PROLOGUE

250K 2.8K 165
                                    


First of all, my works that is kinda a collaboration. :)

Aku dekat mana?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Aku dekat mana?

Kepala rasa pening yang teramat, tubuh badan seluruhnya sakit. Dan... rasa memberat di pinggang. Kedengaran deru nafas di sisi. Dipusing kepala ke kanannya perlahan-lahan. Serta-merta, bulat matanya. Terus ditutup mulut, terus diangkat sedikit selimut tebal yang menutup tubuhnya.

Tiada seurat benang.... Jelas kelihatan kulit putihnya, bersama lengan berkulit sawo matang itu yang memeluk pinggangnya. Ya Allah... Serta-merta air mata bergenang.

Aaliya tidak membuang masa. Perlahan-lahan ditolak tangan kanan lelaki itu. Berat dan kuat lengan sasa ini. Serta-merta rasa takut menyerang. Bila sudah teralih, lelaki itu terus baring menelentang. Aaliya menahan matanya dari semakin basah. Dibawa dirinya bangun duduk. Dilihat sekejap muka lelaki ini.

Bukan badan gagah lelaki ini, bukan muka kacukan mat saleh lelaki ini, dan bukan rambut coklat perang semula jadi itu yang menjadi pemanis matanya. Air mata yang semakin keluar menyatakan segala.... kerana dia kenal gerangan lelaki ini. Ditekup mulut risau esakannya terlepas. Cahaya terang bilik, menjelaskan segalanya pada Aaliya.

Mereka tidur bersama, tiada langsung sebarang pakaian sopan yang menutup melainkan selimut tebal ini. Dirasa cadar di bawah punggungnya basah. Aaliya makin tidak tahan empangan air matanya.

Lelaki ini... Zill Qayyim. Bos aku. Apa salah aku kena macam ni.

Aaliya bangun perlahan-lahan. Bila kedua kaki menampungkan tubuh, serta-merta ringisan sakitnya keluar. Celah kelangkangnya sakit. Digigit bibir, menahan kesakitan yang pedih tajam itu dan cuba melangkah perlahan. Dia mahu dan mesti keluar dari sini.

Dengan tubuhnya yang berbogel dan sakit, dikutip uniform kerjanya yang berterabur. Tika menyarung seluar, dia perasan.. celah pahanya ada darah kering. Ditahan lagi esakan dari semakin jelas.

Disarung secepat mungkin seluar dan uniform. Pakaiannya sudah terkoyak teruk, ditinggalkan saja tidak bersarung. Terkoyak teruk akibat direntap kasar. Uniform cleaner yang dipakai ini sudah cukup tebal menutup semua. Disarung selendang hitam ala kadar. Dicapai beg kain lusuh berwarna hitam yang terisi barang-barangnya tika ke tempat kerja.

Diperiksa perlahan tanpa bunyi. Tiada dompetnya, tiada phone Nokia 'cikang'nya. Ya Allah.. Dilupakan semua itu dan dengan langkah perlahan-lahan seperti kura-kura menyeret kaki yang luka... Aaliya keluar dari bilik yang terang dan dingin ini.

Diluar mewah dengan perabot dan hiasan mahal. Tidak diendahkan semua itu, diseretkan saja kaki yang sakit mencari pintu keluar. Ni.. macam kondo je, bukan banglo. Ya Allah macam mana Aaliya nak balik.

Ketemu satu pintu! Segera Aaliya berjalan laju ke situ. Cuba ditarik handle pintu yang berat itu, tapi tak boleh buka. Dikunci! Ditarik kuat berulang kali, sehingga lupa akan bunyi bising yang dihasilkan mula bergema di seluruh ruang kondo mewah itu.

Your Boss Your HusbandWhere stories live. Discover now