BAB 18 🍎

2.4K 201 15
                                    

Maya melangkah masuk ke dalam rumahnya setelah pintu yang tidak berkunci itu ditolak perlahan. Sebenarnya hatinya sedikit kecut tatkala ini. Jam yang sudah menunjukkan angka tujuh petang itu sedikit sebanyak membuatnya gerun. Disebabkan Haziq mengajaknya keluar setelah habis kelas sebentar tadi, mereka terlalu leka sehingga lupa hari sudah me jengah senja.

"Maya Hani!" Ternyata kedua-dua ibu bapanya sudah menunggu kepulangannya di ruang tamu. Liurnya diteguk. Memang sudah diagak, pastinya mereka sedang menunggu dirinya diruang tamu. Peraturan daddynya sangat ketat. Anak-anak gadis perlu pulang awal sekiranya tiada apa-apa aktiviti dan mendapat kebenaran daddynya.

Ketat! Daddynya tidak teragak-agak menghukum mereka seandainya mereka ingkar biarpun umur mereka sudah meningkat dewasa.

"Sini!" Panggil mummynya pula. Maya akur. Dia berjalan sambil menunduk menuju ke arah kedua-dua orang tuanya. Kecut perutnya tatkala ini.

"Pergi mana?" Soalan pertama sudah meluncur. Suara daddynya a.k.a Encik Azammuddin masih terkawal. Miya sekali lagi teguk liur.

"Daddy tanya tu Maya." Puan Nur juga bersuara.

"Keluar dengan kawan." Jawab Maya pendek. Kawan? Bukan Haziq merupakan boyfriendnya?

"Kawan ke boyfriend?" Kedengaran sinis ditelinganya. Maya mendongak memandang ke arah ibunya. Ibu mana yang tidak dapat membaca hati dan perasaan anaknya? Sungguh Maya langsung tidak dapat menyembunyikan apa-apa daripada Puan Nur.

"Putuskan hubungan kamu dengan dia. Kamu masih belajar. Tak perlu nak ada boyfriend apa semua." Tegas Encik Azammudin memberi arahan. Maya terpempan. Matanya membulat memandang ke arah daddynya itu.

"Tapi daddy..."

"No!" Sekali lagi Encik Azammudin menegaskan arahannya.

"Kami takde buat apa-apa! Kami belajar sama-sama. Kami langsung tak abaikan pelajaran. Maya dah besar, daddy! Maya ada hak nak tentukan hidup Maya." Bentak Maya. Untuk pertama kalinya, Maya berani menyuarakan isi hatinya tidak seperti sebelum ini. Maya menggenggam erat tangannya dan mengetap bibirnya.

"Fine! Kalau itu yang Maya nak." Encik Azammudin bangkit dari duduknya dan mula melangkah menuju ke tangga meninggalkan Maya dan Puan Nur.

"Kalau sayangkan dia sekalipun, belajar dulu."

"Tapi mummy, Maya tak pernah abaikan study. Dia langsung tak menghalang pelajaran Maya." Jawab Maya dengan mendatar. Wajahnya cemberut sahaja. Lekas dia mengambil begnya dan menapak ke biliknya.

"Tapi fikirkannya Maya, mummy harap kamu putuskan hubungan dengan dia. Fokus belajar dulu." Ujar Puan Nur lagi. Masih tidak berputus asa untuk memujuk Maya memutuskan hubungannya dengan jejaka itu. Ada rancangan lain yang sedang dirangka bersama suaminya saat ini.

Maya yang sudah berada di anak tangga terakhir mula diburu rasa bersalah. Apa yang harus dia buat? Ingin ikutkan kehendak orang tuanya namun hatinya bakal terluka. Andai ya diikutkan kata hatinya, kedua-dua hati orang tuanya bakal terluka.

------

HAZIQ meletakkan kepalanya di atas meja. Tak semenanya senyumnya tertayang apabila wajah Maya terbayang di matanya. Setiap inci wajah gadis itu dirindui walaupun baru semalam mereka meluangkan masa bersama. Gelak tawa gadis yang comel itu sering sahaja mencuit hatinya. Haih! Sungguh dia gila bayang. Setiap saat dan setiap masa, hanya Maya yang berada dimindanya.

"Auh!" Haziq mengaduh kesakitan apabila kepalanya terasa menyengat dan sengal. Lekas dia mengangkat kepalanya dan menoleh ke arah Safwan. Kepalanya yang sakit diusap lembut.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now