Badrul di dalam kereta seorang diri. Matanya memandang bangunan kedai di mana dia terjumpa Aaliya tiga minggu lepas, di bawah banner bertulis perkataan tuisyen. Tak kisah pada Badrul nama tuisyen tu apa.
Badrul sungging senyum. Tuisyen? Nak ambil SPM? Macam mana kau boleh hidup dekat KL ni sorang-sorang sampai ambil tuisyen ni. Badrul sengih sinis.
Badrul dah lama... dia ke sini setiap hujung minggu selepas dia terjumpa Aaliya. Masa weekdays dia tak ke sini, maknanya Badrul masih tak tahu Aaliya tinggal di mana. Badrul cuma tahu Aaliya ke sini kerana tuisyen. Dan selalu ada mamat tu menjaga anak sedaranya. Badrul tak kenal. Badrul akan ke sini, duduk di dalam kereta mengambil gambar Aaliya, yang makin seksi tubuhnya. Badrul nak gambar-gambar panas tu.
Em... Badrul menggosok dagu. Aku rasa, aku dah boleh approach kot. Badrul nak Aaliya dan lelaki yang selalu ada tu dah tiada sekarang, baru cau naik kereta, pergi makan ke solat ke entah.
Badrul mula membuka central lock keretanya. Mahu menunggu terus di bawah bilik tuisyen itu. Sekejap lagi, Aaliya dah habis kelas. Badrul tahu semua sebab dia intip anak sedaranya itu di area tuisyen ini. Tanpa sedar dirinya sendiri diintip 24 jam.
(Padahal Sham bukan cau pun. Sham kalau makan, dia makan di gerai sebelah tuisyen tu je. Sham tak pernah tinggalkan Aaliya. Sham saja buat cau, supaya orang-orang Zill yang sama memerhati di situ, nampak advance approach yang Badrul nak buat ni, hehe)
Tiba-tiba pintu belakang dan pintu sebelah pemandunya dibuka kasar dari luar. Terkejut Badrul. Tak sempat nak buat apa-apa. Lehernya sudah dipaut dari belakang, terlekat terus. Sakit Badrul terhentak kuat pada seat keretanya. Lelaki di sebelah kirinya sudah mengeluarkan pisau. Ditekan bilah pisau belati itu tanpa terbenam, terus pada leher Badrul.
Badrul beria mengawal telan air liur, takut leher dan halkumnya bergerak hingga pisau tajam itu terbenam ke dalam kulitnya. Siapa ni? Aku kena samun ke apa ni? Bodoh!
"Kau Badrul?" Lelaki sebelah sudah bertanya dulu. Badrul menjeling. "Kau siapa ha bangang?" Lelaki belakang sudah menarik kepala Badrul ke depan, kembali dihentak ke belakang. Sentak, pening, bengong terus kepala Badrul. "Ya ya aku Badrul! Nak apa, bodoh!?"
"Jangan kacau Adara Aaliya. Kau buat lebih, kau tengok darah kau sendiri menitis depan mata dekat pisau aku ni sampai kau mati terus." Lelaki sebelah sudah berbisik, mendengus amaran. Badrul cuak... tapi dia bengong. Adara Aaliya? Anak sedara aku? Apa semua ni?
"Aku nampak kau dekat sini lagi... aku nampak kau menunggu depan ni lagi... aku nampak kau nak ambil gambar dia lagi... kau siap! Aku boleh buat kau hilang tangan kaki. Aku boleh buat kau mandul... tak boleh nak fucks semua girl yang kau biasa main dekat club Bangsar sana." Lelaki sebelah berbisik amaran. Terang dia sudah biasa membuat kerja serupa ini. Dan terang dia tahu semua aktiviti Badrul.
Badrul cuak dan resah. Aaliya... apa kaitan dengan gengster ni semua? Badrul diam. Tiba-tiba kepalanya dihentak kuat ke dashboard kereta. Then, paha kirinya ditusuk pisau belati itu. Tajam, dalam, menyentuh tulang. Kepalanya dihentak lagi ke cermin. Pelipis dan bibirnya sekali ditumbuk kuat. Dengan kepala lututnya diterajang kuat sekali.
Badrul tersadai pengsan tak sedarkan diri selari dirasa rusuknya ditendang kuat juga.
❋❋❋
Zill senyum sinis mendengar report dari Tami dan Daud di belah sana. Zill senyum puas melihat gambar yang Tami hantar. Badrul... Badrul... kau silap orang lah nak cari fasal. Nak sentuh hak aku... kau bayar lah. Ni baru sikit, bitch. Kau buat lagi, tengok aku sendiri jumpa kau. Huh...
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...