BAB 32🍎

3.2K 232 32
                                    

"Lupakan dia, Keiya." Syakira berbisik perlahan. Kedai buku yang lengang daripada pelanggan membolehkannya berangan seketika. Setelah tamat peperiksaan SPM, Syakira mula bekerja di sebuah kedai buku yang berdekatan dengan rumahnya bagi mengisi masa lapang.

Kononnya mengisi lapang walhal dia sengaja menyibukkan diri agar tidak terlalu memikirkan Haziq yang langsung tidak pulang. Lelaki itu masih tidak pulang walaupun sudah kerap menghubungi ibu bapanya.

"Keiya.." Syakira mendongak. Dia menoleh ke arah rakan sejawatnya yang berada disebelahnya.

"Pergilah rehat dulu. Akak ada untuk jaga kaunter." Syakira menurut sahaja. Dia menapak perlahan menuju ke arah bilik yang menempatkan barangannya. Lekas diambil begnya dan dia mula menapak keluar daripada kedai buku itu.

Langkah diatur menuju ke masjid yang terletak betul-betul dihadapan kedai buku itu. Setiap hari, tempat lepaknya adalah masjid itu disamping menunaikan solat asar. Setapak demi setapak kakinya mula melangkah masuk ke dalam perkarangan masjid.

"Hey, kenapa ni?" Syakira berhenti melangkah seketika. Jantungnya bagaikan ingin terhenti saat itu. Suara itu! Syakira yakin, dia kenal dengan suara itu. Gadis itu menoleh ke kanan. Matanya membuntang. Tekaannya benar sekali.

"Abang Haz..." Syakira berbisik sendiri. Kakinya seolah-olah terpaksa disitu dan matanya langsung tidak mampu berkalih daripada terus memandang wajah jejaka itu. Benar, empunga suara itu adalah Haziq. Jejaka yang kelihatannya sedang memujuk seorang wanita dihadapannya.

"Abang... Sampai hati abang buat sayang macam ni." Perbualan antara Haziq dan wanita itu menyapa gegendang telinganya. Tiada satupun terlepas dari pendengarannya. Syakira masih statik disitu. Perlahan-lahan matanya berkaca-kaca. Air mata mula memenuhi tubir matanya.
Jadi inilah perempuan yang panggil Haziq abang suatu ketika dahulu?

"Abang Haz janji, abang Haz akan kahwin dengan Keiya!" Janji Haziq saat umurnya sepuluh tahun terngiang-ngiang kembali ditelinganya.

"Abang Haz tak akan kawan dengan perempuan lain selain Keiya." Empangan air matanya akhirnya pecah. Hatinya remuk tatkala ini. Pipinya mulai basah dengan air matanya sendiri.

"I love you, Syakira Najiha!" Ucapan tiga patah perkataan itu turut bermain dimindanya. Syakira tidak mampu untuk terus melihat sketsa antara Haziq dan perempuan itu namun kakinya juga sepertinya tidak mampu untuk berganjak. Syakira menggigit bibirnya. Perasaan sedihnya menguasai diri tatkala ini.

"Abang.. tolong bertahan. Jangan tinggalkan sayang." Syakira tidak mampu untuk terus berdiri. Dia perlahan-lahan duduk bertinggung di situ. Gadis itu teresak-esak. Hatinya sangat sakit.

Sungguh dia tidak mampu menerima kenyataan bahawa Haziq sudah mempunyai orang lain. Lagi menakutkan apabila wanita itu berkemungkinan isteri Haziq. Syakira tidak kuat.

Perasaan yang disemai sedari kecil menyebabkan perasaannya terhadap jejaka itu terlalu besar. Pedih! Syakira masih berada disitu. Terasa longlai dan penat menahan rasa sakit hati.

"Keiya?" Syakira mendongak perlahan. Air mata yang membasahi pipinya tidak seka. Dia memandang Haziq dengan tangisan yang masih menggila.

"Ya ALLAH.." Haziq lekas berlari anak mendekati gadis itu. Risaunya bukan kepalang saat melihat keadaan Syakira.

"Keiya okay? Kenapa ni?" Tanya Haziq dengan kalut. Air mata yang mengalir dipipi Syakira menambahkan lagi rasa tertanya-tanya. Kenapa Syakira menangis? Syakira tidak menjawab malah hanya memandang ke arah Haziq tanpa berkelip.

"Keiya sakit ke? Sakit kat mana?" Melihat tiada respon daripada Syakira, Haziq memanggil wanita itu.

"Kenapa ni, Haz?"

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now