CHAPTER 24 | KEEP AN EYE FOR HIM*

5.3K 525 3
                                    

Suasana di ruang dewan istana Imperial Wolf kelihatan lenggang. Di sudut dewan tersebut, kelihatan Vlademir sedang duduk sambil menghirup teh limau. Sang raja asyik menelaah buku tebal. Dikala dia leka membaca, seorang lelaki berambut hitam separa bahu berjalan masuk ke dalam ruang dewan istana. Vlademir memalingkan muka. Lelaki tersebut memberi tunduk hormat.

"My king."

"Theo, ada apa kau ke sini?"

King Vlademir menyoal seraya meletak buku ke atas meja. Theo tersenyum. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan sang raja. Vlademir menuang teh kepadanya.

"Saya ada berita mengenai Aiden."

"Apa beritanya?"

"Dia pergi memburu di Pekan Jaster, bersama Ciryla."

Theo berkata lalu menyambut teh dari tangan Vlademir. Sang raja tersenyum. Dia menyandar pada kerusi. Theo menghirup teh dengan gaya sopan.

"Dia ada buat masalah?"

"Setakat ni, tak."

"Dia ada masalah kewangan?"

"I think not."

"Tempat tinggal?"

"Semalam dia bermalam di Rose Inn bersama Ciryla."

"I see."

Vlademir mengangguk puas hati. Theo tersenyum. Gelas kaca diletakkan ke atas meja. Sang raja melontarkan pandangan ke luar tingkap. Awan berarak tenang di dada langit. Dedaun pokok bergeser ditiup angin. Sang raja menarik nafas panjang.

"Dia sihat, Theo? Sudah lama dia tak datang ke sini. Haih, this child."

"Yes. Look fine."

"Good."

"My king. Aiden bukan budak kecik lagi, kenapa Tuanku begitu risaukan dia?"

Theo menyoal dengan nada pelik. King Vlademir menoleh kepadanya. Senyuman kelat, dia simpulkan. Sang serigala menanti butir kata dari sang raja.

"Theo. Aku tiada siapa-siapa lagi. Harapan aku cuma Aiden. Dia satu-satunya ahli keluarga yang aku ada."

"I see. Then, kenapa Tuanku tak ajak dia masuk Imperial Wolf. Its gonna be easy to look after him."

"Kau tak kenal Aiden macam mana, Theo. Dia sama macam Lycans. Degil nak mati, dah berbuih mulut aku pujuk dia."

Theo mengangguk. Teh tadi, dihirup sekali lagi. King Vlademir termenung seketika. Mereka berdua berdiam diri, lama.

"Theo."

"Yes, my king?"

"Just keep an eye for him, alright? Aku tugaskan kau untuk pantau dia. Tapi, jangan terlalu dekat. Nanti dia perasan."

"Alright, my king."

"And, one more thing."

"Erm?"

King Vlademir menyulam jari di kedua tangan. Theo menanti arahan dari sang raja.

"Jika dia dalam masalah, cepat-cepat beritahu aku."

"Like always, my king."

"Thanks, Theo. I owe you big one. "

"My pleasure."

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now