BAB 15 🍎

2.7K 213 23
                                    

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan."

Surah Al-Ankabut [29:8]

***********

"Kau betul-betul nak pergi ke?" Haziq masih memegang erat luggage milik Farhan. Seakan tidak mahu melepaskan sahabatnya itu pergi. Waktu sebulan yang mereka luangkan dirasai sungguh singkat.

"Yelah, Haz. Assignment berlambak lagi tak siap. Korang takpelah. Ni last semester study lepas ni practical. Aku ada lagi empat semester nak habiskan tau." Farhan terpaksa memaniskan riak wajahnya untuk memujuk Haziq. Sebenarnya hati juga berat untuk pergi ke Ireland. Masa yang diluangkan sungguh singkat. Dipandang wajah Safwan dan Haziq secara bergilir.

"Tak payahlah nak sedih bagai Haz. Nanti Paan baliklah." Safwan menarik Haziq yang sedari tadi duduk mencangkung sambil memeluk luggage Farhan. Orang sekeliling sudah memandang pelik ke arah mereka kerana kelakuan Haziq itu.

"Aku pergi dulu. In shaa ALLAH, kalau panjang umur, kita jumpa lagi." Sebaik sahaja pengumuman kedengaran, Farhan menghulurkan tangannya kepada Safwan. Merrka berjabat tangan dan mula saling berpelukan. Lama.

"Haz, aku pergi dulu." Farhan menarik Haziq agar bangun. Badan sahabatnya itu dipeluk juga. Haziq dengan berat hati membalas pelukan Farhan.

"Wan jaga Haz elok-elok. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Farhan menarik luggagenya ke balai pelepasan. Haziq dan Safwan hanya memandang Farhan sehingga sahabat mereka itu hilang dari pandangan.

"Jom makan?" Ajak Safwan apabila wajah Haziq masih monyok. Senyumnya terukir. Kalau Farhan ada, bergaduh aje kerja. Kalau dah jauh macam ni, rindu pulak. Bahu Haziq dipaut dan mereka beriringan keluar dari perkarangan lapangan terbang itu.

------

Haziq melangkah dengan perlahan menuju ke arah seorang gadis yang ralit termenung di bawah pondok yang disediakan oleh pihak kolej. Senyum nakalnya terbit dibibir.

"Huarghhhh!" Sergah Haziq. Maya yang sedang termenung itu terkejut. Memang terkejut beruk! Dadanya dipegang dan matanya membulat. Nafasnya termengah-mengah. Lama dia berkeadaan sebegitu sebelum menoleh ke arah Haziq yang sudah ketawa berdekah-dekah.

"Haz!" Bahu Haziq dipukul sebagai tanda geram. Haziq hanya membiarkan sahaja perbuatan Maya itu malah masih meneruskan tawanya.

"Okay-okay. Haz mintak maaf." Haziq mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai tanda mengalah dengan tawanya yang masih bersisa. Tangan Maya diraih dan digenggam erat. Tangan kecil je, tapi berbisa! Maya tidak memberi respon malah menjuihkan bibirnya tanda merajuk.

"Sorry." Haziq sekali lagi memohon maaf. Maya diam. Langsung tidak memandang ke arah Haziq.

"Sorry, Hani." Haziq masih lagi merenung Maya yang merajuk dengannya. Dia semakin menggenggam erat tangan gadis itu.

Maya masih diam.

"Nurin Maya Hani binti Azammudin, I'm sorry." Sekali lagi maaf dipinta. Maya mengeluh perlahan. Dia segera menoleh ke arah Haziq dan mengukir senyum.

"Saya dah maafkan awak. Jangan buat muka macam ni." Genggaman Haziq dileraikan. Matanya merenung anak mata Haziq yang bersinar itu. Secara automatik tangannya mencubit lembut pipi jejaka itu.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now