CHAPTER 23 | KEKASIH LAMA*

5.3K 546 21
                                    

Pandangan mataku masih tertacap pada Aiden. Lelaki serigala merengus menahan geram, kemudian duduk semula di kerusi. Ciryla mengusap pipinya yang berbekas balingan batu dariku sebentar tadi.

Hmph! Meluat betul tengok mereka bermesra macam tu! That wolf is mine, you idiot!

"Eilya! Jom balik!"

Varuzhan merentap lenganku dikala aku asyik memerhati Aiden. Aku cuba melawan, tapi pegangan dia kuat. Si makhluk hutan menggigit bibir apabila aku melawan.

"Saya tak nak! Saya nak tengok Aiden!"

"Kau dah tengok, kan?! Sudahlah tu, jom balik!"

Varuzhan membidas seraya mengorak langkah ke depan. Aku terkial-kial. Hud di kepala terjatuh dek rentapan tangan darinya. Telinga musangku menguis dek amarah.

"Varuzhan! Lepaskanlah!"

"No! Kau jangan degil Eilya! Ikut aku balik, sekarang!"

"Tak nak!"

Varuzhan tidak mempedulikan kata-kataku. Aku menjeling Aiden buat kali terakhir, kemudian dengan berat hati aku mengikut Varuzhan dari belakang. Orang ramai memerhati dikala mereka berselisih denganku. Aku langsung tidak ambil peduli. Ekor sudah aku sembunyikan, apa yang mereka perhatikan? 

Telinga aku? This place is so crowded!

Tatkala Varuzhan mahu menuruni anak tangga batu, lengan kananku dipegang seseorang. Langkah aku dan Varuzhan terhenti. Seorang lelaki berambut perang membuntangkan mata kepadaku.

"Leiya?"

Lelaki bunian tersebut menyoal dengan mimik muka tidak percaya. Aku dan Varuzhan berbalas pandangan. Pegangan tangannya masih terlekap di lenganku.

"Errr, awak ni siapa? Saya bukan Leiya."

"It is you, Leiya! What happen to you!? 200 tahun aku cari kau!"

"Hurmm, Varuzhan."

Aku mengalihkan pandangan pada si makhluk hutan. Varuzhan menolak lelaki tersebut ke belakang. Pegangan tangannya terlepas. Aku mengusap lenganku sambil menerhati lelaki tersebut.

"Jangan ganggu dia."

"Kau ni siapa? Apa kau buat dengan Leiya!? Kau culik dia!?"

Lelaki tersebut mula membentak seraya menggenggam penumbuk. Varuzhan hanya memeluk tubuh dengan gaya selamba. Aku menggaru pipi. Siapa lelaki ni? Tetiba je datang dan serang kami? Did he lost his mind?

"Awak ni siapa? Kenapa panggil saya Leiya? For your information, nama saya Eilya, bukan Leiya."

"Its me Darvin! Kau tak ingat!?"

"Tak."

"What happen to you, my dear!? Telinga musang? Rambut putih!? What is this!?"

Lelaki tersebut mula merapati aku, tetapi Varuzhan menghalang. Darvin menggosok belakang kepala. Aku memerhati dia dengan kerutan di dahi.

Who is he, really? Kenapa dia panggil aku Leiya? Mental agaknya?

"Sudahlah, Eilya. Jom kita balik."

Varuzhan berkata lalu memegang tanganku semula. Aku hanya menurut. Darvin merengus tidak puas hati. Lenganku, dia pegang erat. Kami berbalas pandangan.

"Leiya. Aku minta maaf sebab hampakan kau dulu. Aku menyesal, Leiya. I really do, Reisa dan aku sudah putus hubungan. Aku berjanji, Leiya. Aku akan berkahwin dengan kau."

"Apa awak cakapkan ni? Jodoh saya dengan Aiden. Bukan awak."

"Aiden?"

"Yes, pemburu kacak berambut coklat. Dia jodoh saya. Not you."

Lelaki tersebut memaparkan riak muka sayu. Aku merentap lengan darinya. Varuzhan mengangguk, kemudian kami berjalan menuruni anak tangga. Lelaki bunian tersebut menggigil.

"LEIYA! AKU CINTAKAN KAU! CUMA KAU! TRUST ME!"

Aku dan Varuzhan tidak mengendahkan laungan lantang darinya. Orang ramai memerhati lelaki bunian tersebut dengan dahi berkerut.

"Who is he, Eilya? You know him?"

Varuzhan menyoal dikala kami berada di lorong sunyi. Aku menggaru pipi seraya menggeleng kepala. Varuzhan mengangkat tapak tangan. Dia membisikkan kata mantera. Sebuah portal menjelma di dinding batu.

"Ntah, saya tak kenal pun. Gila agaknya."

"Kau tak terima cinta dia?"

"Nope, i like Aiden. Not him."

"Good gumiho."

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now