Zrassss! Zrassss! Zrassss!
Aku terjaga apabila bunyi daun bergeser menerjah ke halwa telinga. Perlahan-lahan aku bangun sambil menggosok mata. Keadaan sekeliling aku perhatikan. Hanya pokok-pokok tinggi kelihatan. Cahaya matahari menerjah masuk melalui celahan dedaun merimbun. Kelibat lelaki tua berjanggut putih langsung tidak kelihatan. Tadi, semasa aku hendak melelapkan mata, dia masih ada di sini.
Sekarang, ke mana dia menghilang?
"Oi, Eilya. Oi, sini."
Aku memusingkan kepala ke kanan. Lelaki bertanduk kambing dengan janggut seciput di dagu tersengih di balik belukar. Hanya kepalanya yang menjengah. Aku mengerut dahi seraya turun dari katil bulat.
"Errr...Awak panggil saya, kan?"
"Yelah! Sapa lagi yang ada kat sini? Plus, nama kau Eilya, kan?"
"Ermmm..."
Aku menggaru pipi. Varuzhan tersengih. Dia keluar dari belukar seraya mendekati aku. Senyuman manis langsung tidak pudar dari bibirnya.
"Tuan Azgalor keluar, dia jumpa Lord Barathum."
"Oh, i see. Kalau macam tu, saya nak sambung tidur balik."
"Oi. Oi. Kau ni kuat tidur! Jomlah kita bermain!"
Varuzhan memegang hujung gaun dikala aku merangkak naik ke atas katil. Aku mencebik seraya memalingkan muka ke arahnya. Lelaki bertanduk kambing tersenyum simpul.
"Main? Awak nak main apa?"
"Main kau lah."
"Main saya?"
"Eh, silap! Main dengan kau lah di hujung hutan! Haha! Sialnya! Kau jangan fikir bukan-bukan pulak!"
Varuzhan tertawa sambil menggosok belakang kepala. Aku turun dari katil sambil mengeliat. Varuzhan turun dari pelantar kayu. Aku mengikut dia dari belakang. Kami berjalan meredah denai sempit. Varuzhan bersiul-siul gembira. Aku hanya memerhati gelagat dia dari belakang. Langsung tidak bersuara. Bunyi unggas menggamit suasana.
"Ermmm, Varuzhan."
Aku memanggil namanya dengan nada separuh berbisik. Dia menoleh kepadaku. Kaki kambing terhenti dari terus melangkah.
"Yes, Eilya?"
"Ermmm, ayah berikan kebenaran? Nanti dia marah macam mana?"
"Haha, jangan risaulah! Tuan takkan marah selagi kita tak keluar dari hutan."
"Hurmmm, are you sure?"
"Yes, janganlah risau! Jomlah!"
Varuzhan memegang pergelangan tanganku, kemudian berlari meredah denai. Aku terkial-kial mengikut dia dari belakang. Setelah seketika. Kami tiba di hujung hutan. Aku terkesima seketika. Sebuah sungai mengalir perlahan di depan mata. Manakala, di seberang sungai itu pula, sebuah tebing tinggi kelihatan. Awan putih berarak tenang dihembus angin. Ekor musang mulai bergodek laju menandakan aku teruja.
"Wah, cantiknya tempat ni Varuzhan! I love it!"
"Heh! Aku dah agak, kau mesti suka!"
Aku menarik pergelangan tangan darinya, kemudian berlari ke depan. Varuzhan memeluk tubuh sambil tersenyum melihat aku tertawa ceria. Tanpa membuang masa, aku menanggalkan gaun dari tubuh. Varuzhan menerpa mendapatkan aku. Pipinya merona merah. Aku mengerut dahi melihat dia menekup mata.
"Kau tak boleh tanggalkan gaun kau sesuka hati, Eilya!"
"Kenapa? Saya nak mandi! Sungai tu menarik!"
"Gadis macam kau tak boleh berbogel sesuka hati! Its dangerous!"
"Dangerous? Kenapa pulak? Cuma awak dengan saya je ada kat sini!"
"No! Pakai balik gaun kau."
Varuzhan menyua semula gaun kepadaku. Matanya masih terpejam rapat. Aku memasamkan muka. Gaun tersebut aku ambil dari tangannya.
"Nak mandi pun tak boleh."
"Kalau kau nak mandi, pakai ni."
Varuzhan memusingkan badan. Aku hanya berdiam diri memerhati tindakan dia. Setelah seketika, dia berpaling semula kepadaku. Kali ini, kain putih berada di telapak tangannya.
"Pakai ni."
"Lecehlah."
"Eilya. Kau jangan degil. Kalau Tuan nampak aku bersama kau. Then, kau berbogel macam ni. Masak aku."
Aku mencebik mendengar bidasan katanya. Kain putih digapai dari tangan si makhluk hutan. Perlahan-lahan aku membalut tubuh dengan kain tersebut. Varuzhan membuka kelopak mata.
"Puas hati?"
"Pergilah mandi."
"Hmph! Menyusahkan betul lah."
Varuzhan menggosok belakang kepala melihat aku berlari ke sungai semula. Helaan lemah dilepaskan.
"Haih, dia ni lagi bendul dari Loralyn."
YOU ARE READING
MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]
Fantasy"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan dapat cinta sejati? Like seriously?" -Eilya Eara, The 9th gumiho- "Aiden. Please, listen to me. Lyc...