CHAPTER 6 | SI PEMBULI, REN*

6.5K 632 3
                                    

          Aku berjalan selamba melintasi koridor kayu. Suara kanak-kanak bermain kedengaran sayup-sayup di telinga. Dikala aku menuruni anak tangga, pandangan mata tertacap pada keriuhan di bawah. Ciryla kelihatan terkial-kial mengawal keadaan.

          "Ren, sudahlah tu! Jangan pukul dia!"

          "Haha! Fight me, you weakling!"

          Budak lelaki berkulit biawak kelihatan sedang memukul budak lelaki bertelinga arnab di tengah-tengah ruang. Aku memerhati sekeliling. Suasana terasa riuh-rendah. Hurmm, tiada siapa nak kawal keadaan ke? Dimana Mother?

          BAKKK!!

          Budak lelaki bertelinga arnab terhumban ke belakang apabila tumbukan kuat singgah ke dagu! Sebuah meja kayu terbalik dek rempuhan tubuhnya. Ciryla menghunus pedang ke arah si kalimdor. Aku hanya memerhati gelagat mereka di tangga.

           "Ren! Stop this! Kalau awak masih berkeras! Saya terpaksa..."

          "What!? Apa kau nak buat, hah!? Kulit aku kebal, Ciry! Pedang besi kau ni tak boleh cederakan aku!"

          "Fine!"

          Ciryla mengetap gigi lalu merempuh Ren! Mereka berdua berbalas serangan! Tetakan Ciry langsung tiada kesan! Aku menggosok belakang kepala, lalu berjalan ke arah budak lelaki bertelinga arnab tadi. Tubuhnya, aku papah perlahan-lahan.

          "Hey. Hey. Kau ok?"

          "Isk. Isk. Its hurt. Bahu saya terseliuh."

          "Aku bawa kau jumpa Mother. Kau tahu dimana dia?"

          "Mother keluar, Aiden. Saya tak tahu dia dimana."

          Budak lelaki tersebut berkata lemah. Aku menghela nafas panjang. Ciryla dan Ren masih berentap di tengah-tengah kawasan dewan makan! Budak-budak lain memberi sorakan teruja!

          Haih, aku kena campur tangan.

          "Hahaha! Perempuan macam kau ni, ada hati nak lawan aku!?"

          "Grrr! Grrrr! Shut up, Ren!"

          BRAKKKK!!

          Belum sempat Ren melepaskan tumbukan ke muka Ciryla, tendangan aku mengenai tepat ke belakang kepala! Dia tersungkur ke lantai kayu! Semua orang tergaman. Suasana bertukar sepi.

          "Urghhh...Siapa tendang aku?"

          Ren berkata dengan nada berang. Aku mengambil pedang Ciryla, kemudian dihunuskan kepadanya. Ren menyeringai menampakkan barisan gigi tajam. Kami berbalas pandangan.

          "Cukuplah lah tu, budak biawak."

          "Grrr! Aiden. Kau budak baru, and yet you dare to fuck with me!?"

          "Ciryla, kau berundur. Biar aku uruskan."

          Aku berkata seraya menolak Ciryla ke tepi. Budak serigala mengangguk. Ren bangun sambil mengetap gigi. Dia bersedia untuk bertempur. Aku memerhati tajam gelagat dia.

          "Jangan fikir kau anak lagenda, aku takut dengan kau, Aiden!"

          "Shut up, and fight me!"

          "Graaaaa!!"

          Ren mengeram lalu meluru kepadaku! Cakarannya, aku elak pantas! Kami berdua berbalas serangan! Tetakan pedang langsung tiada kesan pada kulit keras dia! Damn it!

          KRAKK!!

          Aku tersentak apabila kukunya menembusi armor kulit! Ren mengangkat tangan, aku melayang ke udara! Ciryla menekup mulut melihat aku dihumban ke dinding kayu! Keadaan sekeliling habis berantakan.

         "Kau patut mati macam ibu kau!"

          Hamburan nista dari Ren membuatkan telingaku berdesing! Aku bingkas bangun dari meniarap lalu memecut ke arah dia! Pedang dicampak ke sisi! Ren tersentak apabila aku merempuh dia, kuat!

          BRAMMMM!!

          Dinding kayu berderai! Kami berdua berguling di atas tanah berdebu! Aku melepaskan tumbukan bertubi-tubi! Ren merengus sakit! Percikan darah pekat mengenai pipi!

          "JANGAN UNGKIT PASAL IBU AKU! YOU KNOW NOTHING!"

          "ARGH! ARGH! URGHH! STOP! STOP!"

          Aku mencekak lehernya, kemudian menghumban dia ke depan! Budak lelaki biawak tersungkur ke tanah! Belum sempat dia mendongak, tendangan aku mengenai pipi! Ren berguling ke sisi!

          "Aiden, stop!"

          Pergelangan tanganku dipegang erat dikala aku mahu melepaskan tumbukan padu ke muka Ren!  Budak lelaki biawak menekup muka menahan sakit. Aku merengus geram.

          "Darn it!"

          "Aiden. Sabarlah."

          "Apa yang terjadi ni? Oh my Lord..."

          Mother Farnia menekup mulut melihat dinding kayu terlopong. Ren pula berlumuran dengan darah. Beg kertas berisi barang makanan terlepas dari tangannya.

          "Mother."

          "Enough! Aiden, Ren! Jumpa ibu di bilik! Right now!"

          Aku merengus kemudian berjalan ke depan. Ciryla memandang sayu kepadaku, manakala Mother Farnia mencekak pinggang. Ren hanya berdiam diri sambil menekup pipi.

          "Aiden! Jumpa ibu di bilik! Dengar tak!?"

          "Tsk! Whatever."

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now