"Siapa buat kau macam ni?" Soalan yang sama sedari tadi asyik sahaja menyapa gegendang telinga. Haziq masih mendiamkan diri. Masih tidak mahu membuka cerita. Setiap wajah yang berada dalam ruangan hospital itu direnung.
Siapa dia? Haziq menyoal diri sendiri apabila satu wajah yang tidak dikenali turut berada di situ. Lama dia meneliti seraut wajah itu sebelum secebis memori terlayar di mindanya. Oh budak ni!
"Kenapa tak bersuara? Brain kau damage ke sampai jadi bisu ni?" Kali ini Farhan turut bersuara. Nampaklah wajah Farhan turut berang apabila soalan mereka tidak berjawab. Haziq mula senyum. Kelakar melihat wajah serius dua orang sahabatnya.
Tak semenanya dia menghamburkan tawa. Geli hati dengan wajah Farhan dan Safwan. Selebihnya ketawa itu untuk menghiburkan hatinya sendiri. Dia harus sedar bahawa Izwani bukan miliknya. Farhan memandang ke arah Safwan. Begitu juga dengan Safwan yang memandang ke arah Farhan. Cuak dengan keadaan Haziq. Sebentar tadi hanya membisu dan sekarang, ketawa sendiri. Apa yang lawak?
"Aku syak brain Haz injured. Aku nak panggil doktor. Suruh scan." Farhan mula membuka langkah menuju ke pintu. Benar-benar memaksudkan setiap butir bicaranya.
"Paan, wait! Aku okay. Brain aku tak damage." Segera Haziq bersuara agar Farhan tidak memanggil doktor. Keadaannya baik-baik sahaja kecuali rasa sengal yang dirasainya di seluruh badan. Benda biasa apabila dipukul kan?
"Okay, alhamdulillah. So, siapa yang buat kau macam ni?" Safwan kembali dengan soalannya sebentar tadi. Riak seriusnya kembali tertayang.
"Its not a big deal lah, Wan. Aku still okay. Jangan risau..."
"Okay hotak kau, Irsyad. Tengok keadaan kau. Lebam sana sini. Tahu tak, doktor cakap jantung kau hampir berhenti berdegup sebab berkemungkinan ada hentakan kuat kat dada kau. Siapa buat kau macam ni?" Dia bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arah Haziq. Safwan bagaikan seorang abang yang sangat risaukan keadaan adiknya tatkala ini.
"And you know what, benda jantung jangan buat main, Haz. Organ penting selain otak. Bagitahu kitorang, siapa yang buat kau macam ni?" Kali ini Farhan pula bersuara. Riak seriusnya juga terpamer. Nampaknya semua orang risaukan Haziq. Tengoklah Farhan yang tak pernah serius tu, hari ini hilang segala biulnya disebabkan keadaan Haziq.
"Zarul. Zarul yang buat kawan awak semua macam ni." Suasana sunyi seketika apabila gadis comel yang berada di sudut wad itu berbicara. Safwan dan Farhan merenung ke arahnya begitu juga dengan Haziq. Sekali lagi Farhan dan Safwan saling berpandangan.
"Zarul? Siapa Zarul?" Diabaikan tentang gadis itu, topik perbualan utama mereka masih diteruskan. Farhan menyoal Haziq. Safwan hanya mendiamkan diri kerana dia tahu siapakah gerangan empunya nama itu.
"Wan, siapa Zarul?" Farhan bertanya lagi.
"Boyfriend Izwani." Jawab Safwan pendek. Farhan menepuk dahinya. Bibirnya diketap perlahan sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan. Rasa macam tekanan darah aku naik je. Omel Farhan perlahan.
"Kau tahu dia boyfriend, kenapa kau layan jugak minah tu? Eyy geram betul aku." Bebel Farhan lagi. Rambutnya diramas lembut.
"Aku tak kira, aku nak report polis. Teruk sangat dia buat kau. Silap hari bulan, kau boleh mati tahu tak?"
"Rileks ah, Paan. Benda kecik je. Salah faham. Kau jangan risau. Biar je benda sampai setakat ni. Aku tak nak sampai jadi kes polis." Safwan mengangguk setuju dengan bicara Haziq. Dia inginkan Zarul mendapat pembalasan yang setimpal, tetapi biarlah. Kes sebegini tidak patut dibesarkan. Biarlah berakhir setakat itu.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...