Suria memandang Aaliya yang sedang menggodek iPhone di sebelahnya. Tersengih-sengih muka budak itu. Mesej dengan Zill lah tu. (Bukan... Aaliya tengah open Google. Cari something)
Suria senyum teringat tika mula-mula mengenali Aaliya. First time dia nampak gadis ini tika kelas pertama tuisyen... dia sudah ternganga. First time, dia nampak Aaliya masuk kelas selepas seorang mamat menhantarnya di depan pintu.
Mula-mula tu, Suria memang dah aim mamat tu suami dia. Tambahan pula, satu kelas nampak cincin shining di jemari kirinya. So... confirm-confirm dia isteri orang, kan? Dan satu kelas... assume that guy was her hubby.
Tapi... Aaliya tak macam orang lain. Dia diam dan hanya akan berborak bila orang approach dia dulu. Dan dia seorang yang sangat pelik. Dia kelihatan seperti puteri, orang kaya... based on dress, jeans, semua lah tapi dia juga serupa bukan orang kaya. Dia tak berlagak, not even sikit pun dia cakap macam orang kaya cakap.
Sebab... just tengok beg dia, jeans, shoes dia, dress and shirt yang dia pakai masa ke tuisyen, semuanya branded kot. Tapi Aaliya sangat lah low profile. Dah macam timid pun ada. Suria dan classmates lain ada juga try nak korek-korek kayanya awaaakk, tapi Aaliya akan senyum saja dan cakap, "Hehe... ada orang belanja saya."
Aaliya hanya senyum saja melihat mereka yang beria... macam jakun sangat tengok beg dia, kasut dia, simple ankle boots dia, pen dia, pencil case yang ada plug nama orang putih. Aaliya cuma senyum dan layankan saja.
Aaliya memang jadi perhatian betul tika dua minggu awal kelas, masa empat kali pertama mereka berkenalan semua.
"Siapa mamat yang selalu hantar kau tu?"
Aaliya senyum, "Tu kawan saya."
"Suami?"
Aaliya diam. Mereka yang lain sambung, "Aku nampak cincin kau."
Aaliya senyum cuma dan menggeleng, "Tu kawan lah."
"Nasib baik kau dah kahwin, Aaliya. Tak kisah lah kau taraf macam senior aku pun... tapi dah cun melecun macam ni... sape tak nak try."
Mulut-mulut sumbang pelajar lelaki ada yang riuh mengusik begitu. Tapi Aaliya akan terus kerut dahi dan terus tak selesa. Dah tak balas atau riuh borak dengan mereka dah. Jadi... lelaki-lelaki remaja 18 tahun tu pun sengih-sengih dan sudah tak mengusik celopar macam itu lagi.
Dan Aaliya akan ceritakan pada Sham mengenai itu. Sham akan ketawa mendengar bebelan Aaliya di dalam kereta. Selepas ada pelajar lelaki nakal begitu, Sham akan terang-terang tunjuk pada kelas, tika dia menghantar Aaliya.
Sham tunjuk muka... bodyguard dia pada lelaki yang kebetulan sudah sampai dan tika waktu balik. Sham hanya menjeling, hanya tunjuk muka tak puas hati. Jadi mereka yang ingat Sham itu abangnya, semua sudah tak jadi nak be flirty dengan Aaliya. Kelakar si Sham tu, Aaliya selalu ketawa.
Sejak mereka satu kelas makin rapat, kerja bersama menyiapkan tugasan yang diberi cikgu... Suria makin baik dengan Aaliya. Dalam kelas, Aaliya paling rapat dengan dia saja.
And... kecomelan Aaliya, kependekan dia... semua ingat dia ambil SPMU juga. Rupa-rupanya dia sudah 20. Baru nak ambil SPM, kerana ada masalah peribadi. Satu kelas diam saja tika mula-mula.
Lama-kelamaan, mereka sudah biasa dengan perangai diam Aaliya. Bila diajak berborak dan membuat exercise cikgu tuisyen bagi, tiada masalah pun jika dengan Aaliya. Dia ceria bila mereka menegurnya dulu. Dia seperti tak berani nak memulakan perbualan dulu.
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...