BAB 1 🍎

8.6K 536 17
                                    

3 BULAN YANG LALU...

BAJU yang sudah lencun dibasahi peluh melekat ditubuhnya. Begitu juga dengan sahabat yang berada disebelahnya. Nafas mereka masih tidak teratur memandangkan perlawanan bola baru sahaja tamat sebentar tadi.

Lelaki yang berjersi merah mengelap wajahnya yang basah dengan peluh menggunakan tuala kecil. Sleeveless jersi itu dikibas kuat agar angin boleh keluar masuk melaluinya. Walaupun hari sudah menginjak senja, suhu badan mereka masih tinggi.

"Nak air, Haz?" Sahabatnya yang berjersi hitam menghulurkan sebotol air kepadanya. Haziq mendongak. Wajah sahabatnya dipandang dengan riak tidak percaya.

"Kau dah kenapa?" Tanya lelaki itu lagi apabila Haziq masih memandangnya dengan pandangan yang sukar dimengerti.

"Kau tak kena sampuk kan?" Haziq mendekatkan wajahnya ke arah sahabatnya, Safwan. Semakin lama, wajahnya semakin mendekat ke arah sahabatnya itu.

"Kenapa dengan kau ni, setan?" Safwan menolak dada Haziq dengan serta merta. Seram sejuk apabila sahabatnya yang sudah berkawan dengannya sejak kecil berkelakuan pelik pada hari ini. Dah kena simptom tak straight ke? Safwan mengerutkan dahinya.

"Bukan kau ni jenis tak suka share barang dengan orang ke?" Haziq masih memandang ke arah Safwan dengan pelik. Safwan merengus geram. Tak habis-habis!

"Aku share air dengan kau tu, dah kira baguslah. Kalau tak, hampir tuli telinga aku kau merungut. Cakap aku kedekut tahi hidung masinlah itulah inilah." Safwan menarik kembali botol airnya. Niat untuk berkongsi air kosong dengan Haziq terbantut. Inilah manusia!

"Weh, aku nak air tu!" Haziq mula tidak berpuas hati. Saat tangannya sedikit sahaja lagi untuk mencecah botol itu, Safwan sudah merembatnya dahulu.

"Tadi kata tak nak." Perli Safwan. Penutup botol minuman itu dibuka perlahan. Air sejuk yang berada di dalam botol itu diteguk dengan penuh menggoda. Sengaja ingin mendera perasaan Haziq yang sedang meneguk liur melihatnya.

Haziq merengus geram. Dia lekas bangkit lalu melemparkan tuala kecilnya ke muka Safwan.

"Kedekut tahi hidung masin! Dengan kawan pun berkira. Bontot besar, pendek!" Haziq sudah membebel tak tentu fasal sambil kakinya diatur menuju ke arah kenderaannya. Sempat lagi dia mengutuk Safwan ketika itu.

"Kau tu yang bontot besar!" Safwan yang annoying dengan kutukan Haziq lekas melancarkan terajangnya ke arah Haziq. Apa lagi, kedua-duanya jatuh tergolek di atas padang itu. Orang lain sudah lama memecut pulang ke rumah. Mereka berdua boleh lagi bergurau senda kat padang sedangkan azan maghrib bakal berkumandang bila-bila masa sahaja.

"Sakitlah, ngek!" Haziq memuncung sambil mengusap punggungnya yang terasa sengal akibat terjahan Safwan.

"Kau nak aku mandul ke? Nanti kau tak dapat anak saudara!" Sambung Haziq lagi. Rambut Safwan ditarik kuat sebelum dia terkangkang membuka langkah untuk melarikan diri. Punggungnya yang masih terasa sengal menyebabkan lariannya sedikit melucukan. Terkangkang!

"Kau bukannya kahwin dengan adik aku. So, aku tak kisah!" Jerit Safwan dari belakang. Masih lagi bengang dengan tindakan Haziq yang menarik rambutnya. Dia tidak kisah lelaki itu ingin memukulnya, asal rambutnya tidak terusik.

Sekali lagi Safwan menyepak punggung Haziq sehingga lelaki itu jatuh tergolek sendirian ke atas padang. Usai itu, pantas sahaja tangannya menarik kaki Safwan sehingga Safwan turut rebah mencium rumput. Lagi parah, Safwan tersembam mencium rumput.

