"Tumpang meja, ya?" Haziq tayang muka tembok yang dihias dengan sengihannya. Dua orang manusia yang sedang ralit berbual dan makan itu terkebil-kebil memandang ke arahnya. Haziq buat tak endah dengan renungan itu lalu tangannya diangkat untuk memanggil waiter bagi memesan makanan.
"Apple juice, okay?" Haziq senyum sewaktu membuat pesanan. Waiter itu mencatat pesanan Haziq dan mula berlalu pergi. Haziq memandang ke arah dua orang manusia itu secara bergilir. Dengan riak tidak bersalahnya, dia menupang dagu sambil menoleh ke kanan. Merenung Maya yang sudah menggigit bibirnya.
Bukan hari ini sahaja dia mengganggu Maya yang sering keluar bersama Emir bahkan sejak seminggu yang lepas, di mana sahaja Emir dan Maya berada, pasti jejaka itu turut mencelah. Sengaja mengganggu mereka agar mereka menjadi rimas dan secara tidak langsung mencuba untuk menjadikan Maya sebagai hak mutlaknya.
"Hey Maya!" Sapanya sambil mengenyitkan mata. Maya serba salah. Dia mula memandang ke arah Emir yang sudah mengepal penumbuk. Selama ini, lelaki itu banyak bersabar dengan kehadiran Haziq yang sering mengganggu mereka. Maya risau, hari ini adalah kemuncak kesabaran lelaki itu.
"I love you, sayang." Bisik Haziq lagi. Kuat, bukan setakat Maya sahaja mampu mendengarnya malah Emir yang berada disebelahnya turut mampu mendengar setiap bait bicara Haziq. Emir mengetap bibirnya. Penumbuknya dikepal kejap. Nafasnya menderu laju. Amarahnya sudah sampai kemuncak.
"Kau berambus!" Segera Emir menolak Haziq sehingga jejaka itu jatuh terduduk di atas lantai.
"Jangan ganggu Maya lagi, bodoh!" Tumbukan pertama hinggap dipipi Haziq. Haziq tidak membalas sebaliknya merelakan sahaja Emir membelasahnya. Dia ingin buktikan kepada Maya bahawa dia sanggup bertahan mengharungi apa sahaja untuk gadis itu.
"Dia dah jadi tunang aku!" Bentak Emir lagi. Kali ini pipi kanan Haziq menjadi mangsanya pula. Empangan air matanya mula mengalir. Sungguh dia tidak sanggup melihat Haziq diperlakukan sebegitu. Luluh hatinya saat tangan gagah milik Emir menyentuh kasar kulit pipi Haziq. Dia tidak sanggup untuk melihat dengan lebih lagi.
"Enough, Emir!" Tangan Emir dipaut agar lelaki itu berhenti membelasah Haziq. Emir akur. Dia berhenti membelasah jejaka dihadapannya itu. Nafasnya termengah-mengah menahan amarah yang masih menggunung.
"Haz.. Ikut Maya." Maya melepaskan lengan Emir lalu bertindak membantu Haziq.
"Emir, tunggu sini. Saya ada nak bincang sesuatu dengan dia." Tangan Haziq ditarik kasar agar jejaka itu membuntutinya. Haziq yang masih pening akur sahaja. Langkahnya diatur walaupun dengan terhuyung- hayang.
Yakin mereka telah jauh daripada khalayak ramai, Maya melepaskan genggaman tangannya. Air mata yang mengalir dipipinya diseka. Kini matanya merenung ke arah Haziq yang sudah berdarah di sana sini.
"Stop it, Haz.." Mukaddimah Maya menyebabkan Haziq tercengang. Dia memandang Maya dengan penuh tanda soal yang bermain dibenaknya.
"Sudahlah. Terimalah kita takde jodoh, Haz. Walau apapun yang awak buat, ibu bapa saya tetap dengan keputusan mereka. Mereka tetap ingin satukan saya dengan Emir." Sambung Maya lagi. Walaupun perit, dia harus menjelaskan hal itu kepada Haziq agar lelaki itu tidak berterusan mengejarnya yang bakal berkahwin dua minggu lagi.
"Haz akan buat apa je untuk dapatkan restu daddy dan mummy Maya. Haz sanggup buat apa je untuk dapatkan Maya." Tulus Haziq berbicara. Sungguh dia sanggup buat apa sahaja asalkan Maya menjadi miliknya. Hatinya benar-benar ikhlas untuk memiliki Maya. Pipinya yang pijar diusap perlahan.
"No! Tolonglah terima hakikat ni, Haz. Masa dah tak boleh undur." Pinta Maya lagi. Air matanya semakin laju mengalir. Haziq lekas menyeka air mata itu agar tidak terus mengalir namun Maya lebih tangkas menepis.
"Kita kahwin lari?"
"Tolonglah, Haziq Irsyad. Terima kenyataan kita bukan ditakdirkan bersama..." Maya jeda seketika. Tangis yang menggila cuba ditahan. Hatinya yang sudah berderai memberikan rasa senak di dadanya.
