3 • INTERVIEW

91K 2.2K 47
                                    




            

Aaliya menghubungi nombor yang diberikan Kak Linda menggunakan public phone usang di depan bangunan bilik sewanya. Sekejap saja 'tut tut', sudah ada yang menjawab.

"Hello. Zill Corporation. Who do you want to talk to?"

Aaliya menelan liur, kesat tiba-tiba. "Assalamualaikum." Takut-takut suaranya keluar.

Sheila tersedak kejap. "Hehe. Waalaikumussalam. Ya? Nak cakap dengan siapa, ya?"

Ditelan liur lagi. "Saya ada dapat tahu, ada kerja sebagai pembuat kopi dekat... Zill Corporation. Saya nak cuba?"

Sheila mengangkat kening. Macam pelik minah ni. "Okay, memang betul ada. Tapi saya nak tanya dulu. Kenal Zill Qayyim?"

Sheila tidak mahu mengambil minah-minah yang sangat tergila-gilakan bosnya. Kang dia tak jadi kerja, boss tak jadi kerja. Berbakul-bakul bebelan pula yang didengar nanti kalau boss sudah naik angin. Disebabkan itu, dia memilih Kak Ros dulu. Ibu beranak empat, yang tidak menggeletis seperti belut bila berjumpa bosnya yang handsome itu di depan mata.

Aaliya berkerut kening, pelik bila ditanya seperti itu. Interview ke ni? "Tak. Saya tak kenal. Dia siapa?"

Lurus bendulnya minah ni. Sheila tersenyum lucu. "Tak kenal? Dia boss dekat sini. Tak pernah tengok muka dia dekat paper ke, majalah ke?" Sheila masih nak tahu. Sebab minah ni macam... funny je.

Aaliya semakin pelik bila sudah ditanya macam-macam pula. Tapi dia nak juga kerja ini. Sebab gaji pokok sudah confirm RM2000. Tak sangka boleh dapat gaji sebanyak tu, kerja buat kopi je. Ke tu gaji biasa untuk pembuat kopi dekat syarikat besar? Aaliya meneka bodoh. Mengenai caranya mahu ke tempat kerja itu nanti, dia perlu turun naik LRT dan komuter tapi tidak kisahlah. Kerana Kak Linda sudah setuju mahu menemani, mahu menunjukkan jalan dan cara naik ulat panjang itu nanti.

"Saya betul tak kenal dia siapa, cik." Aaliya membalas lembut. Matanya terkebil-kebil memandang punat-punat nombor public phone ini.

Sheila hmmm, lama. Dia tak kenal Zill Qayyim, boss aku yang gorgeous tu? Hmmm... Boleh lah. Janji dia just nak kerja buat kopi je, tak kisah orang lain. Tak kacau boss, tak kacau orang, boss pun tak kacau dia. Just do the coffee thing. Okay! That's it.

"Okay. Tapi bukan buat kopi je tau kerja awak nanti. Awak kena do some cleaning sikit. Boleh?"

Mata Aaliya mula bercahaya. "Boleh-boleh, cik. Bila saya boleh temu duga?"

Sheila sumpah rasa minah ni kelakar. Lembut je suara minah ni. Sheila senyum. "Esok, jam 10. Datang ke Wisma Putra, Zill Corporation bangunan colour biru, sebelah Wisma Putra tu. Zill Corporation tinggi sikit dari Wisma Putra tu. Boleh?"

Aaliya sudah mengangguk-angguk seperti burung belatuk. "Boleh-boleh. Terima kasih, cik."

Sheila terlepas juga ketawa kecilnya. "Okay, esok datang just cakap nak jumpa Cik Sheila, PA Encik Zill Qayyim."

Aaliya rasa gembira, sangat gembira dan lega. Dirasa seperti beban di bahunya kian berkurang. Tanpa dia sedar... satu baris nama lelaki itu akan merubah hidupnya 360 darjah terus.

"Boleh, cik. Terima kasih. Assalamualaikum."

"Eh kejap? Apa nama awak?" Sheila memintas cepat.

Aaliya sudah memang tersenyum sahaja di pondok telefon. "Nama saya Adara Aaliya."

Sheila diam. Sweet name. Senyum Sheila mendengar suara lurus minah ini mengkhabarkan namanya. Minah ni macam ada something else. Excited pula aku nak jumpa dia.

Your Boss Your HusbandWhere stories live. Discover now