauh dari tandas itu. Tak semenanya keluhannya terlepas.
Kenangan beberapa belas tahun terlayar kembali dimindanya. Haziq Irsyad, seorang lelaki yang dahulunya sangat nakal. Langsung tidak mengendahkan tegahan orang tuanya. Apa yang dia ingin lakukan, dia pasti dia lakukan. Semua itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian kedua-dua orang tuanya yang sibuk bekerja.
Sejak Safwan muncul di dalam hidupnya, Haziq bagaikan mempunyai seorang abang untuk mendapatkan kasih sayang. Sejak itu, setiap perkara pasti dirujuk dengan Safwan. Semua perkara dikongsi dengan Safwan. Haziq juga bagaikan keluarga Safwan sendiri kerana kedua-dua orang tua Safwan mengalu-alukan Haziq ke dalam keluarga mereka.
Bermula dari titik permulaan itu, Haziq langsung tidak mampu berenggang dengannya. Yelah, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, mereka tidak pernah terpisah. Bagaikan kembar. Kembar yang tidak seiras; Haziq Irsyad dan Safwan Najmuddin.
Kadangkala orang melabel mereka 'gay' kerana terlalu akrab. Naik minyak jugak dua sahabat itu dibuatnya. Lagi-lagi Haziq, pasti lunyai siapa yang mengejek mereka. Tak logik langsung! Mintak jauhlah!
"Woih brother! Tengok awek macam kau nampak bra dia!" Bahu Safwan ditumbuk keras oleh Haziq sehingga lelaki itu terkejut habis. Dahlah suara kalah petir. Disebabkan oleh itu, semua mata memandang ke arah Safwan dan Haziq. Wajah Safwan sudah membahang. Kata-kata Haziq mengundang malunya.
Liurnya diteguk. Telinganya terasa panas dek terlalu malu.bSafwan lekas bangkit. Ditarik beg galas Haziq dengan kuat. Hampir tersungkur Haziq dibuatnya.
"Kau gila?" Bentak Safwan sesudah mereka sedikit jauh daripada kelompok pelajar tadi.
"Just kiddinglah bro." Haziq mengangkat tangan tanda mengalah. Riak pasrah ditayang.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...