CHAPTER 36 | FAREWELL*

5.4K 492 2
                                    

Bothersome, huh? Aku cuma menyusahkan untuk dijaga, huh? Fine, jika serigala macam aku hanya menyusahkan...

I better leave.

Aku berjalan meredah kawasan pasar Arastosa. Pandangan mata jelik yang tertacap padaku, langsung tidak dihiraukan. Setelah seketika berjalan, akhirnya aku tiba di Rose Inn.

Tanpa membuang masa, aku menapak menaiki anak tangga. Pintu bilik dipulas tombolnya. Aku terus masuk dan menggapai pedang silver yang tergantung di dinding. Beg kulit berisi 100 gold dilekatkan di pinggang.

Seusai bersiap, aku berjalan keluar dari bilik. Dikala aku melompat naik ke atas kuda putih, pehaku ditepuk lembut. Aku bingkas menoleh.

"Aiden...Tergesa-gesa ni nak kemana?"

Azwin menyoal seraya tersengih. Aku tersenyum kelat kepadanya. Noir hanya memeluk tubuh di belakang Azwin. Azwin memerhati aku dari atas hingga bawah.

"Kau ada kontrak baru? Mana Ciry? Selalunya kau berkepit je dengan dia...?"

"Ah ha, aku ada kontrak baru...Ciry akan menyusul nanti..."

"Di mana?"

"Well, anywhere..."

Azwin mengerut dahi mendengar jawapan ragu-ragu dariku. Kami berbalas pandangan mata. Seolah-olah dia cuba merungkai jawapan dariku.

"Aiden, kau cuba sembunyikan sesuatu dari aku?"

"No, i'm not..."

"Aiden...Jangan berdalih dengan aku..."

"Tell Ciry...Aku tiada apa-apa lagi dengan dia..."

Aku berkata lalu menghentak tumit kasut but ke perut kuda. Azwin termangu-mangu melihat aku memecut ke pintu gerbang Pekan Arastosa. Dia menoleh ke arah Noir.

"What in the world..? Dia cakap apa tadi?"

Azwin menyoal dengan nada pelik. Noir mengangkat bahu. Mereka berbalas pandangan, lama. Masing-masing kematian kata.

Dikala mereka mahu berjalan kawasan pasar pekan Arastosa, Azwin perasan akan kehadiran Ciryla. Gadis serigala tersebut hanya berjalan dengan wajah sugul. Airmata masih berbekas di tubir matanya.

Azwin dan Noir berjalan mendekati Ciryla. Gadis serigala cuba menyimpulkan senyuman, tetapi hanya senyuman hambar yang dapat dia ukirkan. Azwin menggosok belakang kepala.

"Ciry..."

"Azwin...Haha, boleh pulak terserempak dengan awak kat sini..."

Ciryla menyapa perlahan. Noir hanya memerhati gadis serigala menggosok kelopak mata. Azwin kelihatan serba-salah untuk membuka mulut.

"Ciry..."

"Yes...?"

"Kau dan Aiden bergaduh...?"

"Ermm...Kenapa awak tanya?"

"Well..."

Azwin menggaru pipi. Pandangan dilirikkan ke arah Noir. Ciryla mengerut dahi melihat mereka berdua begitu berat untuk membuka mulut. Orang ramai yang lalu lalang, langsung tidak mengendahkan mereka berdua.

"Azwin, kenapa ni?"

"Tadi, aku terjumpa Aiden..."

"Awak jumpa dia?"

"Yeah, he look gloomy and sad..."

"Ermm..."

"Ciry, Aiden sudah keluar dari Arastosa...Dia bawa semua peralatan memburu then leave..."

Ciryla tersentak mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut Noir. Azwin menggosok belakang leher. Gadis serigala menekup mulut seakan tidak percaya.

"Apa awak cakapkan ni, Noir? Aiden leave me?"

"Yeah, dia cakap...Kau dan dia tiada apa-apa lagi..."

"No...No...Tak mungkin, am i right...?"

Pandangan Ciryla beralih pada Azwin. Lelaki tersebut mempamerkan riak muka sayu. Ciryla mula menitiskan airmata. Kepala digelengkan beberapa kali.

"DI MANA AIDEN!?"

"Ciryla, calm down..."

"AIDEN!"

Ciryla bergegas berlari ke depan! Orang ramai menoleh kepadanya dengan dahi berkerut. Azwin dan Noir hanya memerhati Ciryla berlari ke Rose Inn sambil menangis teresak-esak.

"Well, here goes the drama..."

"Damn you, Noir...You just too harsh..."

"What? Aku cuma beritahu perkara sebenar, kan?"

"Haih, kau ni..."

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now