BAB 8 🍎

3.3K 265 26
                                    

BZZZZ!

Segera Haziq menggapai telefonnya yang bergetar di atas meja kuliahnya. Sepantas kilat, pesanan yang baru sahaja diterima dibuka dengan perasaan teruja. Namun selepas itu, riak hampanya terpamer.

TengkuFarhan_

Guys, jom keluar. Aku bosanlah. Mereput sensorang kat rumah ni.

Haziq mengeluh perlahan. Rupanya pesanan Whatsapp daripada Farhan. Hampa. Dia fikir pesanan yang baru sahaja diterimanya merupakan pesanan baharu daripada Izwani. Sudah seminggu tiada khabar berita daripada gadis itu. Sejak Haziq menghantarnya pulang daripada pantai hari itu, tiada langsung pesanan Whatsapp diterimanya.
Pesanannya juga tidak berbalas. Hanya bluetick sahaja yang menjadi bukti bahawa Izwani masih bernyawa.

Haziq risau. Dia bimbangkan Izwani. Dengan keadaan Izwani sebegitu, tidak mustahil gadis itu melakukan perkara yang tidak diingini. Emosi Izwani mungkin tidak stabil. Entah apalah yang terjadi, tetapi Haziq pasti, hal itu pasti meremukkan hati gadis kesukaannya itu.

Bzzzz! Sekali lagi telefon Haziq bergetar. Dia membuka pesanan itu dengan tidak bermaya.

SafwanNajmuddin_

Ada kuliah.

TengkuFarhan_

Haz?

HaziqIrsyad_

Kuliah.

Pendek sahaja jawapan daripada Haziq. Moodnya hilang. Rasa risaunya membuak. Safwan mengerling ke arah sahabatnya yang langsung tidak senang duduk. Sekejap menoleh ke kiri, Sekejap menoleh ke kanan, sekejap merenung telefon.

"What's wrong?" Tanya Safwan. Direct tanpa berkias. Haziq sedar dari lamunannya. Dia menoleh ke arah Safwan. Wajah blur dipamerkan.

"Kau apahal? Nampak macam tak senang duduk je?" Haziq mengeluh perlahan. Sungguh, dia langsung tidak mampu menyembunyikan apa-apa daripada Safwan. Begitu juga dengan Farhan. Tengok gayanya, dua orang sahabatnya itu sudah mampu mengesan sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

"Nothing.." Sahut Haziq lemah. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, Haziq tetap mahu ingin menyembunyikan hal itu daripada Safwan. Andai dia bercerita, adakah Safwan bakal makan hati?

"Wani? Hm?" Safwan yang sudah mampu menganggak tentang hal itu terus bertanya. Keningnya dijongket perlahan. Dia masih lagi memandang ke arah Haziq; berharap sahabatnya itu membuka mulut.

"Kinda.. Tapi takpelah. Not a big deal." Masih berusaha untuk tidak membuka cerita, Haziq langsung pura-pura fokus. Dia memandang ke hadapan. Kononnya tumpuannya beralih ke arah pensyarah yang sedang membebel dihadapan.

"Macam gay, weh. Dua-dua handsome tapi euww.." Mata Safwan lekas membulat apabila hal itu dapat didengarinya. Ya, memang empunya suara itu berbisik, namun tetap kuat sehinggakan telinga dapat menangkap butir bicaranya. Safwan tidak marah namun dia bimbang akan Haziq. Dia yakin Haziq juga mendengar tentang hal itu. Haziq pasti naik berang.

"Apa masalah kau?" Rahang Safwan jatuh. Dah agak! Haziq sudah menoleh ke belakang dan matanya mencerlung ke arah empunya suara. Safwan turut menoleh. Sekelompok pelajar perempuan yang berada dibelakangnya sudah cuak.

Memang dalam kuliah ini, majoritinya adalah lelaki. Kehadiran pelajar perempuan adalah minoriti. Tetapi mulut semua perempuan dalam kuliah itu macam puaka bak kata Haziq. Kalah jantan! Kalau dengar diorang bercakap pasal benda lucah, lagi menggelikan. Disgusting. Otak memang kuning habis.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now