BAB 27 🍎

2.4K 212 33
                                    

WAJAHNYA diraup perlahan. Keluhan dilepaskan perlahan seraya mengepalkan tangannya dengan erat. Tubir matanya sudah bergenang dengan air mata. Hatinya pedih saat ini kerana teringatkan gadis yang masih utuh bertakhta.

Saat bersendirian, bayangan Maya sering mengganggu benaknya dan hatinya. Sungguh sakit dan menyeksakan! Haziq masih tidak mampu untuk melupakan gadis itu. Setiap malam pasti kenangan indah bersama Maya terlayar kembali di mindanya. Alangkah indahnya andai mereka masih bisa bersama seperti kenangan itu.

Pesanan Whatsapp yang diterima sebentar tadi semakin meremukkan hatinya. Maya masih mengharapkannya untuk menghadiri majlis perkahwinan gadis itu dengan pilihan hatinya, Emir. Adakah gadis itu gila? Tidak mungkin Haziq mampu untuk menghadiri majlis itu sedangkan dia masih berduka. Mahu jejaka itu mengamuk disitu, siapa yang susah?

Alah Haz! Kau pergi jelah. Tunjukkan kepada Maya, kau mampu hidup tanpa dia. Kau mampu untuk move on! Kau tak perlukan orang yang mengkhianati cinta kau. Satu suara halus terngiang-ngiang ditelinganya; memberi kata-kata semangat agar jejaka itu menghadiri majlis perkahwinan Maya dan Emir.

"Tapi aku tak kuat.." Bisik Haziq sambil memeluk lututnya. Haziq bimbang dia tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi itu. Dia bimbang hatinya yang sudah sedia teruk itu terus hancur.

Telefon yang berada disebelahnya diambil. Jam yang tertera pada skrin telefon itu ditatap. Paparan jam itu menunjukkan pukul 2.47 petang. Tiba-tiba sesuatu terlintas dibenaknya.

Keiya! Laju sahaja dia bangkit dari katilnya dan mengorak langkah menuju keluar rumah untuk menjemput Syakira dari sekolah. Sebelum menapak keluar, sempat dia menggapai kunci kereta yang tersangkut elok di tepi pintu utama.

Dia menapak masuk ke dalam perut kereta itu dan mula menghidupkan enjin keretanya. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya memandangkan Haziq sudah terlewat untuk menjemput Syakira yang pulang pada jam 2.30 petang.

Telefonnya tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Lekas diambil telefon itu dari dashboard dan menjawab panggilan itu tanpa melihat pada skrin telefon. Kelajuan kenderaan itu dikurangkan.

"Hello.. Yes?" Sahut Haziq dengan pantas. Bimbang panggilan itu adalah panggilan yang penting. Sesaat kemudian, riak wajahnya berubah. Bibir diketap dengan geram sebelum dia memberhentikan kenderaannya dibahu jalan.

"Haz.. Ini Maya. Saya harap awak dapat hadir ke majlis saya esok." Suara Maya yang ceria seakan menggambarkan bahawa dia gembira menantikan hari esok. Tidakkah gadis itu tahu bahawa jemputannya itu bagaikan menghempaskan hati Haziq dari tingkat 100?

Aku tak reply Whatsapp kau tu, faham-faham jelah aku tak nak pergi majlis kau! Bentak Haziq dalam hati.

"No. I'm not going. I'm busy right now. Takde masa nak pergi majlis tu." Haziq menolak jemputan itu dengan alasan yang sengaja dicipta. Dia memang tidak mahu menghadiri majlis Maya. Noktah!

"Please.." Haziq mengeluh perlahan. Rayuan Maya menyebabkan urat sarafnya melemah. Dia cair serta-merta. Kenapa Maya beria sangat nak aku hadir majlis dia?

"Tengoklah macam mana." Balas Haziq acuh tak acuh sekaligus memutuskan talian. Tidak mahu berterusan menyeksa jiwa dan raganya dengan permintaan Maya. Dia memberi signal ke kanan untuk kembali memasuki jalan raya sebelum pedal ditekan kuat menyebabkan kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

Tidak sampai sepuluh minit, akhirnya Haziq tiba dihadapan sekolah Syakira. Matanya melilau mencari kelibat gadis itu. Keadaan sekeliling sekolah yang sudah kosong menyebabkan Haziq tidak sedap hati. Mana Keiya? Jam tangannya dikerling.

"ALLAHU.." Dia sememangnya sudah terlampau lewat. Dimanakah gadis itu? Haziq meneguk liur. Andaian buruk segera ditepis. Enjin kenderaannya dimatikan dan dia mula keluar dari perut kereta itu. Langkahnya diatur menuju ke dalam kawasan sekolah.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now