"Disana, Tuan! Follow me!"
"Sabarlah, Varuzhan."
"Cepatlah, Tuan!"
Varuzhan menggesa sambil memimpin tangan Azgalor. Si dewa hutan berjalan meredah denai sempit. Tongkat saktinya dihalakan ke depan, menolak dahan dan ranting kayu yang menghalang jalan. Setelah seketika, mereka tiba di hadapan pintu masuk hutan. Seekor kuda kelihatan sedang duduk sambil berdengus perlahan. Azgalor mendekati dengan penuh hati-hati. Varuzhan menarik tali kuda ke sisi. Seorang gadis berambut hitam terbaring di tanaH.
"Inilah gadis tu, Tuan! Inilah dia!"
"Hurmmm..."
Azgalor meletak tongkatnya ke sisi, kemudian memangku gadis tersebut. Helaian rambut hitam yang menutup muka, Azgalor sisirkan ke sisi. Wajah gadis tersebut dia perhatikan, lama. Alis matanya yang lentik, bibirnya yang mungil dan pipinya yang memerah dek kesejukkan membuatkan Azgalor terkesima seketika. Varuzhan tersengih melihat si dewa hutan terpesona dengan kecantikan gadis tersebut.
"Such a beauty."
"I told you! I told you! Gadis ni comel!"
"Hurmmm, tapi kenapa dia tersesat ke sini?"
"Saya tak tahu, Tuan! Saya tak tahu! Saya jumpa dia, memang dia sudah terbaring macam ni..."
Azgalor menekup dada gadis tersebut dengan sebelah tangan. Matanya terpejam rapat. Varuzhan hanya memerhati dari sisi. Langsung tidak menyampuk.
"Poor child. Hatinya terluka. Dia dalam kesedihan."
"Kesedihan? Kenapa, Tuan?! Ada lelaki perkosa dia?!"
"Aku debik kau nanti, Varuzhan! Mulut kau jangan lebih-lebih!"
"Maaf, Tuan! Maaf!"
"Hurmmm, cintanya dibalas kecewa. Dia patah hati, Varuzhan. Sehinggakan dia bawa diri sehingga ke sini."
"Ohhh. Kesiannya. Tuan! Kita jagalah dia! Macam kita jaga Loralyn!"
Azgalor tersenyum kelat, kemudian bangun dari terus melutut. Gadis tersebut dipeluk erat. Varuzhan membuka ikatan tali kuda, kemudian melepaskannya ke dalam hutan.
"Ambilkan tongkat aku, Varuzhan."
"Baik, Tuan!"
Azgalor berjalan masuk ke dalam hutan sambil mendukung gadis tersebut. Varuzhan mengikut dia dari belakang. Pintu masuk hutan ditutup dengan belukar dan akar kayu. Sebaik sahaja tiba di rumah pokok, Azgalor meletak gadis tersebut di katil bulat. Helaan nafas berombak perlahan di dada sang gadis. Si dewa hutan memerhati gadis tersebut, lama. Makhluk-makhluk hutan berhimpun mengelilingi gadis tersebut.
"Siapa ni? Cantiknya."
"Such a cute creature."
"She look just like Loralyn."
Makhluk-makhluk hutan berbual sesama sendiri. Azgalor hanya termenung dari tadi. Varuzhan meletak tongkat sakti di sisi katil, kemudian berganjak ke belakang perlahan-lahan.
"Kau cipta semula gadis musang ekor sembilan kau tu. Then, we paired them up as a companions. Just like Lycans dan Loralyn."
Kata-kata Barathum bermain-main di telinga. Azgalor menarik nafas panjang. Telapak tangan menyentuh dada si gadis sekali lagi. Makhluk hutan hanya memerhati tindakan si dewa hutan.
"Dia berjiwa suci. Langsung tiada hasad dengki. Walaupun dia kecewa, namun dia langsung tidak berdendam. Such a pure soul."
Azgalor mengomel sendiri, kemudian memegang dagu. Varuzhan melirikkan pandangan bermakna pada si dewa hutan.
"Tuan."
"Varuzhan, aku rasa dia sesuai."
"Then, do it! My Lord!"
Si dewa hutan tersenyum. Dia mengangkat kedua tangan ke udara. Makhluk-makhluk hutan berbisik sesama sendiri dengan nada teruja. Angin mulai bertiup kencang. Cahaya keemasan mulai bercahaya terang!
"I AM LORD AZGALOR! THE KEEPER OF THE LIGHT AND FOREST! DATANGLAH KEPADAKU WAHAI ROH SI MUSANG PUTIH! COME TO ME! OBEY ME AS YOUR MASTER!"
Azgalor memekikkan kata mantera! Dedaun pokok mulai berguguran! Gadis tersebut terapung di udara. Cahaya putih menerjah masuk ke dalam jasad si gadis! Cahaya keemasan semakin terang! Varuzhan menekup mata.
"RISE! RISE MY CHILD! HIDUP KAU BUKAN LAGI SEBAGAI MANUSIA! KAU ADALAH GUMIHO! SI MUSANG BEREKOR SEMBILAN YANG DAMBAKAN CINTA! BANGUNLAH, ANAKKU! BUKALAH MATAMU!"
Gadis tersebut terjatuh semula ke atas katil. Azgalor menghela nafas kencang sebaik sahaja sihirnya berjaya dilancarkan. Angin kembali bertiup tenang. Pandangan mata semuanya tertacap pada sang gadis. Perlahan-lahan telinga musang muncul dari celahan rambut hitam. Ekor gebu berwarna putih menjelma satu persatu. Azgalor tersenyum lebar melihat sihirnya berjaya. Gadis tersebut membuka kelopak mata. Anak mata berwarna coklat bertukar ke warna kuning keemasan. Warna rambutnya bertukar ke warna putih. Pakaiannya sudah hangus dek sihir sebentar tadi. Makhluk-makhluk hutan bersorak gembira.
"Errmmm...Ermmm..."
Gadis tersebut bangun dari terus berbaring. Azgalor memangku belakang kepalanya dikala dia menggosok kelopak mata.
"Jangan takut, wahai anakku."
"Ermm...Saya di mana?"
"Kau berada di Spirit Forest."
"Uwah! Kenapa saya berbogel!?"
"Well..."
"Eh? Apa benda ni!?"
Gadis tersebut terperanjat apabila ekor berwarna putih meliuk perlahan di belakang. Azgalor tersenyum. Gadis tersebut mendongak memandang si dewa hutan.
"Awak. Siapa?"
"I am your father, Eilya."
"Eilya? Itu nama saya?"
"Eilya Eara. Itu nama kau, wahai anakku."
YOU ARE READING
MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]
Fantasy"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan dapat cinta sejati? Like seriously?" -Eilya Eara, The 9th gumiho- "Aiden. Please, listen to me. Lyc...