BAB 10 🍎

3.2K 267 40
                                    

HAZIQ bergegas memakai kasutnya walaupun keadaannya yang masih tidak mengizinkannya untuk bergerak pantas. Kunci kereta yang berada di tangannya digenggam erat sebelum punat yang berada disitu ditekan. Pintu kereta dibuka dan dia bergegas masuk ke dalam perut kereta itu.

HaziqIrsyad_

Hold on, dear. Haz on the way.

Sambil memandu sempat lagi jejaka itu menghantar pesanan ringkas. Kereta itu meluncur di jalan raya. Nasib sahaja hari ini hari waktu bekerja, waktu sebegini sememangnya jalan raya lengang. Dia juga bernasib baik kerana kuliah dan kelas tutornya bermula jam 3 petang.

Tidak sampai lima belas minit, Haziq telah tiba di hadapan sebuah rumah yang agak mewah. Dia menunggu dihadapan rumah itu. Hatinya tidak senang apabila tiada langsung wajah itu. Gadis itu langsung tidak keluar dari rumahnya.

Hon kereta ditekan beberapa kali agar gadis itu menyedari tentang kehadirannya. Namun langsung tiada respon daripada penghuni rumah itu. Hati Haziq semakin gelisah.

"Izwani!" Laung Haziq lagi. Risaunya semakin membuak. Sebentar tadi gadis itu menghantar pesanan Whatsapp mengatakan dia memerlukan Haziq. Izwani pasti dalam kesedihan lagi. Fikir Haziq.

"Wani! Haz datang ni." Jerit Haziq; langsung tidak berputus asa. Seandainya gadis itu telah okay, dia ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia bimbang sesuatu berlaku kepada gadis kesayangan.

"Kau buat apa kat sini?" Haziq menoleh ke kiri. Alangkah terkejutnya apabila Zarul juga berada dihadapan rumah Izwani. Perasaan takutnya mula hadir. Masih trauma dibelasah lelaki itu beberapa hari lepas.

"Pasti dia yang buat Wani menangis lagi." Namun ketakutan itu tidak bertahan lama apabila satu suara berbisik di telinganya. Tangannya dikepal kuat. Bibir diketap geram sehingga urat dilehernya kelihatan. Amarahnya mula bertandang. Nafasnya mula tidak teratur.

"Kau buat apa kat Wani?" Haziq meluru ke arah Zarul dan segera tumbukan dilepaskan sehingga mengenai pipi lelaki itu. Marahnya semakin membuak apabila senyum sinis terukir dibibir Zarul.

"Kurang ajar!" Bentak Haziq lagi. Kali ini dia menumbuk perut Zarul sehingga lelaki itu berganjak sedikit kebelakang. Zarul juga mengetap gigi. Matanya mencerlung ke arah Haziq dan nafasnya menderu laju.

"Kau tu kurang ajar! Datang rumah tunang aku apahal?" Haziq tergamam. Tunang? Jadi selama ini Zarul bukan sekadar teman lelaki Izwani malah sudah menjadi tunangan gadis itu. Tak semenanya pipinya terasa pijar. Kesakitan yang masih dirasai akibat tumbukan beberapa hari lepas kini kembali menyengat.

"Bodoh!" Zarul membelasah Haziq lagi. Kali ini Haziq tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih lagi terkejut. Kelu dan kosong. Dia langsung tidak mampu berfikir untuk membalas serangan Zarul. Sekali lagi, Haziq dibelasah sehingga lembik.

"Wani!" Laung Zarul dengan kuat. Kemungkinan bahawa jiran Izwani mendengar jeritan itu tidak dihiraukan. Tidak sampai seminit, kelihatan Izwani keluar dari rumahnya.

"Apa jantan ni buat kat rumah awak?" Soala Zarul dengan keras. Izwani hanya menunduk. Berkemungkinan takut untuk bertentangan mata dengan tunangnya yang sedang berang. Liurnya diteguk beberapa kali.

"Saya tanya awak ni! Kenapa jantan ni ada kat sini?" Tengking Zarul lagi. Haziq tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Badannya kembali sakit. Dua kali ganda lebih sakit berbanding sewaktu dibelasah untuk pertama kali.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now