RAMBUT yang masih basah itu dikeringkan dengan tuala miliknya. Haziq memandang ke arah cermin dengan rambutnya masih serabai setelah dikeringkan. Pantulan imejnya diteliti. Sikat diambil lalu rambutnya disisir rapi. Usai itu, dia menapak ke arah almarinya, sehelai kemeja kosong yang berwarna hitam diambil.
Kemeja itu disarung dan dipadankan dengan seluar slack yang berwarna khaki. Sepadan!
Ting!
Ada satu pesanan Whatsapp diterima olehnya. Lekas sahaja tangannya menggapai telefon pintarnya yang berada di atas drawer.
SafwanNajmuddin_
Cepatlah, pakcik! Paan dah membebel macam mak nenek dalam kereta ni hah. Habis segala aldestrone pituatari arteri dah keluar ni. 5 MINUTES MORE, HAZ!
Haziq sudah gelak sakan. Sesungguhnya dia dapat membayangkan Farhan membebel dan meroyan tak tentu fasal. Farhan sangat mementingkan masa. Jejaka itu tidak suka mungkiri janji dan tepati masa.
Ting!
Sebelum sempat dia menutup aplikasi itu, ada pesanan Whatsapp diterimanya lagi. Nama Izwani tercatat paling atas antara deretan conversation Whatsappnya.
Izwani 💕
Haz, i need you. I need you rn 😭
Mata Haziq lekas sahaja membulat apabila membaca pesanan milik Izwani. Dengan lekas dia menggapai stokinnya dan kunci kenderaannya. Rambutnya yang kembali serabai dek kekalutan itu diabaikan. Butang baju yang masih tidak dibutangkan dengan elok juga diabaikan. Nasib sahaja dia memakai singlet putih di dalamnya.
Kasut dipakai ala kadar sahaja sebelum dia berlari anak menuju ke keretanya. Pintu kereta dibuka dan lekas dia menghidupkan enjin kenderaannya. Tidak sampai lima minit, kereta itu sudah meluncur laju di atas jalan raya. Hati Haziq tidak senang. Risaunya terhadap Izwani menyebabkan hatinya tidak tenang.
Nombor Izwani didail. Sungguh risaunya terhadap gadis itu semakin membuak-buak. Panggilannya tidak terjawab. Disebabkan itu, Haziq menekan pedal kenderaannya. Dia semakin laju berada di atas jalan raya. Walau apapun, Izwani harus ditemuinya dengan secepat mungkin.
Tidak sampai lima belas minit, akhirnya Haziq tiba dihadapan rumah Izwani. Loceng rumah ditekan beberapa kali sebelum Izwani berlari keluar mendapat Haziq. Tak semenanya tubuh Haziq dipeluk lagi. Wajah gadis itu benar-benar berada di dada Haziq.
Walaupun terkejut, Haziq membiarkan sahaja perlakuan gadis itu. Jantungnya bagaikan ingin meloncat keluar dari tempatnya. Liurnya diteguk perlahan.
"Please, don't leave me." Bisik Izwani dengan teresak-esak. Pelukan dipinggang Haziq semakin erat. Haziq tidak membalas. Matanya melilau memandang sekeliling. Bimbang jiran-jiran Izwani tersalah faham dengan situasi mereka.
"I'm not gonna leave you, dear. I will always stay by your side." Pelukan dipinggangnya dileraikan lalu kedua-dua belah tangan Izwani digenggam erat. Anak mata Izwani direnung lembut seakan meyakinkan gadis itu bahawa dia tak akan sesekali meninggalkannya.
"Jom, saya bawak awak jalan-jalan. Mana tahu, your tears will gone your smile will comeback." Haziq mengenyitkan matanya lalu memimpin Izwani ke tempat duduk sebelah pemandu. Pintu dibuka untuk gadis itu dan selepas itu, Haziq kembali ke tempatnya.
"Jangan menangis sayang. Selagi Haz ada disisi, Haz tak akan benarkan air mata Wani membasahi pipi." Senyuman diukir selebar mungkin agar mampu memberi kebahagiaan untuk Izwani. Izwani hanya buang pandang. Langsung tidak memberi respon dengan kata-kata pujangga milik Haziq.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomantizmPRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...