Aaliya tuangkan sikit, sikit je brown sauce di tepi dua pinggan putih ini. Dituang pula sikit ke jari, dirasa brown sauce ni. Mm, rasa macam kicap, tapi lebih sikit rasa yang lain. Macam cuka juga sikit, tapi sedap.Aaliya senyum, diletakkan dua pinggan putih ini ke atas dulang. Aaliya suka sendiri bila melihat sarapan yang dibuatnya. Empat roti gandum perisa coklat, dua bagi setiap pinggan. Dengan satu telur separuh masak di atas setiap roti tu. Cantik saja kelihatan aliran kuning telur itu. Aaliya teringat tika Zill mahu makan tadi.
"Kau buat brekkie." Zill selamba menutur, menuju ke balkoni dengan hanya berseluar pendek dengan intaian briefnya.
Aaliya termangu-mangu. Apa tu? Mak Cik Aaida ada cakap, tapi lupa.
Zill perasan muka blur Aaliya. Digeleng kepala, mengeluh sikit. "Sarapan lah. Buat simple je, tambah brown sauce."
Aaliya ohh perlahan dan mengangguk.
Zill tengok dari ekor mata. "Kau kenal tak brown sauce mana satu?"
Aaliya angguk je, "Kenal, tuan."
Zill sembunyi senyum, "Kalau tak kenal, dia ada tulis brown, sauce." Zill cakap satu-satu. Aaliya menahan dari buat muka menyampah.
Zill senyum, "Dah, pergi lah. Buat dua. Kita makan sama. And... aku nak susu."
Aaliya senyum sambil membawa dulang besar itu keluar. Tapi bos tiada pula di balkoni. Terdengar bunyi kocakan air sayup-sayup. Oh... bos dekat kolam renang.
Aaliya melangkah membawa dulang yang berisi dua pinggan dan dua gelas itu ke kolam renang. Aaliya senyum tak berhenti. Bos mesti suka dengan hiasan aku buat ni. Hihi. Aaliya melangkah perlahan, diletakkan dulang ini di tepi kolam renang di kawasan yang kering. Bos ada je di tepi ni, bersandar dalam kolam renang.
Zill bersantai bersandar, mendepakan tangan dalam mata pejam. Menghirup udara segar waktu pagi dari atas penthouse ini. Aaliya tak tahu nak tegur ke, nak berdiri senyap ke, nak buat apa.
Sedang Aaliya resah dalam dia itu, Zill membuka mata, mendongak memandang Aaliya. Zill diam saja, dipanjat keluar, duduk di tepi kolam renang. Aaliya menarik dulang itu, sat on her knees berhadapan bos.
Zill pandang dua pinggan tu. Bentuk muka... dengan dua roti, dua bulatan telur separuh masak... macam mata, lelehan sikit brown sauce... bentuk senyuman. Lama Zill memandang rupa itu, Aaliya diam saja.
Baru Zill memandang Aaliya. Bibirnya sedikit senyum, "Comel. Macam kau." Zill ketawa kecil. Aaliya senyum juga. Aaliya suka tengok bos senyum. Sejak kebelakangan ni, bos suka senyum dan ketawa dengan dia.
Perlahan-lahan diambil pinggan itu, dihulurkan pada bos. Zill memandangnya dari tadi, langsung Aaliya tak perasan. Zill menggigit separuh roti bersama half-cooked egg tu, brown sauce dicolet dengan jari saja. Sedap rasa lelehan kuning telur itu di lidahnya. Emm...
Sesudah makan, Zill sendiri meletak ke atas dulang balik. Aaliya cuma diam menggigit rotinya. Zill meneguk susu sehingga habis, diletak juga gelas kosong itu ke atas dulang. Zill memandang Aaliya yang masih menggigit perlahan-lahan.
"Aaliya."
Aaliya mengangkat muka memandang bos.
"Makanlah cepat."
Aaliya terdiam, terus digigit dikunyah laju. Terus diminum susu sampai habis satu gelas tinggi itu. Still sat on her knees, Aaliya memandang bos sesudah dia makan. Zill senyum melihatkan kesan susu, terang warna putih di atas bibir merah Aaliya. Ditarik Aaliya perlahan-lahan. Aaliya hanya mengikut walaupun berdebar. Berdebar bukan kerana apa, tapi kerana kolam renang ini.
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...