Haziq ketawa besar. Keadaan Safwan itu sangat menggelikan hatinya. Safwan mengetap bibir. Dia merengus geram sebelum bertindak menekup mulut sahabatnya itu. Mereka bergolek-golek di atas rumput itu tanpa mempedulikan orang sekeliling. Seorang mengelak dari terus dipukul, seorang lagi berang dan ingin memukul.

"ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR..." Perlakuan mereka terhenti apabila azan maghrib berbunyi. Masing-masing lekas bangkit dan berlari menuju ke arah kereta Haziq.

"Jom balik." Ajak Haziq sambil memakaikan tali pinggang keledar dipinggangnya.

"Baliklah. Nak ke mana lagi." Sambung Safwan; juga memakaikan tali pinggang keledar walaupun masih tercungap-cungap. Haziq menghidupkan kenderaannya dan kenderaannya meluncur laju di atas jalan raya yang lengang. Waktu maghrib memanglah kereta kurang berada di atas jalan raya.

"Kaulah ni. Nanti mesti Uncle Amran kesayangan kau tu marah sebab balik lambat." Haziq mula merungut sambil tangannya tangkas memusing stereng ke kiri dan ke kanan.

"Eh salah aku pulak. Salah kau lah! Siapa suruh buat onar tadi." Safwan pula yang menyalahkan Haziq. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Kebudak-budakan betullah.

"By the way, aku rasa bontot aku dah besar sebelah ni." Haziq tiba-tiba mengubah topik. Tak habis-habis dengan punggungnya.

"Rasa kebas semacam eh?" Tanya Safwan sambil menahan tawa.

"Haah. Macam takde bontot sebelah. Kaulah ni!" Sambung Haziq tanpa rasa segan. Safwan mula menghamburkan tawanya. Begitu juga dengan Haziq. Pasal punggung pun boleh gelak? Okay, mudah terhibur.

"Takpelah. Nanti kau nampak seksi." Safwan pula menambah. Kedua-duanya membayangkan punggung Haziq besar sebelah. Gelak mereka bertambah besar.

"Ya ALLAH! Aku tak boleh weh. Serius kelakar." Ujar Haziq sambil ketawa berdekah-dekah. Memang mudah terhibur betul dua orang makhluk ALLAH ni. Haziq membelok ke kiri untuk memasuki kawasan perumahan mewah. Selang beberapa buah rumah mereka lepasi, akhirnya dia memberhentikan kenderaannya.

"Aku balik dulu. Malam ni, kalau free, datanglah rumah aku." Safwan membuka pintu dan mula lolos keluar dari kereta BMW putih milik Haziq. Haziq mengangguk faham. Memang selalunya dia akan melepak di rumah Safwan yang betul-betul bertentangan dengan rumahnya. Usai sahaja Safwan hilang dari pandangan matanya, Haziq memarkirkan keretanya.

"ALLAHU.." Haziq menggeliat saat keluar dari keretanya. Terasa penat mula menjalar di segenap tubuhnya. Biasalah, main bola. Kalau bukan dua jam berada di padang, bukan main bolalah tu.

Haziq menutup pintu keretanya dan menekan butang lock. Sebelum menapak masuk ke dalam rumah, Haziq membuka kasut dan stokinnya.

"Azan maghrib baru reti nak cari jalan balik?" Sinis sahaja Encik Amran bersuara apabila Haziq baru sahaja setapak masuk ke dalam rumah. Haziq sudah buat muka.

"Sorry, abah. Traffic jammed." Bohong Haziq berharap taktiknya berjaya. Encik Amran meletakkan surat khabarnya ke tepi. Tiba-tiba dia menggagau sesuatu yang berada disebelahnya.

Haziq meneguk liur. Aku agak abah nak ambik rotan sakti dia. Gumam Haziq dalam hati. Matanya terus membesar saat Encik Amran mengeluarkan rotan.

"Apa ni abah? Orang dah 24 tahun dah! Janganlah main rotan-rotan lagi." Haziq mula gugup. Lekas sahaja dia berlari anak mendaki tangga menuju ke biliknya.

"Mak, abah main mengelat! Dia nak rotan Haz. Haz dah besarlah." Jerit Haziq. Puan Julianna yang berada di dapur untuk menyediakan makan malam menggeleng perlahan. Kalau dah nama anak tunggal, memang macam ni ke?

Encik Amran menggeleng perlahan. Senyumnya terukir dibibir. Terhibur barangkali dengan telatah Haziq itu. Itulah satu-satu anak mereka. Itulah penawar, itulah racun.

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
BAB 1
28/05/2017.

How? Hakak harap, first bab okay. 😅😅

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now