CHAPTER 7 | CINTA PALSU*

6.3K 653 7
                                    

          Aku memacu kuda merentasi kawasan tengah Pekan Yannis. Penduduk pekan melarikan diri ke sisi apabila kuda coklat cuba merempuh mereka. Aku tidak mengendahkan mereka semua. Kuda coklat memecut laju ke kawasan tanah tinggi. Sebuah rumah mewah tersergam megah di lereng bukit tersebut. Sebaik sahaja tiba, aku turun dari kuda.

          "Hold on, miss. Ada apa cik ke mari? Ada hal mustahak dengan Tuan Revenna?"

           Pengawal bertombak menghalang dikala aku mahu menolak pintu pagar. Aku menoleh kepadanya dengan muka masam. Dia berbalas pandangan dengan kawannya di sisi.

          "Saya nak jumpa Darvin! Dia ada di dalam!?"

          "Errr, kenapa cik nak jumpa dia? Cik ada hal penting?"

         "Yes, saya ada hal penting!"

          "Kalau begitu, cik tunggu sebentar. Saya beritahu Tuan muda Darvin."

          Pengawal bertombak berkata dengan nada sopan, kemudian beredar dari pintu pagar. Aku memeluk tubuh sambil memerhati gelagat dia. Pengawal berambut coklat pula menjeling aku dari sisi.

          "Cik ni siapa nama?"

           "Leiya."

          "Leiya? Dari mana? Nampak marah semacam je?"

          "Awak jangan sibuk! Ini hal peribadi saya!"

          "Oh, ok. Haha, comel-comel macam ni, tapi kuat bermasam muka. Its not nice, you know."

          Aku mencebik mendengar kata sindiran dari dia. Pengawal tersebut tersenyum simpul. Setelah seketika, Darvin datang bersama pengawal tadi. Wajahnya kelihatan pucat.

          "Leiya!? Apa kau buat disini!? Come here."

          Darvin bingkas menarik lenganku ke bawah pokok oak yang berada tidak jauh dari pondok pengawal. Dua pengawal yang tercegat tadi, memandang pelik akan gelagat kami. Aku merentap lengan dari pegangan Darvin. Dia terpinga-pinga.

           "Leiya, kenapa ni?"

          "Awak berbohong! Awak rahsiakan perkara ni dari saya!?"

          "Rahsia apa, Leiya?"

          "Awak sudah bertunang dengan Reisa!?"

          Darvin terkedu mendengar tengkingan aku. Dia tertunduk sambil menggosok rambut. Aku menggigit bibir memerhati gelagat dia. Perlahan-lahan si bunian menyandar pada batang pokok oak sambil menghela nafas panjang.

          "Darvin! Is it true!? Awak dan Reisa..."

          "Yes. Maafkan aku, Leiya. Maafkan aku."

          Darvin berkata lemah lalu meninggung. Kedua jari disulamkan. Aku menekup mulut. Airmata menitis ke pipi. Jantung terasa seperti mahu luruh mendengar balasan kata darinya.

          "Darvin. How could you?"

          "Aku tak nak, Leiya. Tapi, keluarga aku. Mereka sudah rancangkan semuanya. Jika aku tolak..."

          "Awak janji dengan saya...Awak akan berkahwin dengan saya."

           "Leiya."

          "Awak cakap. Awak cintakan saya. Only me."

          "Listen to me, Leiya."

           "AWAK PENIPU! PENIPU BESAR!"

          "Leiya! Jika aku tolak, aku akan dibuang keluarga! Please understand me!"

          PAKKK!!

          Darvin terdiam apabila tamparan aku singgah ke pipinya. Aku menangis semahu-mahunya. Darvin kembali tertunduk sambil menekup pipi. Suasana hening seketika, hanya esakan tangis dariku kedengaran.

          "Leiya. Aku cintakan kau. Aku tak berbohong."

          "Sudahlah Darvin. I have enough. Segala kata-kata awak hanya janji kosong."

          "Leiya."

          "Saya mahu pergi dari sini..."

          "Kemana kau nak pergi, Leiya? Please don't do this."

          "Semoga berbahagia dengan Reisa."

          Darvin hanya mampu memerhati aku berlari ke kuda. Dua pengawal tadi termangu-mangu melihat aku memacu kuda beredar dari situ dengan linangan airmata. Darvin menekup muka dengan kedua telapak tangan.

          "Maafkan aku, Leiya. Maafkan aku."

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now