6 • HELL

149K 2.1K 75
                                    


Aaliya ditinggalkan berbaring di dalam bilik. Bukan di bilik tadi, tapi di bilik lagi besar daripada tadi. Tadi bilik berkatil kayu serupa antik, ini bilik yang terang besar dan moden.

Lepas Aaliya berendam lama dengan Zill di dalam bath tub tadi, Zill keluar. Tak dikata apa-apa, bos cuma keluar je. Itu pun selepas bos pakaikan dia kemeja dan seluar pendek bos, baringkan dia di atas katil, terus bosnya keluar je. Lama dia baring, cuma terkebil-kebil. Mulai bosan kerana lama terbaring kaku umpama The Mummy, sudahlah sunyi je. Perlahan-lahan dibawa dirinya bangun, dibuka pintu. Sunyi seluruh ruang mewah besar ini. Aaliya pun tahu lah, bos sudah keluar.

Aaliya cepat-cepat mandi wajib, ditunaikan solat zuhur dengan telekungnya. Kiblat tidak tahu arah mana, Aaliya cuma mengikut kata hatinya. Sesudah solat, Aaliya cuba mencari jalan keluar. Memang takde! Ruang ini merata ruang terbuka, hanya menunjukkan balkoni.

Sudahlah balkoni tinggi gila! Entah tingkat berapa. (Tingkat 42, ya Aaliya). Tapi bila Aaliya berdiri di balkoni sederhana luas ini, Aaliya melihat terang dan rasa sangat dekat dengan apa yang dinampak depan matanya. Apa yang Aaliya nampak? Dia nampak jelas di depan matanya, KLCC! Dan awan biru dan semua bangunan tinggi yang lain. Jelas kekayaan dan keindahan taman KLCC bila Aaliya mengintai bawah.

Selepas menyedari KLCC itu, Aaliya terus merayau ke dalam ruang mewah ini. Aaliya nak survey, hehe. Dia terpesona, makin terpukau dengan kemewahan di depan matanya ini. Tika Aaliya merayau melihat sekitar dan seluruh ruang mewah di dalamnya, Aaliya terlupa sekejap pada perasaan takut dan kerisauannya. Di waktu ini, Aaliya cuma sangat jakun dengan kondo, kan? yang tersangat mewah ini. (Penthouse lah, Aaliya)

Sepanjang Aaliya meneroka, mulutnya setiap masa ternganga dan 'waaauu' luas beberapa kali. Kerana segala perabotnya mewah. Dinding dan hiasan dindingnya, ada warna kayu, dicat warna cantik terang... memang terasa aura antik dan moden itu. Duduk di satu ruang ini, terasa antik. Duduk di satu ruang itu pula, terasa moden sangat.

Aaliya terjumpa satu bingkai gambar besar yang tergantung di satu dinding yang agak tinggi. Lelaki dalam gambar itu... lelaki orang putih, misai dan janggut dia... perghh macam British zaman dia belajar Sejarah dulu je. Dan perempuan itu... Melayu?! Cantik... Ni mak ayah bos dia ke? Lama Aaliya melihat gambar itu. Mata ayahnya biru, maknya hazel. Ayahnya berdiri gagah, maknya cantik dan sopan duduknya. Keduanya kelihatan mempunyai kuasa dan harta yang banyak.

Lama ditenung gambar itu, Aaliya sambung merayau lagi. Seperti tempat orang putih dengan segala almari, barang antik, set sofa antik, ukiran klasik dengan rosewood furniture (penthouse Zill ni majorly British interior design). Satu ruang itu berupa ruang tamu yang penuh dengan perabot, sofa mahal yang antik dan dinding berwarna coklat cantik.

Ada satu ruang tamu atau ruang santai yang terang dan lapang berwarna krim. Terdapat satu sofa panjang bersama rak buku apa-apa entah. Benar-benar menenangkan Aaliya. Ada satu ruang itu yang berwarna putih menyeluruh dan penuh set sofa moden besar berupa separuh katil. Dengan ukiran batu jed china (jade ornamentation). Hiasannya, suasananya... tenaaaanngg...

Terdapat satu benda putih bulat yang tergantung. Terus disambung dari siling memanjang ke bawah, berbentuk sfera leper yang terbuka. Dua jengkal saja dari menyentuh lantai apabila Aaliya ukur. Aaliya tenung, rupa-rupanya... oh! Unggun api! Tapi takde apilah masa ni. Yang orang putih selalu guna masa sejuk. (Fireplace) Macam mana bangunan tinggi macam ni boleh ada unggun api? Dari mana asap tu keluar? Terrornya sistem rumah ni. Aaliya makin jakun. Tidak dicampur dengan orang putih punya lampu tinggi yang kristal itu lagi di merata ruang yang sudah dimasuki (chandelier, ya Aaliya).

Aaliya meneroka dapur, dapur yang sangat cantik mewah dan luas. Semuanya kabinet berkayu, di atas dan di bawah. Peti jangan cakap berapa pintu. Dan ada mesin-mesin masak yang Aaliya tidak kenal apa dia. Diteroka setiap ruang yang boleh dimasuki dan yang tidak berkunci. Dan ruang yang Aaliya rasa berani untuknya masuk. Memang mewah teramat. Terasa mahu guling-guling macam orang tak betul di atas semua permaidani yang lembut pakai bulu apa entah tu.

Your Boss Your HusbandWhere stories live. Discover now