LIURNYA diteguk perlahan. Terasa pahit. Sudah semalaman dia berfikir tentang perkara itu dan hari ini, dia menggagahkan jua kakinya untuk melangkah ke rumah Safwan. Pintu rumahnya ditarik perlahan sebelum tangannya mengambil selipar yang berada di atas rak.
"Haz.." Sebelum sempat kakinya menyarung selipar yang sudah berada di atas lantai, Puan Julianna menyapanya. Haziq tayang sengih yang janggal.
"Nak pergi mana?"
"Macam biasa. Rumah Safwan." Jawab Haziq dengan selamba. Wajah emaknya yang masih cantik dengan make up itu ditenung lembut. Barisan giginya yang tersusun cantik semakim kelihatan dek sengihnya yang semakin melebar.
"Balik awal sikit. Mak have something to tell you." Puan Julianna senyum pahit. Usai itu, wanita yang berumur dalam empat puluhan itu berlalu masuk ke dalam rumahnya. Haziq mengerutkan dahinya. Pelik dengan tingkah ibunya. Hatinya mula tidak sedap dengan 'something' yang bakal dikhabarkan oleh emaknya.
"Mak, Haz tak jadilah nak pergi rumah Safwan. What is the matter, mak?" Haziq lekas sahaja menggapai tangan Puan Julianna lalu dipimpin tangan emaknya itu menuju ke arah sofa.
"What's wrong?" Haziq mengerutkan dahinya apabila raut wajah ibunya semakin keruh. Haziq semakin tidak keruan. Tidak senang melihat wajah wanita itu.
"I thought he was kidding to me." Puan Julianna mula membuka cerita. Tubir matanya mula bergenang. Haziq cuba memahami mukaddimah yang lancar sahaja keluar dari mulut Puan Julianna.
"Who?"
"Abah. Mak fikir abah hanya bergurau dengan mak." Kali ini air matanya tidak mampu dibendung lagi. Pipinya mula dibasahi dengan air mata.
"Kenapa dengan abah, mak?" Wajah emaknya yang sudah dibasahi dengan air mata direnung dengan penuh kasih. Genggaman pada tangan ibunya dieratkan.
"Abah ada isteri lain." Mata Haziq membulat. Jantungnya bagaikan direntap kasar. Perkhabaran itu benar-benar sebuah kejutan yang besar. Emaknya yang sudah teresak-esak diraih ke dalam pelukannya.
"Mak, janganlah menangis macam ni." Belakang badan Puan Julianna diusap perlahan. Sungguh sebak hatinya tatkala ini apabila hati permaisuri hatinya terluka. Bermadu bukan mudah bagi seorang isteri. Sungguh menyeksakan untuk berkongsi kasih.
"Sampai hati abah buat macam tu kat mak. Mak sabar, ya. Haz ada untuk mak." Haziq mencuba untuk menenangkan ibunya sedaya upaya. Sakit yang emaknya rasai, bagaikan turut dirasainya.
"Mak sebenarnya.."
"Sebenarnya apa, mak?" Debaran didadanya semakin terasa. Apa lagi kejutan yang bakal dia terima selain dia mempunyai ibu tiri? Adakah dia sebenarnya anak ibu tirinya? Atau dia sekadar anak angkat?
"Sebenarnya mak bergurau je, Haz. Abah tak kahwin lain." Puan Julianna menahan tawanya. Haziq ternganga. Apakah?
"Mak, apa semua ni? Are you kidding me?" Haziq tayang muka tidak percaya. Dahinya berkerut seribu. Langsung tidak memahami situasi yang sedang berlaku ini.
"Mempersembahkan abah yang disangka curang dengan mak!" Lampu dapur tiba-tiba terbuka. Kelihatan Safwan yang kelihatan menahan tawa dengan sedaya upayanya. Sesaat suara itu berlalu, muncul Encik Amran dengan kek yang dinyalakan lilin di atasnya. Encik Amran berjalan sambil mengukir senyum paling lebar ke arah Haziq dan Puan Julianna.
"Happy birthday anak abah." Kek diletakkan ke atas meja dan kepala Haziq diusap perlahan. Haziq mengetap bibir sambil senyum sinis. Baru dia sedar, semuanya adalah prank semata-mata. Haziq mengetap bibir lalu mencerlungkan matanya memandang ke arah Safwan yang sedang ketawa terbahak-bahak didapur.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...