20 • ABANG

112K 1.7K 27
                                    


Zill membaringkan Aaliya di atas katil di dalam bilik tidur mewah di 45 ini yang sudah kelam suasananya. Di bilik baru, suasana baru... macam first night. Aaliya di bawah Zill dengan masih berpakaian. Tapi... kali ni, mereka betul-betul rasa lain.

Aaliya terkebil-kebil memandang bos, menahan malu, menahan debar, menahan segan, semuanya. Tapi tiada langsung rasa takut atau hina di dalam dirinya. Kerana pandangan bos padanya, menyatakan rasa beza... membuatkan Aaliya rasa sangat.... macam first night. Macam baru kahwin dengan seorang lelaki yang menjadi suami dalam erti kata sebenar. Dengan seorang lelaki yang menyayangi dan mengasihinya.

Zill masih memandang Aaliya. Bibirnya tidak senyum, hanya matanya redup pada Aaliya. Diusap kepala dan pipi Aaliya perlahan.

"You're so beautiful. It 'urts me."

Aaliya teringat. Kata-kata tu... masa pagi lepas dia dirogol oleh lelaki ini. Suaminya...

"Zill... nampak je dia ada semua. Tapi dia takde apa-apa. Hati dia sangat kosong."

Aaliya teringat kata-kata Mak Cik Aaida.

"Aku hidup... dari aku kecil, aku sorang-sorang. Aku waris Zill Family, hanya itu. Aku tak rasa aku ni anak pada Zill Seth dan anak pada Wan Zila. Aku cuma waris. Aku sorang-sorang dari dulu."

Aaliya teringat kata-kata Zill tadi.

Tuan... lelaki ni... dah lama rasa sunyi. Hanya diisi dengan kemewahan, hanya diisi dengan kekayaan dunia, hanya diisi dengan hidup bebasnya. Dia... dah lama tak jumpa kebahagiaan sebenar. Aaliya... rasa simpati dengan bos.

Zill masih memandang Aaliya. Tiba-tiba Aaliya rasa titisan di pipinya. Air mata bos! Terkejut Aaliya. Dipandang mata bos dan muka bos yang hambar riaknya. "Tuan?" Diambil keputusan untuk bertanya dan mengetahui.

Zill cuma teresak dan menggelengkan kepala. "Aku tak tahu. Yer just so beautiful, so gorgeous, so lovely. Dan... aku dah banyak sakitkan kau. Aku betul-betul minta maaf." Dibenamkan mukanya di leher Aaliya dan menangis perlahan.

Aaliya sumpah terkejut. Aaliya tak tahu nak buat apa. Cuma dipeluk bahu bos dan belakang bos. Diusap kepala dan rambut bos di lehernya. "Tuan... tuan janganlah nangis."

Zill berhenti kejap, diangkat muka. Dikesat air matanya, kembali memandang Aaliya. "I just can't... I'm just really sorry. Aku cintakan kau sangat. Aku minta maaf." Zill bersuara dalam esakan. Dikesat matanya yang basah.

Aaliya hanya diam dan memerhati. Tiba-tiba Aaliya ketawa kecil. Dengan dia selengkapnya di bawah Zill dan Aaliya tiba-tiba ketawa kecil. Nampak bebas dan ceria.

Zill terpaku sekejap. Dia senyum juga kemudiannya. Kerana.... ketara kecomelan Aaliya, nampak gadis ini relaks, tak takut seperti sebelumnya. Gadis ini sangat comel sekarang ni.

Oh God... she's just so cute.

"Kenapa kau gelak?"

Aaliya terdiam, tapi masih tersenyum sikit. "Sebab... tuan... menangis... masa macam ni. Sebelum ni... mana ada..." Aaliya memandang kanan sikit, malu tiba-tiba, "... tuan menangis."

Zill senyum lucu. "Ha,ah kan... sebab kau yang selalu menangis, kan? Menangis sakit sebab sedap?"

Terus dipandang bos, serentak mukanya merah menyala. Terus ditutup muka dengan tangan kanan dan memandang ke kanan dengan mata pejam. Terang di telinganya, ketawa bos. Malunya!

Zill mencium perlahan pipi Aaliya. Ditahan geli sedap itu bila merasa bulu-bulu halus kumis bos, halus menyapa pipinya. "Janganlah malu, baby." Zill berbisik perlahan. "Macam tak biasa kita macam ni." Zill berbisik lagi, mengusik.

Your Boss Your HusbandWhere stories live. Discover now