BAB 20 🍎

2.5K 204 32
                                    

"It is hurt when somebody you love, never feel the same." Syakira membaca setiap bait pesanan Whatsapp daripada Izzatul. Tak semenanys dia mengeluh lemah. Ada benarnya apa yang disampaikan oleh Izzatul. Sakit apabila cinta yang diberikan langsung tak terbalas.

Sejak kecil, dia mempunyai perasaan terhadap kawan abangnya sendiri. Pada awalnya, dia seperti Sarah sekarang. Namun semakin Syakira menginjak dewasa, perasaannya juga menjadi 'dewasa' dan semakin besar untuk jejaka yang bernama Haziq Irsyad.

Walaupun beza umur mereka adalah tujuh tahun, banyak kenangan bersama sudah terlakar. Mereka adalah teman sepermainan. Dari kecil, Haziq tidak pernah lelah menjaganya seperti abangnya. Disebabkan itulah, perasaannya untuk Haziq semakin hari kian bercambah.

"Tahu tak Keiya, nama Syakira tu abang Haz yang pilih." Setiap kali Puan Dalili mrngungkit tentang hal itu, pasti hatinya berbunga setaman. Dia sangat gembira dengan kenyataan itu. Haziq yang memilih nama itu untuk sewaktu dia dilahirkan. Perkara itu akan diingati selamanya.

Syakira senyum. Dalam senyumnya, matanya turut berkaca. Dia harus menerima kenyataan bahawa cinta tidak seharusnya memiliki. Dia perlu sedar, apa yang dia suka, perkara yang dia inginkan, tak semestinya menjadi miliknya.

Izz ❤

Cuba belajar untuk menerima. Kalau dia bukan untuk kau, buka mata kau.

Mungkin jodoh kau tengah cari peta nak datang rumah kau.

Sekarang, chin up princess!

Ambil buku, study.

Trial dah esok lusa.

Tanpa disangka, pesanan Whatsapp Izzatul bukan setakat itu sahaja. Panjang lagi sambungannya. Syakira senyum. Sahabat baik yang ada di setiap jatuh bangunnya, yang tahu setiap rahsianya itu memang banyak membantunya. Air mata yang hampir mengalir diseka lalu dia bangkit ke meja belajar.

----

"Suka dia? Halalkan dia." Ringkas tapi bermakna. Ya, itu sememangnya nasihat ringkas daripada Farhan namun tetap berkesan dihatinya sehingga tidur malamnya tidak lena. Otaknya ligat memikirkan tentang perkara itu.

Haziq membuka aplikasi Whatsappnya.

HaziqIrsyad_

Hi, sayang!

Haziq mengeluh. Belum sempat butang send ditekan olehnya, jarinya tangkas memadam kembali pesanan itu. Tidak sanggup untuk menghantar pesanan itu kerana dia sudah berjanji untuk tidak mengganggu Maya selama bulan peperiksaan berlangsung.

Dia rindukan Maya. Sangat rindu sehingga setiap hari dia akan membaca kembali conversation lama mereka tanpa rasa jemu dan bosan. Kini hampir sebulan mereka tidak berhubung. Bulan peperiksaan bakal berakhir minggu depan dan peperiksaannya sudah tamat dua hari lepas.

Haziq mengeluh lagi. Dia kembali meletakkan telefon ke atas meja. Dia menopang dagu sambil berfikir. Tidak lama selepas itu, mata Haziq membulat. Liurnya diteguk.

"Astarghfirullahhalazim." Haziq beristighfar panjang. Sungguh dia tidak percaya dengan pandangan matanya tatkala ini. Haziq perlukan kepastian. Dia bangkit segera.

"Maya?" Sapanya saat kakinya sudah menghampiri gadis itu yang sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki. Maya mendongak. Matanya membulat melihat kehadiran Haziq di situ.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now