CHAPTER 5 | AIDEN, SI ANAK LAGENDA*

6.9K 663 11
                                    

          Kuda putih berjalan perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah anak yatim Ollen. Dua wanita bunian berdiri tegak di hadapan pintu pagar kayu. King Vlademir menarik tali picu kuda, kemudian melompat turun. Aku turut turun dari belakang kuda.

          "Aiden, kau pasti ini keputusan kau?"

           King Vlademir menyoal seraya berjalan beriringan denganku. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Sebilah pedang silver tersisip kemas di belakang. Armor kulit pemberian King Vlademir, aku kemaskan seketika.

          "Ah, Aiden, the son of Lycans. Welcome to the Ollen Orphanage."

          Gadis bunian berkata dengan nada lembut. Aku memeluk tubuh sambil memerhati sekeliling. Pokok-pokok oak kelihatan merimbun di perkarangan rumah anak yatim tersebut. King Vlademir mendapatkan dua wanita bunian tadi.

           "Maaflah sebab menyusahkan Mother. Aku harap Mother boleh jaga Aiden sehingga dia boleh berdikari."

          "It is my honor, King Vlademir. Janganlah risau. Saya akan cuba."

          "Kau yakin? Tempat ni boleh ajarkan aku untuk memburu?"

          Aku mencelah tiba-tiba. Pandangan mereka bertiga tertacap padaku. Aku tidak mengendahkan mereka. King Vlademir menggaru belakang kepala.

          "Aiden, ini satu-satunya rumah perlindungan untuk lahirkan pemburu berkaliber. Aku yakin, kau."

          "Good."

          Aku terus mengorak langkah ke depan sebelum sempat King Vlademir menghabiskan kata. Sang raja bingkas memegang pergelangan tanganku. Aku menoleh ke belakang.

          "Aiden, kau pasti? Kau nak tinggal di sini? Kau boleh ikut aku tinggal di istana...Biar aku jaga kau."

          "Vlad. Aku nak berdikari. Aku yakin dengan keputusan aku."

          "Aiden."

           "Aku anak lagenda, bukan? Don't worry."

           Aku merentap perlahan tanganku darinya. King Vlademir menghela nafas lemah. Dua wanita bunian tersenyum kelat melihat aku bertegas. Tanpa membuang masa, aku berjalan ke pintu masuk. Puluhan anak yatim menoleh kepadaku disaat pintu kayu dibuka.

           "My childs. Kita dapat ahli keluarga baru! Kenalkan, Aiden Lycans."

          Wanita bunian memperkenalkan aku kepada mereka semua. King Vlademir tersenyum kelat. Aku memeluk tubuh sambil berdiam diri.

          Hurmmm, boleh tahan meriahnya tempat ni. I like it.

          Belum sempat aku berjalan ke depan, bahuku dipegang King Vlademir. Aku memalingkan tubuh menghadap dia. Sang raja tersenyum kelat kepadaku. Aku hanya merenung kosong kepadanya.

           "Aiden."

          "Vlad. Janganlah risau. Aku boleh jaga diri."

          "Kau amanah aku, Aiden. Kau pasti dengan keputusan kau ni? You can live with me. I'll train you to be a good hunter. Think about it, my child."

          "Aku sudah fikir masak-masak, Vlad. Aku mahu berdikari."

           "Haih, kau ni degil. Just like your father."

          "Aku bukan macam Lycans! Jangan samakan aku dengan dia!"

          King Vlademir melepaskan keluhan lemah sekali lagi, kemudian memeluk aku, erat. Aku hanya berdiam diri. Suasana mulai terasa janggal. Tubuhnya, aku tolak perlahan ke belakang.

          "Oklah, aku nak berehat. See ya."

          "Take care, Aiden. Jika ada apa-apa, beritahu aku."

          "Ok."

           King Vlademir bangun dari terus melutut. Aku memerhati dia beredar keluar dari rumah anak yatim, kemudian memecut keluar ke jalan besar. Dua wanita bunian tersenyum membalas pandanganku.

          "Aiden, marilah. Ibu tunjukkan bilik."

          "Ok, but you're not my mom."

          "Haha, ok. Maafkan saya."

**********

          Seusai mandi, aku keluar dari bilik air sambil mengelap rambut. Suasana di dalam bilik kayu terasa hening, hanya derapan tapak kakiku kedengaran. Aku berjalan ke arah cermin besar yang terletak di hadapan almari kayu.

           Hurmm, sekarang tekad aku hanya perlu berlatih dan jadi kuat. Satu hari nanti, aku akan buru Lycans dan bunuh dia dengan tangan aku sendiri. Tergamak dia biarkan ibu dibunuh sedemikian rupa? Legendary Hunter, my ass.

          "Kenapa awak tinggal kat sini pulak? Something happened?"

           Aku tersentak apabila suara lembut menegur tiba-tiba dikala aku leka melayan fikiran. Seorang budak perempuan berambut putih membalas pandangan mataku dikala aku menoleh. Dia duduk di birai katil sambil menyulamkan jari di kedua tangan.

          "Ciryla."

          "Aiden, ada sesuatu terjadi? Dimana ibu awak? Awak tinggal dengan dia, kan?"

         Ciryla menyoal. Aku tertunduk. Budak serigala menanti jawapan dariku. Dia memberi ruang apabila aku duduk di sisi. Aku terdiam seketika.

          "Aiden."

          "Ibu aku dibunuh, Ciry."

          "Ouh, saya fikir itu hanya khabar angin."

          "Kau dah tahu pasal ni?"

          "Seluruh Arastosa sudah tahu pasal ni."

          "Hurmmm..."

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now