Sekumpulan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun kelihatan ceria bermain kejar-mengejar di tanah lapang. Suara mereka bergelak-tawa kedengaran jelas di telinga. Aku menyapu dedaun kering yang berguguran di halaman rumah anak yatim. Fikiranku menerawang memikirkan kata-kata Reisa semalam.
"Aku rasa, aku juga sukakan Darvin, Leiya!"
Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di telinga. Bawah bibir digigit lembut. Aku termenung seketika. Helaan nafas lemah dilepaskan perlahan. Batang penyapu digenggam erat.
Kenapa Reisa cakap macam tu? Dia maksudkannya? Ataupun, dia hanya nak usik aku?
Hurmmm.
Entah mengapa, sejak Reisa bergurau sebegitu, hatiku terasa tidak tenteram. Dia mahu rampas Darvin dariku? Tergamak dia lakukan tindakan sedemikian rupa.
"Leiya. Menungkan apa tu?"
Aku tersentak apabila suara lembut menegur tetiba. Mother Dahlia tersenyum dikala aku menoleh. Dia berjalan merapati aku perlahan-lahan. Aku bingkas menyapu semula, berlakon seolah tiada apa-apa.
"Ibu tengok, Leiya sugul je sejak dua tiga minggu ni. Kenapa, sayang? Leiya sakit?"
"Taklah ibu. Leiya ok."
"Jangan berbohong, Leiya. Ibu tahu Leiya macam mana. Something bothered you."
Aku tertunduk apabila dia merapatkan telapak tangan ke pipi. Pandangan mata coklatnya membuatkan aku terasa tenang seketika. Penyapu diletakkan ke sisi, kemudian aku memegang pergelangan tangannya.
"Leiya rasa tak sedap hati, ibu."
"Tak sedap hati? Kenapa?"
"Reisa. Kenapa Reisa selalu ganggu Leiya? Segala apa yang Leiya ada, dia mesti ganggu. Kenapa, ibu?"
"Apa Reisa buat?"
"Dia nak pisahkan Leiya dengan Darvin."
Mother Dahlia mengukirkan senyuman kelat mendengar kata-kataku. Aku membalas renungan dia. Kami berdiam diri seketika.
"Leiya."
"Ya?"
"Darvin dan Reisa bukan setaraf dengan kita, sayang. Mereka bunian kelas atasan, kita cuma manusia biasa. Kita tak punya apa-apa, Leiya."
"Tapi, Darvin cakap. Dia cintakan Leiya."
"Lelaki memang bijak bermain kata, sayang. Jangan termakan dengan pujuk manis dia."
"Ibu, Leiya cintakan Darvin."
"Leiya masih tak tahu, kan?"
Aku mengerut dahi mendengar pertanyaan Mother Dahlia. Wanita bunian berusia 300 tahun itu memandang sayu kepadaku. Aku termangu-mangu. Belakang kepalaku, dia rangkul perlahan. Tubuhku dipeluk lembut.
"Darvin sudah bertunang dengan Reisa, sayang. Mereka akan berkahwin minggu depan. Tabahkan hati, anakku. Tabahkan hati."
Bisikan Mother Dahlia bagaikan kilat menyambar kepadaku. Aku terdiam seribu bahasa. Dunia terasa gelap gelita. Airmata mengalir ke pipi. Esakan tangis mulai kedengaran perlahan.
"Leiya."
"Ibu tipu! Ibu tipu, kan!?"
"Leiya, dengar cakap ibu. Mereka sudah dirancang keluarga untuk disatukan bersama! Kita bukan setaraf dengan mereka, Leiya. Jangan buat macam ni, sayang."
"IBU TIPU! TSK!"
Aku merentap lengan dari genggaman dia. Mother Dahlia tergaman apabila aku berlari keluar dari rumah anak yatim, kemudian naik ke atas kuda putih. Tanpa membuang masa, aku memecut keluar ke jalan berdebu!
"LEIYA!"
Jeritan Mother Dahlia kedengaran halus ditelinga, namun aku tidak mengendahkannya. Airmata dikesat dari pipi. Gigi diketap kuat menahan geram.
Aku nak jumpa Darvin!
YOU ARE READING
MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]
Fantasy"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan dapat cinta sejati? Like seriously?" -Eilya Eara, The 9th gumiho- "Aiden. Please, listen to me. Lyc...