Pakkk...!
Gelas kaca dihentak ke atas meja. Ren menongkat dagu melihat aku sugul sambil menekup dahi. Arak Yolun aku teguk sekali lagi. Suasana hingar-bingar di pub membuatkan aku terasa rimas.
"Whoa...Whoa...Easy there, wolf boy...Ini botol keenam kau teguk..."
Ren menahan dikala aku mengambil sebotol lagi arak yang tersusun di rak kayu. Lelaki bunian yang bertugas sebagai pelayan pub, hanya memerhati gelagat aku sambil mengelap gelas kaca.
"Just one more, Ren...Just one more..."
Aku meminta dengan nada perlahan. Ren melepaskan helaan lemah. Tangannya diangkat dari terus menyentuh bahuku. Arak dituang ke dalam gelas kaca, kemudian diteguk.
Kenapa hati aku berasa tidak tenteram? Kenapa aku terasa bersalah?
Yes, i kill them. I ate them like a monster. A hunter, like me killed the villagers.
Di mana aku nak letak muka selepas ni? My life ruined for eternity.
"Itulah dia, serigala sial yang mengamuk di Jaster..."
"Aiden? He's the son of legends...Tak mungkinlah..."
"He's the one, Roga! Dia ratah puluhan penduduk pekan! King Vlad should kill him! A monster like him, doesn't deserve to live here in Arastosa..."
Telingaku menangkap bunyi suara penduduk Pekan yang mengumpat di belakang. Aku tertunduk lemah. Arak diteguk sekali lagi. Ren mengusap belakang badanku.
"Just ignore them, Aiden..."
Aku mengangguk. Hatiku terasa sakit mendengar umpatan mereka. Tapi, mereka betul. Aku tak boleh sangkal. Aku yang bunuh penduduk Pekan Jaster.
"Patutlah ibu dia mati...Maybe, dia yang bunuh Loralyn? Who know? A monster like him would do...?"
Telingaku berdesing mendengar tuduhan tidak berasas tersebut. Ren tersentak apabila aku bangun dari kerusi. Dua ogre memerhati aku dengan pandangan jelik dikala aku berjalan mendekati mereka dengan langkah yang terhoyong-hayang.
"Apa kau cakap tadi...?"
Aku menyoal dengan nada tidak berpuas hati. Semua pelanggan pub menoleh kepadaku. Dua ogre tersebut tersengih sinis. Botol arak digenggam erat.
"Apa kau nak buat, Aiden? Kau nak ratah aku?"
"Yea, tapi daging ogre buatkan aku mual"
"Hahahahaha! Then? Daging mana yang paling sedap? Daging Loralyn!?"
PRANGGGG!!
Ogre tersebut terhumban ke sisi apabila botol arak menghentam kepala! Kaca berderai ke lantai kayu! Aku mengetap gigi menahan bengang.
"DON'T EVER TALK SHIT ABOUT MY MOM!"
"ARGHHHH!!"
Ogre yang berada di sebelah kanan merempuh aku dari sisi! Aku terhumban ke kaunter pub! Ren menggeleng kepala. Suasana mula bertukar kecoh! Orang ramai bersorak teruja melihat kami bergaduh!
Ogre berbadan sasa mencekak leherku dengan sebelah tangan, kemudian melempar aku ke pintu pub! Aku berguling bagaikan patung kayu!
"The son of legends, huh!? Kau cuma sampah, Aiden!"
Dia menengking seraya meluru kepadaku! Tendangannya aku elak pantas! Aku melompat ke atas meja kayu, kemudian memusingkan badan! Tendanganku singgah ke dagunya! Tubuh sasanya menghempas dinding kayu! Ianya berderai!
"C'mon, you fat fuck! Fight!"
Aku menjerkah seraya bersedia untuk bertempur! Orang ramai membuat bulatan melihat pertarungan kami. Ren meneguk arak sambil menongkat dagu.
"ARGHHHHHHH!"
Ogre sasa tersebut memecut laju kepadaku! Aku menepis tumbukannya dengan sebelah tangan! Lututku diangkat separa dada! Gigi diketap kuat! Tangan mengepal penumbuk!
BRAKKKKK!!
BAKKKKKK!!
Ogre tersebut berganjak ke belakang apabila lututku dihunus ke batang hidung! Tidak cukup dengan itu, tumbukan aku menghentam pipinya! Darah pekat tersembur keluar dari mulut! Dia menekup pipi seraya merenung tajam kepadaku.
Aku merengus geram kemudian meluru kepadanya! Ogre tersebut bingkas mengangkat lengan! Aku melepaskan tumbukan bertubi-tubi! Keadaan di pub tunggang langgang dek pergaduhan kami berdua!
"ARGHHHH!"
Aku tercampak ke sisi apabila tumbukkan dia mengenai pinggang! Ogre tersebut mematahkan meja, kemudian kaki meja tersebut diambil sebagai senjata! Aku mengimbangkan badan!
KRAKKK!!
Belum sempat dia melibas kaki meja kepadaku, tendangan padu sudah menghentam batang leher! Ogre tersebut terhumban ke belakang! Darah meleleh keluar dari kedua hidungnya.
Aku menarik nafas panjang melihat dia rebah tidak sedarkan diri. Ren hanya memerhati aku sambil meneguk arak. Pandangan orang ramai tertacap kepadaku dengan renungan takut.
"WHAT!? KORANG JUGA NAK KENA BELASAH!? GET THE FUCK OUT OF HERE!"
Semua pelanggan bergegas keluar dari pub. Aku terduduk di kerusi kayu. Helaan nafas lemah dilepaskan keluar dari peparu. Ren berdiam diri. Wajah ditekup dengan sebelah tangan.
Yea, i know. King Vlad mesti bengang dengan aku pasal ni. Prepare for the worst.
YOU ARE READING
MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]
Fantasy"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan dapat cinta sejati? Like seriously?" -Eilya Eara, The 9th gumiho- "Aiden. Please, listen to me. Lyc...