Aaliya termenung saja di balkoni. Sangat cantik kegelapan malam ini, dengan terang seluruhnya suasana KL di waktu malam. Dan tersangat indah KLCC di depan matanya sekarang. (Twilight of the KLCC, ya Aaliya). Bangunan tinggi pencakar langit yang lain, berserta lampu lip lip, kereta berpusu-pusu laju. Tapi tidak bising dengan suasana riuh di bawah kerana penthouse ini tinggi. Cuma sunyi dan tenang.
Aaliya menunduk, dipandang tubuh sendiri, hanya menyarung seluar pendek berserta t-shirt kecil. Sejuk? Sejuk tapi bukan beku. Sejuk yang selesa.
Sudah empat bulan.
Empat bulan Aaliya dikurung di sini. Empat bulan dia bergelar isteri kepada Tuan Zill dia. Isteri? Ha,ah isteri di atas kertas je.
Aaliya diam, terkebil-kebil memandang suasana luar. Dipandang bintang, dipandang bawah, dipandang lip lip lampu. Malam ini sunyi. Tiada bos, tiada apa-apa, cuma suara TV berbunyi perihalkan apa. Aaliya tidak tahu ke mana bosnya pergi. Aaliya tidak pernah tahu ke mana hilangnya bos, apa aktiviti bos selama empat bulan ini. Kali ini, sudah lima hari bos tiada.
Entah ke mana, fasal kerja kot. Ke... jumpa perempuan lain? Dia cakap... aku je sekarang. Aaliya tunduk, digeleng kepala perlahan. Aku tak kisah dia jumpa siapa. Sebab aku memang takde hak nak tegur dia walaupun dia suami aku. Aku yang buat kisah aku macam ni. Lagipun, aku tak rasa apa-apa pun pada dia.
Biarlah... Biarlah dia layan aku macam mana pun, asalkan aku halal untuk dia. Ya Allah... mohon diampunkan dosa aku. Kerana memperlakukan ibadah perkahwinan macam ni.
Di malam Aaliya merayu pada Zill dulu, esoknya terus dia diajak bos untuk mengikutnya. Aaliya diam dan cuma menurut, disarung baju kurung yang Zill bagi. Disarung selendang hitam yang diguna tika menjadi coffee lady dulu. Entah dari mana bos dapat baju kurung tu, Aaliya hanya mampu tanya dalam hati je. (Jelas-jelas Zill belilah Aaliya, haha)
Oh... hari Zill lama tiada, hari di mana Aaliya jakun meronda penthouse The Binjai selepas Zill merogolnya kali kedua, Zill berada di office. Tapi sebelum itu, dia... shopping. Di Suria KLCC. Zill shopping outfit, pakaian dalam, segala keperluan perempuan, segala wangian-wangian dan penjagaan tubuh perempuan. Semuanya untuk Aaliya. Tapi tiada drees, heels, handbag dan bracelet pun. Sebab... Aaliya memang tak boleh keluar dari penthouse ini.
Zill belikan semua... cuma untuk Aaliya di dalam rumah. Zill mewahkan diri Aaliya tapi hanya di dalam penthouse.
(Penthouse ini membolehkan Zill merayau ke Suria KLCC hanya dengan berjalan kaki, tidak perlu naik kereta pun. 3 minit berjalan, sudah sampai)
Dan bukan dia lah yang turun naik Suria KLCC untuk borong semua barang dari outlets dalam tu. Zill cuma jumpa appearance stylist di Suria KLCC, dan Zill ask for semua; baju, perfume, lingerie, sexy nightwear or sexy daywear, all beautiful things untuk girl at indoor. Zill bagitahu saiz tubuh Aaliya. Zill bagitahu apa yang dia nak nampak pada Aaliya. Sexy but in cute and adorable. Semua itu, and just cut from my bills. Senang.
Dan semuanya, those appearance stylist yang memilih jenama untuk penjagaan badan, jenama untuk penjagaan kulit wajah gadis. Mereka yang pergi dari satu-satu butik, ask semua keperluan dan pemakaian santai gadis dengan saiz yang billionaire Zill khabarkan. Selesai berkenaan Aaliya, Zill terus menuju ke office dengan Lexus LS460nya. Yang sudah di depan Suria KLCC bila dia ask for his security people untuk di bawa ke situ. Memang tak lah Zill nak turun naik even guna lif semata-mata nak ambil kereta, kan?
Hari itu relax, that's why Zill ke office dengan jeans and t-shirt sahaja. Apabila dikhabarkan barang yang diminta untuk Aaliya sudah lengkap semuanya di lobby penthouse, baru dia pulang ke The Binjai itu di waktu malam. Aaliya terkejut bila tersedar keesokan harinya. Pelbagai beg kertas besar di luar bilik di ruang depan di atas meja besar, seperti mahu menjamu berapa puluh orang. Semuanya nampak mahal dan berjenama. Jenama yang Aaliya tidak pernah dengar. Victoria Secret, Calvin Klein, Chaviori, Body Shop, Amway, SK-II dan beg-beg kertas mahal yang lain.
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...