Put on your earphone and listen to the media for immersive experience.
🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱
Orang ramai bertempiaran melarikan diri. Mereka semua bersembunyi di dalam rumah masing-masing. Pintu ditutup rapat. Suasana pekan Jaster bertukar sepi. Tiada lagi jeritan penduduk kedengaran. Hanya dengusan si chimera memenuhi ruang suasana. Aku menggenggam pedang sambil memerhati si makhluk buas. Ia terus menerus merenung aku dengan dua kepala binatangnya.
Chimera bukan makhluk buas sebarangan. Its clever. A beast with two brains, has a lust for blood and flesh. its fearsome for the villager, even for me.
Lets not fuck this up, will ya? 20k gold bakal masuk ke kocek aku. I need gold. Desperately.
"Turun lah ke sini. Lets have a nice fight, gonna cut you clean, Chimera."
"You sure talk a lots, hunter."
Chimera itu membalas kata-kataku. Aku terpana seketika. Ia melompat turun ke tanah. Aku berganjak ke belakang. Chimera tersebut mundar-mandir sambil memerhati aku.
"You can talk, huh?"
"Of course. Why you come here, hunter?"
"Someone put a bounty on your head."
"I see, how many?"
"20k gold."
Chimera tersebut tersengih. Ekor ular tedungnya meliuk ke kiri dan kanan. Kami berbalas pandangan, lama. Eramannya kedengaran perlahan.
"That quite a plenty of gold."
"For your head."
"You can try! GROOARRRR!!"
Makhluk berkepala singa mengaum seraya menerkam ke arah aku! Pedang dilibaskan ke sisi! Cakaran kukunya aku elak tipis dengan melompat ke sisi!
"Grrr! Grrrr!"
Ia mengeram perlahan. Aku bersedia sekali lagi. Damn it, makhluk ni pantas. Fokus, aku mesti fokus! Chimera membuka langkah sekali lagi! Terkaman laju menuju ke arah aku! Pedang digenggam erat! Aku bingkas memusingkan badan, mengelak terkaman ganas darinya!
PRAKKK!!
Libasan ekor ularnya, aku hadang dengan sebelah tangan! Kepala kambingnya pula menerkam kepadaku! Keadaan mula bertukar sengit! Debu tebal bertebaran di ruang udara dek pertarungan kami berdua.
"ROAARRRRR!!"
Kepala singanya membuka mulut! Aku bingkas melompat ke atas seraya berpusing! Hembusan api dari mulut sang singa tersasar! Aku memijak tebing batu seraya menujah tubuh ke depan!
PRAKKK!!
PANGGG!!
KRAKKK!!
Bilah pedang menghentam tubuhnya bertubi-tubi! Darah merah terpercik ke muka! Chimera tersebut mengaum kesakitan! Cakaran kuku tajamnya, aku tepis dengan belakang pedang!
BRAKKKKKK!!
Tendangan lututku mengenai dadanya! Chimera tersebut terhumban ke belakang! Ia menghentam bangunan batu, kemudian tersadai ke atas tanah. Nafasnya berdengus perlahan.
"Grrrr! Aku tahu bau ni, kau anak lagenda?"
Chimera tersebut menyoal seraya bangun semula. Aku bersedia untuk bertempur sekali lagi. Nafas dihela panjang. Darah pekat menitis dari hujung pedang.
"Yes, i am."
"I wonder, can you catch me!? The son of legends!"
Chimera tersebut berkata lalu mengepak kepak kelawarnya! Aku menghadang angin yang berderu kuat dengan lengan! Makhluk tersebut terbang ke udara!
"Shit! Dia mahu pergi dari sini!?"
Aku mengomel sendiri lalu mengejar dia dari bawah! Dikala aku meraba pinggang untuk menggapai cakuk besi, aku sedar. Segala peralatan aku berada di bilik tumpangan! Aku cuma berseluar kulit bertarung dengan makhluk celaka ni!
Damn Ciry! Kau buatkan aku leka!
Dikala aku mengejar dia, ekor mata menangkap susuk tubuh Ciryla! Dia melompat ke atas bumbung sambil menghayun cangkuk besi! Senyuman terukir di bibir. Thats my girl!
KRAKKKKK!!
"GRAAAAA!! GRRR! GRRRR! DARN HUNTER!"
Chimera tersebut menyumpah apabila cangkuk besi terlekat di daging pehanya! Ciryla cuba merentap tali besi, tetapi kekuatan chimera tersebut membuatkan dia terkial-kial!
"Ciry! Hang on!"
"Aiden!"
Ciry mulai terawang di ruang udara! Chimera tersebut berdengus menahan amarah! Aku memecut selaju mungkin, kemudian melompat ke atas bumbung! Pedang dicampak ke sisi!
"Die! Grooarrrr!!"
Makhluk buas tersebut menghembus cecair asid ke arah Ciryla! Gadis serigala tersentak! Genggamannya terlepas! Tubuhnya melayang ke tanah!
KRAKKK!!
"CIRY!!"
Aku memekik kuat seraya meluru ke arahnya! Ciryla terhempas ke atas pagar besi! Sebatang besi tajam tertusuk rapat ke perutnya! Darah membuak keluar bagaikan paip pecah!
Chimera tersebut tersengih melihat Ciry cedera parah. Ia terbang semula ke kawasan Pekan Jaster. Aku memegang kepala melihat Ciryla terkulai di atas tanah. Darah membasahi debu putih.
"No...No...Ciry."
"Hahahaha! Foolish hunter."
YOU ARE READING
MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]
Fantasy"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan dapat cinta sejati? Like seriously?" -Eilya Eara, The 9th gumiho- "Aiden. Please, listen to me. Lyc...