You watch me bleed until I can't breathe
Shaking, falling onto my knees
And now that I'm without your kisses
I'll be needing stitches
Tripping over myself
Aching, begging you to come help
And now that I'm without your kisses
I'll be needing stitches
Serangkap lagu yang didengar melalui tabletnya itu mendapat perhatian Haziq. Sungguh setiap bait lagu mempunyai maksud dan situasi yang sama dengannya.
Maya memutuskannya dan langsung tidak memberi peluang untuknya terus berusaha bagi mendapat restu orang tuanya.
Sudah puas dia merayu agar Maya menjadi miliknya, Maya sedikitpun tidak mengendahkannya malah lebih memilih Emir. Tidak cintakah Maya terhadapnya? Selama ini, adakah Maya benar-benar mencintainya?
Tanpa Maya, hidupnya huru-hara. Sungguh, cinta Maya membuatkan hidupnya tak tentu arah. Ditinggalkan oleh Maya bukan sesuatu yang mudah buatnya. Banyak kenangan manis yang terlakar antara dia dan Maya.
Kalau boleh, dia ingin hidup dalam kenangan itu. Dia ingin hidup dalam angan-angan yang masih mengekalkan mereka bersama. Kalau boleh, dia ingin terus bermimpi untuk hidup bersama Maya.
Tetapi sakit itu langsung tidak membenarkannya untuk memutar kembali kenangan yang indah itu. Sakit itu seringkali memutarkan peristiwa beberapa hari lepas.
"Awak langsung takde apa-apa, Haz!" Setiap bait bicara itu terngiang-ngiang ditelinganya. Haziq senyum sinis. Ya, memang dia sengaja tidak menunjukkan kekayaannya. Kalau dia tunjukkan kemewahannya itu, dia yakin, ramai lagi gadis bakal jatuh hati terhadapnya.
Haziq meraup wajahnya dengan kasar. Terasa bahagian dan jawlinenya sudah menjadi kasar. Rambut-rambut halus sudah mulai keluar dari liang roma.
Haziq mengeluh lagi. Dia lekas bangkit dan berjalan menuju ke tandas. Sejak beberapa hari lepas, hidupnya tidak terurus sejak peristiwa meremukkan hatinya itu. Disebabkan kedua-dua orang tuanya juga outstation, dia bebas untuk terperap di dalam biliknya.
Haziq langsung tidak keluar makan. Dia hanya terperap di dalam biliknya. Dia hanya menjamah roti itupun sekadar mengalas perut untuk setiap hari. Hubungannya dengan dunia luar juga seakan terputus kerana dia offkan telefonnya.
Haziq kembali melangkah keluar dari bilik air untuk mengambil tualanya. Sesuatu bermain dibenaknya. Sakit yang dirasainya harus dihilangkan. Kenangan indah yang turut menyakitkan hatinya itu harus diluputkan. Haziq perlu move on!
-----------
SYAKIRA membuka pintu pagar rumahnya dengan perlahan-lahan. Di tangannya terdapat sebungkus nasi. Usai menutup kembali pintu pagar rumahnya, dia menoleh ke kiri dan kanan. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Line clear! Syakira mengukir senyum. Dia melintas jalan yang tak berapa lebar itu untuk ke rumah Haziq.
Pintu pagar utama kelihatan terkunci. Syakira mengerutkan dahinya. Kereta elok je tersadai kat situ sejak beberapa hari lepas, kenapa rumah seperti tidak berpenghuni?
Syakira beralih ke arah pagar kecil ysng berada bersebelahan dengan pagar utama. Dengan penuh harapan, dia menggagau melalui celahan pagar itu. Berharap pagar kecil itu tidak berkunci. Senyumannya akhirnya terukir apabila pagar itu tidak berkunci lalu dia menolak pagar kecil itu dan lolos ke dalam kawasan rumah Haziq.
Kalau orang lihat, pasti orang menganggap Syakira merupakan pencuri atau perompak yang ingin mencuri. Tapi itu andaian orang, misi Syakira sekarang adalah untuk memastikan keadaan Haziq.
Setahu Syakira, hanya Puan Julianna dan Encik Amran sahaja yang ke luar megara atas urusan kerja. Menurut Puan Julianna Haziq hanya mereput di rumah memandangkan cuti semesternya yang masih panjang.
Akibat terlalu curious tentang keadaan crushnya yang terchenta itu, Syakira menapak ke arah pintu utama rumah itu. Tombol pintu dipulas perlahan. Berkunci.
"Takde orang eh?" Soal Syakira sambil bercekak pinggang. Macam mana kalau abang Haz pengsan sebab kebulur dalam rumah ni? Tiba-tiba andaian buruk bermain di benaknya. Hal itu menyebabkan Syakira sedikit kalut. Tanpa membuang masa, lekas dia mencari kunci yang sememangnya sentiasa ada tersembunyi di sebalik pasu bunga yang berada disitu.
Saat ingin memasukkan anak kunci itu ke dalam tombol pintu, tangannya terketar-ketar sehingga anak kunci itu jatuh beberapa kali. Lagi teruk, andaian buruk terlintas lagi difikirannya. Macam mana kalau abang Haz dah mati sebab kebulur?
"Abang Haz!" Panggilnya sambil terketar memulas tombol pintu itu. Air matanya mula berjuraian dengan andaiannya sendiri. Keadaan yang senyap sunyi itu menguatkan lagi andaiannya.
"Abang Haz!" Panggilnya lagi. Nasi bungkus yang dibawanya sudah entah ke mana. Paling penting baginya adalah keselamatan Haziq. Pintu rumah itu ditolak perlahan. Setapak demi setapak dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah itu.
"Keiya?" Saat suara itu menyapa gegendang telinganya, Syakira berhenti melangkah. Dia mendongak dan memandang ke depan. Haziq kini benar-benar berada dihadapannya dengan tidak berbaju dan hanya berseluar. Again!
Rahang Syakira jatuh. Kaget dengan kemunculan Haziq yang disangka telah mati sebab kebulur. Serta-merta dia menapak ke belakang sehingga berada dimuka pintu rumah itu.
"Eh kenapa menangis ni?" Haziq mengerutkan dahinya. Lalu dia mendekatkan dirinya dengan Syakira. Dari dalam biliknya dia terdengar ada seseorang memanggilnya. Disebabkan itu, dia turun ke bawah tanpa sempat memakai sebarang baju memandangkan dia baru sahaja selesai mandi.
"Keiya okay tak?" Tanya Haziq lagi. Runsing dengan Syakira yang membisu. Air mata yang masih membasahi pipi gadis itu memberi seribu tanda tanya untuknya. Syakira masih membisu. Tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya.
"Keiya..." Haziq semakin khuatir. Dia melangkah lagi mendekati Syakira. Kali ink jaraknya dengan Syakira amat dekat sehingga dia mampu melihat wajah gadis itu memerah.
"Errr. Abang suruh kirim makanan. Keiya balik dulu." Tanpa mendengar persetujuan daripada Haziq, Syakira berlari anak meninggalkannya bak lipas kudung. Sekejap sahaja gadis itu hilang dari rumahnya dan sudah berada dirumahnya.
"Dah kenapa dengan Keiya ni?" Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mencari 'makanan' yang dimaksudkan oleh Syakira diluar pintu rumahnya. Sekejap sahaja dia telah menjumpai sebungkus nasi yang terletak elok di atas rak kasut rumahnya.
Serta-merta senyumnya terukir. Ingat jugak Wan dekat aku. Bisik Haziq. Diambil nasi itu dan di bawa ke dapur.
ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
29/07/2017.STITCHES.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...