CHAPTER 8 | SI DEWA, AZGALOR*

6.7K 667 24
                                    

          Lelaki berjambang putih termenung memerhati sang rembulan di dada langit. Tongkat saktinya digenggam kemas dan janggutnya diusap perlahan. Airmata yang bergenang di tubir mata, dia seka dengan jari telunjuk.

          "Loralyn."

          Nama gadis musang kesayangan disebut dengan nada berbisik.  Lelaki tua berjubah biru duduk di kerusi rotan. Riak wajahnya memaparkan seribu kesedihan. Makhluk-makhluk hutan datang menghampiri dia dengan niat untuk menenangkan si dewa.

          "Kau ciptaan terbaik aku. And yet, you died so soon. Bertapa sedihnya hati aku. Aku rindukan senyuman menawan dari kau, wahai anak gadisku."

         Azgalor berkata sendiri. Helaan nafasnya kedengaran lemah. Airmata mengalir ke pipi. Dia tertunduk seraya menekup muka. Tubuhnya berhinggut menahan hiba.

          "Ayah! Saya yakin, lelaki berambut putih tu boleh jaga saya! Ayah janganlah risau, hihi!"

         "Ayah sendiri yang cakap, kan? Lelaki serigala tu jodoh saya. Sekarang, ayah takut nak lepaskan saya pergi? Kenapa ni?"

          "Ayah jaga diri, ok? Love you."

          Bibir tua Azgalor mengeletar menahan sebak. Bait kata Loralyn bermain-main di kotak fikiran. Tongkat sakti digenggam erat. Pokok-pokok merimbun meluruhkan helaian daun sebagai tanda berkabung. Kematian si musang berekor sembilan membuatkan si dewa hutan menangis hiba.

         "There. There. Janganlah menangis macam ni. Kau buatkan aku sedih, Azgalor"

         Si dewa hutan bingkas menoleh. Lelaki berpakaian armor silver tersenyum kelat membalas pandangan dia. Azgalor mengesat airmata dengan hujung jubah.

          "Barathum. Ada apa kau ke sini?"

          "Nothing."

          "Jangan menipu, Barathum. Kau datang mesti ada sebabnya."

          Barathum menggosok belakang kepala, kemudian duduk meninggung di sisi kerusi rotan. Mereka berdua berdiam diri, lama. Masing-masing tidak tahu apa hendak dibualkan.

          "Ah, aku buatkan air untuk kau."

          "No need, Azgalor. Aku datang ni cuma nak temankan kau."

          "Temankan aku?"

          "Gumiho kesayangan kau sudah meninggalkan dunia, bukan? You need someone to cheer you up, so..."

          "Hurmmm..."

          Azgalor tertunduk lemah. Barathum menepuk perlahan bahu si dewa hutan. Si dewa serigala tersenyum sekali lagi apabila Azgalor menoleh kepadanya.

          "Macam mana dengan serigala lagenda kau? Kau jumpa dia?"

          "Hurmmm. Dia bertempur dengan Deathwing. Then, vanished. Aku sendiri tak tahu dia kemana."

          "Haih, aku rasa. Cadangan aku untuk satukan mereka berdua. It is a really bad idea, Barathum. Ini semua salah aku. Jika aku tak berkeras..."

          "Azgalor. Ini bukan salah kau. Jangan letakkan kesalahan tu pada kau."

          "But..."

          "Lycans dan Loralyn ada anak lelaki bernama Aiden, bukan? Kita boleh mulakan semula."

          "Mulakan semula?"

          "Yes. Kau cipta semula gadis musang ekor sembilan kau tu. Then, we paired them up as a companions. Just like Lycans dan Loralyn."

          Azgalor menggeleng kepala. Barathum mengerut dahi. Bahu si dewa serigala, Azgalor tepuk perlahan. Barathum mendongak apabila Azgalor bangun dari kerusi rotan.

          "Gumiho bukan makhluk sebarangan, Barathum. Its not easy to create them. Mereka makhluk yang dipenuhi rasa cinta. Aku perlukan roh gadis suci untuk cipta Gumiho."

          "Then? Find one. Roh gadis suci seperti kau cakapkan tu."

          "Kita berada dalam zaman kebencian, Barathum. Peperangan dan pergaduhan sentiasa terjadi. Perasaan tamak dan dengki sentiasa menguasai hati. Gadis berhati suci bukan perkara senang, Barathum."

          "Haih, jika itu alasan kau. Apa aku nak buat lagi?"

          Barathum berkata dengan nada kecewa, kemudian bangun dari terus meninggung. Azgalor tersenyum kelat apabila Barathum mendongak memandang langit. Cahaya emas mulai memancar ke bawah.

          "Barathum."

          "Erm?"

          "Thanks, sebab datang melawat aku."

          "Heh, my pleasure...Don't be sad, alright."

          Barathum lesap dari pandangan bersama cahaya keemasan. Si dewa hutan menggeleng kepala, kemudian mengorak langkah ke depan. Dikala dia mahu menuruni anak tangga, seekor makhluk hutan datang kepadanya dalam keadaan tergesa-gesa.

          "My Lord! My Lord!"

          "Easy there, Varuzhan. Kenapa kau tergesa-gesa ni?"

          "Huff...Huff...Ada seorang gadis, my lord! Ada gadis di depan pintu masuk hutan!"

          "Gadis?"

          "Yes! She's so pretty! And, cute. So cute! Hurmmm, i want to kiss her, but..."

          "Varuzhan."

           "Sorry, my lord! Dia terlantar di depan sana! Come! Come!"

           Azgalor mengerut dahi melihat Varuzhan berlari sambil menunjuk ke arah depan. Si dewa hutan berjalan turun dari tangga, kemudian mengikut Varuzhan dari belakang.

            "Gadis apa kau cakapkan, Varuzhan?"

            "Tuan tengoklah sendiri! Dia nampak serupa macam Loralyn!"

            "Sama macam Loralyn?"

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now