BAB 31 🍎

2.6K 217 31
                                    

"Wan..." Haziq melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah Safwan. Dia menegur Safwan yang sedang ralit membasuh keretanya. Safwan menoleh ke arahnya dan tak semenanya lelaki merengus geram.

"Kau blah dari rumah aku!" Jerit Safwan dengan kasar. Giginya diketap sehingga terzahir urat-urat dilehernya.

"Benda semalam bukan seperti kau..."

"Aku suruh kau blah, kan? Pergi Haz! Sebelum aku belasah kau lagi teruk!" Bentak Safwan lagi. Tangannya dikepal dengan kejap. Sungguh dia sedang menahan amarahnya saat ini.

"Aku tak akan pergi selagi kau tak nak dengar apa yang aku cakap." Haziq berjeda seketika. Matanya tidak berkelip dari terus memandang ke arah Safwan yang langsung tidak mahu memandangnya.

"Aku tak buat benda tak elok kat adik kau. Aku sayang Keiya. Aku jaga Keiya macam kau jaga dia. Aku sayang Keiya, Wan. Aku sayang dia lebih dari seorang adik." Sambung Haziq lagi. Dari semalam, dia tidak mampu tidur memikirkan hal ini. Hidupnya tidak tentu arah sejak semalam.

Sungguh dia bimbang akan persahabatannya dengan Safwan yang sudah berpuluh tahun terjalin. Dia juga bimbang kehilangan Syakira yang baru sahaja ingin dimiliki.

"Kalau sayang, bukan macam tu caranya Haz! Kalau sayang, kau tak mungkin cuba untuk rosakkan dia! Kau patut jaga dia. Kau patut hormat dia sebagai seorang perempuan. Kau tak patut biarkan korang hanyut dengan cinta!"

Safwan jeda seketika. Getah paip ditangannya dilepaskan.

"Kalau kau sayang dia, petik dia secara halal, Haz. Bukan dengan cara terkutuk. Cakap tentang cinta, jangan nak dekat dengan cinta manusia andai kau tidak cintakan pencipta kau. Baliklah Haz. Aku takde hati nak jumpa kau sekarang." Safwan menapak meninggalkan Haziq yang masih terkebil-kebil dihadapan rumahnya. Setiap bait perkataan Safwan cuba dihadam dengan baik.

Haziq mengeluh perlahan. Dia kembali melangkah pulang ke rumahnya. Tiba-tiba handphonenya ditangannya berbunyi. Tangannya menari di atas skrin telefon itu sebelum senyumnya terukir.

---------

3 bulan kemudian...

"Dah tiga bulan, Haz tinggalkan kita..." Puan Julianna menangis teresak-esak. Hatinya bagaikan dirobek apabila Haziq menjengah di mindanya. Sungguh dia rindukan anak tunggalnya itu.

"Jue.." Puan Dalili mengusap lembut bahu Puan Julianna.

"Saya yakin Haz baik-baik sahaja. Dia sihat. Sudahlah, Jue. Kita tunggu je Haziq balik, ya?" Tubuh Puan Julianna ditarik ke dalam pelukannya. Bukan Puan Julianna sahaja yang risau tentang kehilangan tiba-tiba Haziq malah semua orang risau. Puas mereka mencari, akhirnya mereka mendapat pesanan Whatsapp daripada Haziq yang menyatakan bahawa dia baik-baik sahaja.

Sudah tiga bulan sejak hari itu, Hazjq langsung tidak muncul. Pesanan Whatsapp langsung tidak dibalas apatah lagi menjawab sebarang panggilan. Haziq benar-benar  hilang daripada hidup mereka tanpa mereka ketahui sebabnya.

"Wan... cubalah call Haz. Pujuk dia. Dia mesti dengar cakap kamu. Tolong, Wan. Haz dah tiga bulan tak balik. Mak risau." Rayu Puan Julianna dengan teresak-esak. Bukan sekali ini aje, malah sudah berpuluh-puluh kali Puan Julianna menyuruh Safwan menelefon Haziq. Hasilnya tetap sama, Haziq langsung tidak menjawab sebarang panggilan mereka.

Merajukkah dia? Marahkah dia? Safwan menggigit bibirnya. Jejaka itu menyimpulkan bahawa kehilang Haziq scara tiba-tiba disebabkan olehnya. Liurnya diteguk. Terlalu kasarkah aku terhadap Haziq? Safwan menyoal dirinya. Dia menoleh ke arah Syakira yang banyak termenung disebelah umminya. Sejak kejadian itu, Syakira lebih banyak membisu dan termenung. Safwan diserbu rasa bersalah berkali ganda.

Salah aku ke? Bisiknya lagi. Safwan bukan tidak restu akan hubungan mereka, tetapi apa yang mereka lakukan itu salah. Lagipun Syakira masih muda, tidak patut terjebak dengan cinta. Dia tidak menghalang kedua-duanya mempunyai perasaan, tetapi batas pergaulan mereka perlu dijaga.

