19 • HUSBAND

123K 1.9K 88
                                    


Aaliya makan dan merayau memikir tika Zill di pejabat. Bila Maghrib, Aaliya kembali berkurung. Nak jam 9.30, baru Aaliya keluar bilik. Perlahan-lahan kepala Aaliya muncul dari pintu.

Mana tuan?

Aaliya terhendap-hendap... lama Aaliya merayau di tingkat ni. Takde pun tuan. Mana? Aaliya berdiri kejap. Tuan keluar kot. Aaliya nak lepak di mini garden. Bila sampai, Aaliya nampak belakang bos.

Bos sedang duduk di kerusi, memandang langit. Aaliya resah, nak keluar ke, nak tegur ke, nak biar je ke. Ketakutan Aaliya pada bos masih tersisa. Aaliya putuskan nak turun bawah je, takmahu kacau bos. Tapi pada masa yang sama, Zill berdiri ternampak Aaliya.

"Aaliya!"

Aaliya terhenti. Dipusing belakang memandang bos.

"Kau nak lepak sini?" Zill bertanya. Aaliya hanya diam. Zill mendekat ke arah Aaliya. "Kau nak lepak, kau lepak lah. Aku lepak kat tempat lain." Zill usul begitu.

Zill mengalah. Zill rasa Aaliya lebih perlukan taman ni sekarang untuk layan rasa sedih dan rasa melankoli dalam diri. Zill rasa mungkin Aaliya tak suka kalau dia menyibuk di sini.

Pertama kali, Zill menunjukkan yang Aaliya ada hak ke atas sesuatu. Kalau tak, sebelum-sebelum ni semua yang Aaliya buat, masa Aaliya, kedudukan Aaliya, ruang Aaliya... semuanya Zill yang mengarah.

Tapi sekarang... Zill bebaskan Aaliya untuk berbuat apa dan Zill mengalah untuk Aaliya.

Aaliya sedar tu. Aaliya sedar bos sangat lain, mendadak. "Err... takpelah. Tuan duduk lah sini juga."

Aaliya menyarakan begitu. Aaliya teringat kata-kata tuan, 'Kalau kau suka, kalau kau rasa sunyi, sedih... kau lepak dekat sini.' Aaliya dapat rasa... dulu bos sunyi dan sedih, bos mesti akan duduk di sini.

Tapi lepas Aaliya di dalam penthouse ni, Zill tak sunyi, tak sedih. Kerana itu dia sudah lama tidak menyendiri di sini, dia sudah ada Aaliya. Tapi malam ni Zill kembali menyendiri di sini sebab dia sedih.

Zill memandang Aaliya. Aaliya terus tunduk. Zill dan Aaliya sama-sama duduk sebelah menyebelah, tidak kepit seperti belangkas pun. Hanya memandang langit yang berbintang. Sangat cantik.

Mereka berdua sunyi saja... melayan kata hati, melayan bisikan akal, melayan apa yang nak dicakap untuk memecah sunyi, memikirkan kejadian yang sudah jadi selama ini, kejadian petang semalam. Macam-macam yang bermain di dalam kepala mereka.

"Aaliya..." Zill memanggil dulu.

"Ya, tuan." Aaliya masih tebal sisa takutnya tu.

"Kalau... kalau kau ada nak tanya apa-apa, nak... tahu fasal apa-apa... kau tanyalah."

Zill benaran mahu mendengar suara Aaliya. Zill tak kisah Aaliya nak tahu mengenai berita dunia, football news, kerja, bunga... anything. Zill akan jawab. Tak kisah apa-apa. Including hal mereka berdua. Zill akan jawab, meyakinkan Aaliya. Kerana sekarang... Zill sangat rindukan Aaliya. Zill... sangat sangat sangat cintakan Aaliya.

Zill sudah pasti, sudah yakin dengan hatinya sendiri. 100%. Solid. Firm. Very really sure, confidently.

Zill loves this girl.

Aaliya terus mengangkat muka memandang bos. Sebab... bos tak pernah macam ni. Bos yang ini... macam bukan bos, tuan dia. Bos yang ini... macam orang lain. Lepas balik dari Qatar, Tuan Zillnya berubah terus.

Your Boss Your HusbandWhere stories live. Discover now