"Be my bae?" Haziq sudah duduk dihadapan Maya dengan senyuman menggodanya. Anak mata Maya direnung lembut dan tangan gadis itu digenggam erat. Maya gigit bibir. Jantungnya bagaikan ingin pecah tatkala ini. Matanya tidak mampu dikalihkan ke tempat lain. Anak matanya masih bertaut erat dengan anak mata coklat milik Haziq. Lidahnya kelu.
"Again, be my bae?" Senyumnya masih mekar biarpun tidak mendapat jawapan daripada Maya. Wajah Maya yang sudah mula blushing itu sudah mampu dibacanya, namun dia tetap ingin menanti jawapan daripada gadis itu. Haziq sabar menunggu.
Sungguh hatinya berdegup kencang. Tidak pernah sekalipun dia melamar mana-mana gadis untuk menjadi kekasihnya. Perempuan je duk kalut melamarnya menjadi kekasih mereka. Hari ini, dia memberanikan untuk melamar Maya. Bak kata Haziq, she is the one!
"Tak sudi eh?" Tanya Haziq setelah Maya masih berdiam diri. Dia mengeluh hampa. Genggaman pada tangan Maya dilonggarkan dan akhirnya dia melepaskan tangan gadis itu. Hampa. Dia mula menoleh ke arah pantai. Berharap bunyi deruan ombak mendamaikan hatinya.
"Yes." Tidak lama selepas itu, suara Maya menyapa gegendang telinganya. Haziq mengerutkan dahinya. Lekas dia menoleh kembali ke arah Maya. Kelihatan Maya sedang menunduk ke bawah.
"Apa Maya cakap?"
"Saya sudi." Jawab Maya lagi. Senyum Haziq kembali mekar. Matanya kembali bersinar. Direnung Maya yang sedang menunduk. Tangannya lekas menyelak rambut Maya yang menutupi sebahagian wajah gadis itu. Haziq meneguk liur.
"Kenapa menangis? Haz ada buat Maya sakit hati ke?" Kalut Haziq menyoal gadis yang sudah mendapat tempat dihatinya itu. Dagu Maya diangkat agar wajah Maya mampu dilihat sepenuhnya oleh mata kasarnya.
"Maya, kenapa menangis? Haz tak paksa Maya. Haz tak paksa. Kalau Maya tak sudi, its okay. Janganlah menangis."Cermin mata Maya ditanggalkan dan air mata gadis itu diseka dengan perlahan. Rambut yang beralun mengikut pergerakan angin diselitkan ditepi telinga Maya. Haziq semakin bimbang apabila Maya masih senyap. Langsung tidak membalas bicaranya namun sebaliknya menangis berterusan.
"Maya, Haz mintak maaf.." Haziq semakin diburui rasa bersalah.
"No. Haz tak buat salah pun." Maya menyeka air matanya sendiri. Senyumnya diukir walaupun kelihatan janggal. Pelik kan perempuan, dalam tangis masih boleh senyum. Complicated!
"Kenapa Maya menangis?"
"Sebab Haz. Selama ni, takde sesiapa pun yang pandang saya. Yelah, saya macam budak nerd. Langsung tak cantik. Pakai kaca mata pun besar gedabak.."
Jeda. Maya mengambil kaca matanya daripada tangan Haziq. Usai itu, dia merenung anak mata Haziq dengan lembut.
"Hari ini, awak asked me that question. Saya terharu. Tak sangka, orang handsome macam awak, jatuh suka kat saya. Tak percaya orang tak cantik macam saya ni, ada jugak orang nak..."
"Shhhh.." Haziq meletakkan jari telunjuknya dibibir Maya.
"Siapa cakap Maya tak cantik? Maya cantik sangat. Comel. Eh macam mana Maya boleh jadi cantik dan cute at the same time? Percayalah, Haz betul-betul serius dengan Maya." Tangan Maya sekali lagi digenggam erat. Maya membetulkan kaca matanya. Bibirnya digigit. Sedari tadi wajahnya membahang. Sungguh hatinya berbunga saat ini.
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...