1 • BADRUL

123K 1.9K 93
                                    


"Aaliya!"

Aaliya pandang ke luar kelas. Kelas bising gila kerana ketiadaan cikgu. Patutlah HEM, si Cikgu Noor memanggilnya dengan laungan.

Nama sahaja HEM... tapi cikgu tu lembut je, miaw je. Kerana itu kelas tak perasan akan kehadirannya, mungkin. Tapi tika dia berhadapan dengan pelajar yang betul-betul bermasalah... cikgu tu akan jadi harimau. Rarr!!

Aaliya senyum sendiri teringat akan sahabatnya yang berlelucon begitu mengenai HEM mereka ni.

"Ada apa, cikgu?" Aaliya senyum, lebar. Tapi muka cikgu ini... sedih.

"Hm... awak kemas beg sekolah awak. Ikut saya."

Aaliya terkejut, mukanya terang-terang kosong tidak faham. Cikgu Noor sudah mengemam bibir. Aaliya nampak cikgu ini serba salah dan menelan liur.

"Saya harap awak bersabar, ya Liya. Ibu bapa awak... mereka kemalangan. Dan... bapa awak dah meninggal di tempat kejadian. Ibu awak masih nazak... tunggu kehadiran awak dekat pra hospital kampung ni. Cepat... ikut saya, ya?"

Aaliya terus merasa kosong. Cikgu Noor rasa serba salah. Aaliya tidak bergerak langsung, kosong dan bulat matanya memandang Cikgu Noor.

Cikgu Noor memandang ke dalam kelas, disuruh kawan semeja Aaliya; Liza mengemas beg sekolahnya. Cikgu Noor sudah biasa dengan dua sekawan ini. Kerana mereka memang selalu menolongnya apabila dia memerlukan pertolongan. Dan dua sekawan ini, baik dan ramah pula tu.

Aaliya tidak sedar apa. Dia cuma menyambut beg sekolah bila Liza menyentuh tangannya, menyuruhnya memegang beg itu. Dan kaku, berjalan mengikut hala tarikan tangan Cikgu Noor.

Aaliya termenung dalam dapur rumah. Itu... ketika empat tahun dulu.

Dan sudah genap empat tahun mak ayah meninggalkan dia. Dan genap empat tahun jugalah dia tinggal bersama paksunya. Dan empat tahun juga, dia sudah berhenti sekolah dan bekerja.

Tingkatan 4 tidak sempat dihabiskan. Kerana... dia yang perlu mencari duit dan menjaga dirinya sendiri... dan juga paksu. Bukan paksu yang menjaga dia, tapi dia pula yang menjaga mayat hidup itu. Mayat hidup... Aaliya tunduk. Dia masih saudara aku, darah daging aku. Tapi...

Aaliya kesat air mata. Dia rindu mak ayah. Dia rindu nasihat mereka. Dia rindu perasaan di mana dia tidak perlu takut melangkah masuk ke rumah sendiri. Dia rindu nak bermanja dengan mak dan ayah. Dia rindu semua itu.

Memang dia duduk di rumah sendiri, tapi tidak sebesar mana. Dan bukan sesempurna mana. Tambah menakutkan lagi apabila paksunya tinggal sebumbung pula.

"Mak ayah awak kemalangan masa nak hantar pesanan. Van dorang remuk terus."

Aaliya geleng kepala, taknak ingat. Mata sendiri sudah rasa kian basah.

"Aaliya kena duduk dengan Badrul, ya? Tu je saudara yang Aaliya ada." Suara tok ketua pula memenuhi kepala Aaliya.

Saudara? Huh!

Paksu... Badrul... adik kepada ayah. Tapi dia tidak langsung mengikut perangai baik ayah. Mak... orang susah, sebatang kara.

Dan sekarang, Aaliya sendiri rasa seperti sebatang kara. Tika dia duduk di dalam rumah sendiri, tapi perlu sentiasa berjaga-jaga dan perasaan takut bila melangkah ke dalam rumah yang dahulunya penuh dengan sinar bahagia.

Memang rumah kecil, tidak besar mana, tidak sesempurna mana. Tapi mereka bertiga beranak bahagia dan ketawa bersama-sama. Dulu... bahagia dan seronok je.

Your Boss Your HusbandWhere stories live. Discover now