Sudah dua minggu lebih Aaliya bekerja di sini. Tangannya mengemop tandas, dengan senyuman tenang dan syukur di bibir. Tak sangka betul dia akan kerja dekat tempat mewah macam ini. Aaliya mengetahui kebesaran, kegahan, betapa besar empayar company ni, dan betapa legasi Zill mempunyai banyak harta di luar-luar negara dengan kehebatan dan martabat yang dibawa.
Bekerja sebagai coffee lady merangkap cleaner di sini, tidak bermakna dia sudah tidak berborak dengan Kak Linda. Dari Kak Linda dan beberapa majalah yang ditunjukkan Kak Linda lah, baru Aaliya kenal muka dan rupa bos besar bangunan tinggi ini. Dan dari Kak Linda juga lah, Aaliya mengetahui mengenai company besar ini serba-sedikit. Dia cumalah pembuat kopi, jadi memang tiada fail sejarah syarikat untuk ditenung dan dihadamkan. Selepas bekerja di sinilah, baru dia tahu siapa itu Zill Qayyim hasil daripada didikan Kak Linda.
Sudah dua minggu di sini, Aaliya cuma berborak dengan Sheila sahaja. Itu pun tegur-tegur begitu je kerana Sheila sibuk dan lunch di luar. Aaliya cuma lepak dekat pantry je.
Dan Zafar. Aaliya senyum mengingatkan pak guard itu. Dia baik. Aaliya selesa dan tidak merasa takut langsung. Kerana Zafar cuma menegurnya bila dia masuk kerja dan balik kerja saja. Kadang-kadang Zafar menemaninya tika menunggu Rapid untuk ke LRT terdekat.
Sepenuhnya, Aaliya gembira dan selesa kerja di sini. Tika di awal fasa kerjanya, dia dikehendaki membayar untuk uniform. Tapi Aaliya tiada duit. Dan Cik Sheila lah yang menolong. Apabila gaji sudah diperoleh, baru dibayar kepada Sheila.
Zafar dan Sheila... mereka baik. Tidak rapat sangat dengan Aaliya. Menjadikan Aaliya tidak langsung risau dan takut memikirkan rahsia di kampungnya. Rapat biasa-biasa saja. Aaliya selesa dengan keadaan itu.
Dan... baru saja dua minggu, tapi gajinya sudah masuk. Kerana masa itu memang tarikh staff sepertinya mendapat gaji. Yang paling memeranjatkan, apabila dicek buku banknya. Ada RM950! Gila betul. Aaliya terlopong macam apa. Tapi Cik Sheila sudah nyatakan, perlu punyai akaun Maybank, perlu buat kad ATM Maybank. Dan Aaliya sudah berjaya settle kan semua itu. Alhamdulillah.
Dia juga sudah mempunyai phone. Mudah untuk menghubungi jika ada kecemasan. Nokia 'cikang' je. RM80 je. Itu pun Kak Linda yang carikan. Buat apa nak pakai yang touch? Aaliya tak tahu nak pakai gadget macam tu. Cukup lah phone yang boleh diguna untuk menelefon dan mesej.
Sesudah mengemop, kakinya melangkah ke pantry. "Tengah hari, boss tak keluar. Dia nak settle kan kerja dalam office. So, Aaliya buat hot coffee. Ambil kek dalam peti tu... and hantar ke bilik bos, ya?" Itu pesanan Cik Sheila padanya tadi.
Berdebar.... kerana sepanjang dua minggu di sini, Aaliya tidak pernah berjumpa dan melihat bos di hadapan mata. Nampak belakang bos pun tak pernah. Bilik bos pun dia tak pernah masuk, cuma lalu je. Kerana tiap pagi, Cik Sheila yang meletakkan coffee bos. "Coffee boss biar saya yang letak. Because, in one go, I kena ready kan keperluan dan dokumen dia untuk hari tu."
Setakat ini, Aaliya cuma kenal dan melihat bos dari majalah Kak Linda sajalah. Aaliya iyakan saja pada Kak Linda, "Ha,ah... memang handsome, kak.", bila Kak Linda sibuk bertanya. Aaliya memang tak kisah fasal lelaki handsome ke, sexy ke. Kerana sepanjang hidupnya hingga kini, cuma sibuk dengan kerja, kerja, kerja untuk menampung hidup. Tiada masa pun mahu usha lelaki.
Tika berkawan dengan Liza di sekolah, adalah masanya bergurau macam itu. Sekarang... hm, takde lagi dah. Apa khabar, ya Liza sekarang? Liza masih belajar lagi dekat UiTM. Moga sihat walafiat sahabat saya yang itu. Amin.
Pada bos ini... Aaliya hanya suka matanya saja. Warna biru. Tak tahu lah kenapa... tapi biru dia cantik. Kak Linda cakap tu bukan contact lens.
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...