Aaliya terjaga.Dah pukul berapa?
Ha? 9.30?!
Terus Aaliya bangun, berlari ke dalam bilik air dalam bogel macam tu. Aaliya mandi wajib, terus masuk ke biliknya sembahyang selepas disarung baju tidur di dalam wardrobenya. Tak pakai bra, cuma gaun malam tidur kain cotton paras lutut no sleeves V-neck. With panty.
Lepas siap solat isyak, Aaliya melangkah keluar. Dengar TV. Zill tengok TV kot. Aaliya senyum dan laju langkahnya menuju ke ruang putih lepak tu. Tapi terhenti langkahnya bila ternampak banyak beg kertas warna merah, hitam, putih di atas meja kayu. Terus melangkah ke situ, pesong sekejap baru nak pergi tengok Zill.
Aaliya tengok. Ed Hardy, Harrods, 7 For All Mankinds, Versace, Chanel, Sal-va-tore Ferra-gomo? (Aaliya baca satu-satu) dan banyak lagi beg kertas jenama lain. Aaliya waaahh, terkebil-kebil, ternganga mulutnya bila ditelek isi dalam beg mana yang dia mampu tengok. Sebab banyak gilaaa!!!
Ada mekap perempuan! Innisfree dengan Naked (dalam beg kertas Urban Decay) dengan Sephora? Tak pernah dengar.
Aaliya buka satu beg kertas besar nama ARZU. Selendang! Aaliya terus muka suka macam orang terencat. Laju ditarik keluar, digayakan selimpang pada kepala. Lembutnyaaa... Dipeluk dan dicium kuat-kuat. Terus disimpan selendang itu dan berlari ke ruang TV balik. Tapi tiada Zill.
Ada dua tiga kotak pizza, ada crisp, ada chips, ada chicken chop, ada brownies yang dia masak tadi di atas meja depan TV... tapi tuannya takde.
Aaliya pandang kiri kanan.
"Ziill!!" Aaliya melaung saja. Terus Zill muncul di ruang itu dari hallway dapur. Di tangan kirinya ada dua gelas, di tangan kanannya ada botol kaca jus buah. Aaliya senyum suka, terus berlari memeluk Zill yang hanya dalam brief dan seluar pendek. Aaliya mendadak peluk dada Zill kuat sangat sampai suaminya itu terkebelakang.
"Ehh Aaliya... watch aahhht." Zill menegur perlahan dalam ketawa kecilnya bila terasa effect dakapan kuat isterinya ni. Aaliya angkat muka, mukanya sebek.
"Dah kenapa kau sebek pula ni?" Zill menyoal terus. Muka pelik ketara. Aaliya kian sebek, "Saya nampak... barang-barang perempuan. Ada tudung, ada jeans, ada kasut, ada baju lawa-lawa sangat."
Zill yang faham, hanya sengih. Dicium dahi Aaliya, dirangkul bahu Aaliya dengan tangan kiri yang masih memegang dua gelas tinggi tadi. "Kan aku cakap... aku nak bagi kau semua tu." Zill senyum, tunduk memandang Aaliya yang mendongak di dadanya.
Aaliya tahan muka terharu, "Tapi... saya tak sangka banyak macam tu."
Zill ketawa. "Tu... semua yang kau patut dapat... dari awal kau jadi isteri aku." Zill bersuara lembut. Aaliya diam, terkebil-kebil menahan mata yang mula panas. "Itu hadiah aku untuk kau." Zill senyum, dicium ubun-ubun Aaliya, "Dah, jom."
Aaliya masih memeluk Zill, masih tak bergerak melepaskan Zill untuk jalan menuju ke sofa panjang sana. Zill senyum. Dia faham. Zill tunduk dan Aaliya menjengket sikit dengan memejam mata. Zill cium, Zill jilat, Zill jamah, Zill sedut bibir basah soft Aaliya. Rasa hidung mancung Zill menyapa pipi kirinya dan bulu-bulu halus di wajah Zill betul-betul menikmatkan dia.
Slowly, mereka melepaskan tautan bibir sendiri. Dan baru muka Aaliya senyum bunga-bunga. Zill ketawa tengok keletah budak ni. Ditarik tangan Aaliya menuju ke ruang movie. Diletak gelas dan dituang jus ke dalam gelas tinggi tu. Aaliya hanya berdiri melihat. Zill duduk, memandang Aaliya.
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...