"Wan.. Tolonglah. Call Haz. Mak merayu." Sekali lagi Puan Julianna merayu agar Safwan menghubungi Haziq. Safwan mengangguk laju sebelum mendail nombor Haziq. Cubaan pertamanya gagal. Haziq langsung tidak menjawab.

"Sekali lagi, abang." Puan Dalili menyuruh Safwan mencuba sekali lagi. Nak tak nak, Safwan menghubungi Haziq sekali lagi. Safwan mengeluh perlahan. Kepalanya digelengkan. Hampa kerana Haziq langsung tidak menjawab panggilannya. Puan Julianna semakin sebak.

Selama tiga bulan ini, dia sangat merindui anaknya itu. Setiap malam pasti terbayang akan Haziq yang entah tinggal di mana buat masa ini. Ya ALLAH, kembalikan Haziq ke pangkuan kami. Doa Puan Julianna bersungguh-sungguh.

"Keiya.." Safwan memanggil Syakira yang sudah jauh termenung setelah mendapat satu idea. Syakira tersedar dari lamunannya lalu mendongak memandang ke arah abangnya.

"Cuba call abang Haz." Arah Safwan dengan lembut. Syakira tergamam. Dia memandang wajah Safwan dengan lama untuk mendapatkan kepastian.

"Cuba call. Mana tahu dia jawab call Keiya?" Syakira mengangguk perlahan. Dia mendail nombor Haziq. Telefon itu ditekapkan ditelinganya untuk beberapa ketika. Panggilan pertamanya tidak berjawab.

"Tak jawab, abang." Beritahu Syakira pendek. Kecewa sebenarnya apabila jejaka itu hilang dengan tiba-tiba sejak kejadian hari itu. Ke manakah abang Haz pergi? Syakira menyoal dirinya lagi. Sekali lagi Syakira cuba menghubungi Haziq.

Tuttt.... Tidak sampai sesaat, panggilannya bersambut. Mata Syakira membulat.

"Assalamualaikum." Syakira mengutarakan salamnya. Puan Julianna, Puan Dalili dan Safwan yang mendengar salam yang diutarakan oleh Syakira terus memberi fokus ke arah gadis itu.

"Nak cakap dengan abang Haz." Beritahu Syakira dengan lembut apabila seorang perempuan yang menyambut panggilannya. Hati Syakira tiba-tiba remuk seribu. Siapa perempuan itu? Kenapa telefon Haziq ada dengannya?

"Waalaikumussalam."

"Keiya, loudspeaker." Arah Safwan. Syakira mengangguk perlahan lalu menekan ikon pembesar suara.

"Abang Haz busy sekarang. Kirim salam kat semua orang. In shaa ALLAH abang Haz sihat. Abang Haz okay." Puan Julianna menahan sebaknya. Betapa gembiranya apabila suara Haziq menyapa gegendang telinganya.

"Abang Haz kat mana?" Tanya Syakira dengan tergagap-gagap.

"Abang Haz ada dalam hati Keiya." Tidak lama selepas itu ketawa Haziq terhambur. Mungkin geli hati dengan ujarannya sendiri. Syakira mengetap bibir. Malu apabila perkara sebegitu didengari oleh Puan Julianna dan Puan Dalili. Syakira menoleh ke arah abangnya. Tiada sebarang riak terzahir tatkala ini.

"Takdelah, abang Haz gurau je. Abang Haz ada je kat sini. Sihat. Keiya sihat? Mak abah sihat? Semua orang sihat?"

"Alhamdulillah semua orang sihat." Sahut Syakira.

"Abang Haz.. mak..."

"Abang! Jom makan." Bicara Syakira terhenti seketika. Suara perempuan itu menyapa gegendang telinganya lagi. Puan Julianna dan Puan Dalili turut kaget mendengarkan suara itu. Siapa perempuan itu?

"Ya. Kejap. Abang turun." Haziq jeda seketika.

"Abang Haz pergi dulu. Assalamualaikum. Kirim salam semua." Talian terus diputuskan tanpa mendengar jawapan salam daripada Haziq. Syakira mengukir senyum pahit walhal hatinya sudah hancur tatkala itu. Kecewa.

"Keiya balik dulu. Nak study." Matanya sudah berkaca-kaca. Syakira bangkit dan mula meninggalkan Puan Dalili dan Puan Julianna yang kelihatan mampu membaca isi hati gadis itu.

"Abang betul ke apa yang ummi nampak?" Safwan terkedu seketika.

"Yes. Semuanya betul, ummi. Keiya suka Haz. Haz suka Keiya." Jawab Safwan dengan berat hati. Puan Julianna dan Puan Dalili saling berpandangan.

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
STITCHES.
12/08/2017.

Tinggal lagi satu bab, guys! Daripada bab ni korang rasa sad ending ke happy ending ni? 😂😂

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now