Kereta kuda bergerak tenang memasuki perkarangan Pekan Jaster. Aku dan Ciry tersengih melihat tugu berukirkan ahli sihir tersergam megah di tengah-tengah pekan tersebut. Si bunian turun dari pelantar kayu. Pintu kabin dibuka.
"We're here, sir."
Dia berkata seraya menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Aku tersenyum. Sebunjut kepingan emas diserahkan kepadanya. Ciryla turun dari kabin lalu mengeliat.
"Wew, its a long ass journey huh? Naik kejang kaki aku."
Aku berkata seraya berjalan ke arah Ciryla. Gadis serigala tersengih. Lenganku dipaut rapat. Pedang di pinggang, berdenting apabila dia merapatkan tubuh denganku.
"Lets hunt this chimera, Aiden."
Dia berbisik halus. Aku mengangguk. Kami berdua berjalan memasuki kawasan pekan yang sesak. Bangunan batu tersusun rapi di sekitar kawasan pekan. Pokok-pokok merimbun tumbuh melata di sekitar kawasan. Kertas kontrak yang berwarna kekuningan, aku gapai dari beg kulit. Langkah kami berdua terhenti. Pandangan mata tertacap pada kertas tersebut.
"Hurmm, kita kena cari rumah warna biru yang terletak di sebelah kafe Unison. Empunya kontrak ni berada di situ."
"I see, lets go on."
Aku dan Ciry meneruskan langkah menuju ke tempat yang dinyatakan dalam kontrak lusuh tersebut. Sambil-sambil itu, mata melilau memerhati sekeliling.
Pekan ni agak kecil berbanding Arastosa dan Eudora. Its not that hard to find this cafe, isn't?
"There, Unison Cafe."
Ciryla berkata seraya menuding jari ke depan. Sebuah kafe berbentuk buah labu tersergam di lereng bukit. Orang ramai kelihatan asyik menjamu selera. Kami berdua berjalan ke arah kafe tersebut.
"Silakan, silakan."
Seekor kalimdor menyapa ramah dikala kami berada di depan kafe Unison. Ciryla memegang lenganku. Langkahku terhenti. Kertas kontrak tadi, Ciry ambil dari tanganku.
"We're hunter. Kami kesini sebab kontrak chimera. Siapa yang letak kontrak ni di Eudora? Saya nak jumpa dengan dia."
Ciryla berkata dengan nada mendatar. Kalimdor tersebut tersentak. Aku hanya memeluk tubuh memerhati mereka berdua.
"Kalian ni hunter? Aku ingat, takde siapa yang berani buru makhluk sial tu. Come here, hunter."
Aku dan Ciryla berbalas pandangan. Kalimdor tersebut berjalan masuk ke dalam kafe labu tersebut. Kami berdua mengikut dia dari belakang.
"Duduklah. Kalian dari Eudora?"
Kalimdor tersebut menyoal ramah. Aku dan Ciryla duduk di kerusi kayu. Sebotol arak Yolun digapai dari rak. Aku memerhati dia menuang arak tersebut ke dalam gelas.
"Yes, kami dari Eudora."
"Long way to travel, huh?"
"Well, for a good amount of gold."
Kalimdor tersebut tersenyum mendengar balasan kata dariku. Segelas arak disuakan kepadaku dan juga Ciryla. Aku bingkas menyambut. Ciryla menghirup arak tersebut dengan sopan.
"Nama aku Poka."
"Aku Aiden, dan ini Ciryla."
"Aiden, huh? Kaulah si anak lagenda, Lycanstrophes?"
"Yes, i am."
"Aku tak pernah berjumpa dengan keturunan lagenda sebelum ni. But, i must say. You're one handsome wolf."
Ciryla tergelak kecil mendengar kata-kata kalimdor tersebut. Aku menggaru belakang kepala. Poka tersengih. Arak diteguk selamba.
"Ok, enough chit-chat. Seperti yang kalian tahu, makhluk yang aku suruh kalian hapuskan, bukan makhluk sebarangan."
"Its chimera. Yes, we know."
"Kalian datang hanya berdua. Aku jangkakan, lebih ramai."
"Look, Poka. I'm the son of the legends. Trust me. I can handle this."
Poka memeluk tubuh sambil memerhati aku dan Ciry. Aku membalas renungan dia dengan pandangan selamba.
"Alright. Jika kalian terbunuh, aku tak bertanggungjawab."
"Pengeluar kontrak tak bertanggungjawab atas kematian hunter. Itu undang-undang seluruh pekan."
"Yeah. Well, goodluck. Jika kalian berjaya, 20k gold milik kalian."
"Dimana chimera ni berada?"
"Di lereng bukit. Selalunya, ia akan muncul pada waktu senja."
"Ok. Kami minta diri dulu."
Aku berkata seraya bangun dari kerusi. Ciryla mengikut aku dari belakang. Poka memerhati aku sambil tersengih.
"Hey, Aiden."
"Yeah?"
"Kalian ni companions?"
"Yeah, why?"
"Ah, nothing."
Dia berkata lalu bangun dari kerusi. Aku dan Ciryla memerhati dia berjalan masuk ke ruang dapur. Gadis serigala menjeling aku dengan senyuman sinis di bibir.
"Aiden."
"Erm?"
"I think, he likes you."
"What?"
"He's gay, you know."
"Heck."
YOU ARE READING
MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]
Fantasia"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan dapat cinta sejati? Like seriously?" -Eilya Eara, The 9th gumiho- "Aiden. Please, listen to me. Lyc...