"Cinta tak semestinya bersama, Haz! Dunia ni, kalau dengan cinta je, kita tak dapat hidup. Tolong jadi rasional. Dunia ni perlukan duit Haz! Bukan setakat cinta je..."
"Tapi Maya..."
"Emir sudah cukup lengkap untuk saya, Haz. Dia sayangkan saya, dia dah ada kerja tetap, dia boleh bimbing saya, Haz. Awak langsung takde apa-apa, Haz!" Mata Haziq mula berkaca-kaca. Perit mendengar setiap bait perkataan yang menusuk jantungnya itu. Hatinya sudah patah seribu.
"Tapi Haz sangat cintakan Maya!" Pintas Haziq. Masih mempertahankan perasaannya.
"Saya pun sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tapi saya lebih sayangkan ibu bapa saya, Haz. Kalau saya pilih awak, banyak hati yang akan terluka. Kalau saya setuju dengan pilihan daddy dan mummy, mereka bahagia. Sebagai seorang anak, cukuplah ibu bapa saya bahagia." Panjang lebar Maya bersuara. Tangan Haziq diraih lalu dibawa ke pipinya. Untuk kali terakhir dia ingin memegang tangan itu. Lama Maya berbuat sedemikian.
"Maya, kita kahwin lari?" Sekali lagi Haziq mengutarakan cadangannya yang itu. Maya menggeleng perlahan. Airmatanya laju mengalir sehingga menitis ke atas tangan Haziq.
"Tolong lupakan saya. Tolong. Mulai hari ini, jangan ganggu saya lagi. Semoga awak bahagia, Haziq Irsyad." Maya menahan tangisnya daripada terus menggila. Dia melepas tangan Haziq dan mula berlari anak meninggalkan jejaka itu.
Haziq jatuh terjelopok. Akhirnya air mata jantannya mengalir jua. Permintaan Maya amat berat untuk dia laksanakan.
Dia sangat cintakan Maya! Bayangan Maya semakin hilang dari pandangan matanya. Ingin sahaja dia bangkit dan mendapatkan gadis itu kembali namun itu semua akan merumitkan lagi keadaan. Haziq bangkit perlahan-lahan.
Setapak demi setapak, kakinya melangkah meninggalkan perkarangan deretan kompleks membeli-belah yang berada berhampiran restoran itu. Air matanya yang sedari tadi langsung tidak mampu dibendung, mengalir membasahi pipinya. Hanya air mata yang mengalir, langsung tiada esakan halus yang bergema dari mulutnya.
Bibirnya digigit. Menahan esakan terluah dari bibirnya. Biarlah air matanya sahaja yang mengalir. Itu pun sudah cukup untuk menggambarkan betapa teruknya keadaan sekeping hatinya tatkala ini.
Sudah puas Haziq memujuk hatinya, namun tetap rasa pedih dan sakit yang menular tidak mampu ditahan. Lututnya terasa longlai untuk terus memangkin kaki agar terus menapak. Walaupun tanpa daya, kakinya diseret jua agar terus menapak.
Tidak kiralah kakinya sudah pun longlai, dia ingin segera berada di dalam perut keretanya.
Bibirnya tidak mampu untuk terus menghalang esakan kecil daripada terus terkunci. Esakan kecil yang menambahkan luka dihatinya. Memberi kesedaran bahawa dia tidak cukup kuat untuk menghadapi situasi itu walaupun sudah lama dia bersiap siaga.
Aku tak kuat! Raung Haziq di dalam hati. Air mata yang membasahi pipinya kini turut membasahi kemejanya. Kakinya sudah tidak mampu untuk menapak dengan lebih jauh. Tidak jauh dari situ, sebuah kereta Honda HRV berwarna kelabu tersergam indah di hadapannya. Langkah diatur setapak demi setapak menuju ke arah kenderaan itu. Dia perlu segera berada di dalam keretanya. Dia perlu melepaskan segala-galanya di situ sebelum pulang ke rumah. Jejaka itu berharap agar dia tidak membawa masalah itu pulang ke rumah.
ALL RIGHTS RESERED BY RealStarlight.
STITCHES.
27/07/2017.Okay ni memang sis tak jangka. Bapak banyak update hari ni 😂 Moonlights suka tak?
Eh ingat tak part bawah ni? Haaa, itulah prolog. Yang dia jumpa Wani apa semua itu kiranya imbasan apa yang telah berlaku tiga bulan lepas. Daripada bab ini, dan seterusnya, situasinya adalah sekarang.
Bukan imbas kembali dah. Faham tak? Moonlight faham tak?
Haaa, hakak agak, korang dah dapat teka siapa heroin kan? 😊 Yes she is. Dialah heroinnya. Hakak tak selalu munculkan dia tapi akak tak pernah lupuskan wataknya.
Dia adalah heroin. Tak menyerlah sangat dan in shaa ALLAH, bermula chapter seterusnya, dia akan menyerlah.
Korang dapat agak kan siapa heroin?
Okay bhoii!
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...