Aaliya terbaring separuh meniarap. Aaliya kepenatan, kepenatan puasa. Dah tiga minggu bos di Qatar dia cakap tu. Dan dah sembilan hari aku puasa.
Mata Aaliya terkebil-kebil memandang bunga-bunga yang berwarna-warni lembut ditiup angin sepoi-sepoi. Mak Cik Aaida takde. Tapi nanti petang Mak Cik Aaida sampai. Mak Cik Aaida berbuka puasa dengannya hanya bila Mak Cik Aaida takde aktiviti dengan anak-anaknya. Bukan 30 hari puasa lah Mak Cik Aiada buka puasa dengan dia. Baru empat kali Aaliya buka puasa berteman setakat sembilan hari puasa ni.
Aaliya teringat pagi itu, hari di mana bos kena pergi tu.
Bos nampak biasa saja mukanya. Aaliya rasa sangat lain. Kerana pagi tu, pertama kali Aaliya mengetahui aktiviti bos dan ke mana bos pergi. Sebelum-sebelum ni, mana pernah bos bagitahu dia, dia hilang ke mana sampai berhari-hari. Aaliya cuma sedar bos takde dan ada urusan kerja ke entah hape urusan, bila bos tak balik-balik sampai tiga hari. Masa tu dia tahu lah yang bos dia takde.
Sebab tu, pagi tu... dia rasa sangat lain. Kerana dia menghantar bosnya ke pintu lif, dia tahu bos tak akan balik petang ni dan malam ni, dia tahu bos takkan ada sampai bulan-bulan.
Bagasi bos sudah diambil seorang lelaki tadi. Lelaki yang tak dikenalinya, sebab dengan cermin mata hitam dan berkot bagai. Bila lelaki tu dah turun bawah dengan barang-barang bos, bos terus memandangnya dan memeluknya kuat. Didiamkan rasa pelik, dan cuma berpaut mencengkam belakang t-shirt mahal yang dipakai bos.
Pada Zill... dia mesti akan rindukan Aaliya sangat-sangat.
Pada Aaliya... dia hanya pelik dan diam dan ikutkan saja.
Zill leraikan pelukan, dicupped kedua pipi Aaliya, dipandang wajah Aaliya lama. Aaliya cuba kawal haba muka, hanya terkebil-kebil memandang bos. Zill tunduk mencium bibir Aaliya. Aaliya pejam mata, kakinya menjengket, tangannya mencengkam t-shirt di dada bos, menikmati ciuman dalam ini dengan debaran di hati.
Zill kembali memandang Aaliya. Lama memandang, baru dibuka mulut. "Kau... jaga diri elok-elok. Tunggu aku dekat sini."
Aaliya senyum sikit dan mengangguk, "Baik, tuan."
Zill mahu dengar suara Aaliya lagi. Tapi tak mahu menunjukkan yang dia desperate for this girl's voices. So dia menutur begini, "Kau takde nak cakap apa-apa ke?"
Aaliya diam. Bos masih memandangnya, dibalas sehabis hormat, "Saya doakan kesihatan tuan. Dan... saya nak ucapkan... selamat menyambut bulan puasa... dekat... dekat Qatar sana."
Zill terdiam mendengarkan suara itu mengatakan begitu. Sungguh dia terharu dan tersentuh bila mendengar suara polos itu menuturkan, 'doakan kesihatan tuan.' Dan hati lelakinya terusik mendengar 'selamat menyambut bulan puasa.' Sebab.... Zill dah berapa tahun dah wei tak puasa.
Tak puasa... and how dengan bulan Syawal? Haa... Zill ni kesian.
Zill diam lama. Tiba-tiba dilepaskan saja sentuhannya pada pipi Aaliya. "Kau puasa je elok-elok. Aku tahu lah fasal diri aku. Jangan banyak cakap pula. Ingat duduk sini je, jangan cuba macam-macam."
Terus bos pusing masuk lif. Aaliya terpinga-pinga. Bila bos dah hilang, terus ditendang-tendangkan kakinya ke hadapan bagaikan menyepak bola. Padahal sepak udara je. Haha. Aaliya mula membebel, "Eii... gila. Semalam romantik, tadi romantik. Tiba-tiba jadi rimau. Entah hape-hape."
Di dalam lif, Zill menyentuh dadanya. Zill merasa lain... hatinya terusik dengan kata-kata Aaliya mengenai 'mendoakannya' dan mengenai 'puasa'.
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...