Lama Aaliya berkurung di dalam bilik. Lepas asar, lepas fikir sana fikir sini, cakap sorang-sorang... sampailah ke Maghrib. Aaliya baca Quran, solat sunat, sampai lah ke Isyak.
Aaliya tak keluar bilik. Zill tak usaha pun mengetuk, memanggil Aaliya keluar. Untuk pertama kali, mereka tidur asing. Zill di biliknya, Aaliya di katil di dalam biliknya selalu sembahyang.
Satu malam itu, Aaliya tidak tidur. Berfikir, terkenang. Satu-satu kejadian masuk ke dalam minda, kepala dan... hatinya.
Aaliya teringat tika... pertama kali dia period dengan kehadiran Zill. Tika itu... Aaliya sakit perut sangat. Dia tak pernah ada masalah senggugut. Tapi mungkin kesan pil perancang yang dia tidak pernah ambil sebelum ini.
Sakit perut... dan dia hanya berkurung saja di dalam bilik. Zill tika itu sedang menyiapkan kerja di balkoni. Aaliya pejam mata teringatkan peristiwa itu. Baru tiga minggu lepas mereka nikah. Dan kejadian period tu datang.
"Kau kenapa?" Zill bertanya risau sebaik nampak Aaliya mengerekot di atas katil.
Aaliya hanya menangis, teresak-esak kuat. Ditekan perut, beria dikecilkan tubuh, beria dikerekotkan tubuhnya menahan kesakitan. "Saya... tak tahu, tuan. Sakit..." Itu saja yang mampu diluahkan.
Zill sudah macam kucing nak beranak. Aaliya tidak sedar lah yang Zill risau macam kucing hilang anak tika itu. Sebab Aaliya hanya memejam mata mengaduh, menangis menahan kesakitan. Tapi... tika kejadian itu, memang Zill risau melihatkan Aaliya dalam kesakitan yang benar-benar sakit dan seksa.
Diraba tiap inci tubuh Aaliya. Diperiksa suhu tubuh di dahi. Diraba seluruh, baru Zill perasan short cotton yang dipakai Aaliya ada kesan merah, sehingga ke cadar katil mewahnya.
Darah! Zill cuba tarik nafas.
Period atau gugur? Zill cuba tenang.
Period, kot. Mana ada Aaliya muntah-muntah ke tunjuk dia pregnant, kan? Zill yakin Aaliya in period.
Ini pertama kali dia kena situasi ini. First time, Zill tengok girl in menstruate. First time, girl cramps period di depannya. First time, girl kebocoran period di depan matanya. Terus dicapai iPhone menghubungi Sham.
Aaliya tak ingat apa yang bos cakap, dengan siapa. Yang Aaliya sedar, bos terus mengangkatnya ke dalam bilik air. Bila bos mencabut seluar pendek yang dipakai, baru Aaliya sedar dia keluar darah haid.
Segera dihalang bos yang mahu membersihkannya di situ. Zill beria nak buat. Dan Aaliya beria merayu untuk dia selesaikan.
Zill keluar juga akhirnya, bila mendengar suara di luar yang memanggil. Aaliya membersihkan celah kelangkangnya. Dan kembali duduk meringkuk dalam bilik air cuba menahan kesakitan lagi.
Zill segera masuk kembali dengan plastik hijau Watson bersama satu panty untuk Aaliya. Aaliya betul tidak boleh berjalan. Zill yang membukakan plastik tuala wanita itu, Zill yang memegang satu tuala wanita itu. First time pada Zill dalam semua ni.
Aaliya mencapai bila bos sudah hulurkan satu tuala wanita bersama satu panty. Aaliya cepat-cepat buka, pasang pada panty dan mahu dipakai laju. Tapi bos masih ada melihat, menghentikan perbuatannya. Zill faham, dipusing badannya ke belakang.
Bila Aaliya sudah siap memakai pad Stayfree tu, terus dicempung Aaliya keluar dari bilik air. Dibawa Aaliya masuk ke dalam bilik tidur lain. Aaliya hanya membiarkan kerana pinggangnya terasa ketat, sakit!
Zill duduk di birai katil dengan Aaliya di ribanya. Dipeluk Aaliya kemas cuba melegakan tangisan dan kesakitan yang Aaliya jelas alami. Zill cuba 'shh shh' menepuk dan mendodoi Aaliya. Tangan kanannya puas open Safari on iPhonenya. Zill puas Google how to relief the menstrual pain.
YOU ARE READING
Your Boss Your Husband
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue - Chapter 30; incomplete published in Wattpad. She's merely a toffee lydy. Got very nuffin' of scrap of nuffin'. But... she's captivated me. Once a devil, then a husband and a daddy. That is Zill Qayyim...