CHAPTER 22 | STALKER*

5.5K 548 16
                                    

Seusai bersiap, aku dan Ciryla berjalan menuruni anak tangga kayu. Sebaik sahaja kunci bilik diserahkan, kami berdua keluar dari Rose inn. Suasana pagi itu terasa menenangkan. Bayu bukit menghembus lembut. Suasana di Pekan Eudora sesak seperti kebiasaannya.

"Kau nak beli something, Ciry? Kita nak berjalan jauh, kan?"

Aku menyoal sambil memerhati sekeliling dikala kami berdua melangkah masuk ke kawasan pasar. Gadis serigala menggeleng kepala.

"Better kita breakfast dulu, Aiden."

"As you wish."

Ciryla tersenyum. Kami berdua berjalan ke kawasan pejalan kaki. Setelah 10 minit, kami singgah di sebuah kafe yang terletak bersebelahan dengan tugu pedang. Seusai memesan makanan, pelayan bertelinga kucing beredar dari meja. Aku menongkat dagu sambil memerhati Ciryla. Gadis serigala tersengih dikala aku tersenyum kepadanya. Rambut ikal mayangnya yang diikat ponytail, membuatkan dia tampak menawan.

She's beautiful, no doubt about it.

"Kenapa pandang macam tu? You look creepy, haha."

"Nothing. Just wondering."

"Wondering about what?"

"Kenapa kau secantik ni, Ciryla?"

"Stop being a cheesy wolf, Aiden. Its not fit you."

Ciryla membalas lalu tertawa. Aku tersengih melihat dia ceria. Belakang badan disandarkan ke kerusi kayu. Pedang dikemaskan dengan sebelah tangan.

"Awak pasti? Awak tak nak Ren dan Azwin join kita?"

Ciryla menyoal tetiba. Aku menghela nafas panjang. Pandangan mata kembali tertacap kepadanya.

"Listen, Ciry."

"I'm listening."

"I don't give a single damn about them. This about..."

"Us. Ok, I get it."

"Good."

Ciryla tersengih mengetap gigi melihat aku menahan geram. Aku memaparkan riak muka menyampah. Tangan disilangkan ke dada.

"20k gold tu milik kita, Ciry. Aku ada planning nak buat dengan gold tu."

"Planning apa?"

"Aku nak simpan untuk beli rumah."

"Rumah?"

"Yes, i want to make you my wife someday. So, i better start saving up."

Ciryla tertawa kecil mendengar kata-kataku. Helaian rambut putihnya yang berjuntai ke dahi, aku sisirkan ke sisi. Kami berbalas pandangan seketika.

"Kita bersama selama 200 tahun Ciryla. I'm not gonna lose you."

"Aiden."

Wajah didekatkan ke gadis serigala. Ciryla memegang pipi aku. Bibir kian merapat. Helaan nafas Ciryla kedengaran jelas di telinga.

BAKKKK!

Belum sempat aku mencium Ciry, sebutir batu menghentam pipi! Aku terpisat-pisat menahan pedih! Ciryla pula termangu-mangu! Aku bingkas bangun seraya memerhati sekeliling! Pipi ditekup dengan sebelah tangan.

SIAPA BALING BATU KAT AKU!? DAMN, ITS HURT!

Eilya menyorok di sebalik pokok sambil mengemam bibir. Pipinya merona merah. Di dalam kafe, kelihatan Aiden tercari-cari siapa gerangan yang baling batu ke pipi sebentar tadi. Varuzhan menekup dahi.

"Kenapa kau baling batu, Eilya!? Kau nak mampus!?"

"They wanna kiss!"

"Leave them be! Macam aku cakapkan, jodoh kau belum..."

"Diamlah, Varuzhan!"

Eilya bingkas membidas. Pandangannya tertacap pada Aiden dengan renungan geram. Varuzhan menghela nafas panjang.

"Eilya, kau jangan melampau. Dah-dah, jom balik. Nanti Lord Azgalor perasan kita keluar dari hutan, masak aku."

"Grrrr! Grrrr! Aiden ni mianglah! Geramnya!"

"They're companions! Sudahlah! Jom balik!"

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now