16 • LOVE

115K 1.8K 67
                                    


Aaliya sedang enak bergolek-golek di atas katil membaca novel Melayu bila phone Samsung itu bunyi. Aaliya segera bangun duduk, menjawab. Senyum saja mukanya. Dia sendiri tak sedar dirinya teruja macam tu.

"Aaliya..." Zill memanggil terus, lembut je.

Aaliya diam. Macam pelik je suara bos. Tapi tetap dengan gemersik yang dia suka. "Ya, tuan."

"Aku... aku..." Zill berdebar.

Aaliya pelik. "Ya, tuan."

Zill mengeluh. Aaliya sangat naif. Dia tak rasa... pelik macam aku ke? Tak rasa resah macam aku ke?

Kepala Zill tunduk, memandang suasana laut.

Zill ada penthouse di Qatar. Now he stays there.. Penthouse dua bilik dengan Azham di bilik lagi satu. Zill beli penthouse di Qatar lamaaaa dulu sebab Zill banyak urusan di Qatar.

"Takde apalah. Kau tengah buat apa ni?" Zill tengok jam sepintas lalu. Dah 11+ pm di Malaysia. "Kenapa tak tidur lagi?"

Aaliya diam kejap. Suara bos sangat... lembut dan macam mengambil berat, perlahan je. "Saya... tengah baca novel Melayu, tuan. Tuan... saya nak ucap terima kasih lagi sekali sebab belikan novel Melayu ni. Sebab saya suka sangat. Saya dah baca banyak juga dah." Aaliya senyum.

Zill senyum juga. Aaliya... suaranya sangat lembut. Mendamaikan dan menenangkan Zill sangat. "Sama-sama."

Aaliya dan Zill diam.

Aaliya gabra sebab diam lama. Dan Aaliya gabra sebab Zill cakap sikit dan tak mengusik macam selalunya. Zill diam sebab melayan keresahan sekali gus kedamaian di dalam hatinya.

"Aaliya... aku rindukan kau. Sangat." Tidak mampu ditahan, terus Zill luahkan. Around two weeks left, then it's time for Malaysia curtain. So late...

Aaliya yang mendengar, terus terdiam. Aaliya berdebar. Dia kaku mahu membalas apa. Suara bos sangat gemersik dan romantik dan... macam merayu.

"Tolong, Aaliya. Doa biar... this fortnight (two weeks) passed by quickly. I miss ya too much, so blimey much (I miss you too much, so damn much)." Zill makin merayu.

Aaliya tak faham sebab bos menutur laju dengan slang mat salehnya pekat. Tapi, Aaliya terang mendengar 'I miss ya' tu. Selebihnya Aaliya tak jelas. Jadi Aaliya cuma membalas, "Baik, tuan. Saya doakan, tuan."

Zill menunggu lagi. Aaliya diam saja. Lama-lama, Aaliya sendiri yang memecah kesunyian itu. "Tuan jangan risau. Tuan balik, saya ada dekat sini. Saya... tunggu tuan juga." Itu saja.

Mendengarkan suara lurus dan polos itu, Zill makin tak tahan. Kening Zill mula berkerut. Zill merasakan bibirnya mula twitch. Zill... wanna cry???

Aaliya menggigit bibir sebab diam lama sangat. "Err... Aaliya tunggu... Zill." Itu... dan terus bos matikan panggilan. Aaliya terkebil-kebil sendiri.

Zill terus menamatkan panggilan sebaik mendengar Aaliya mengatakan itu dengan suaranya yang lembut comel.

Zill tak tahu... dia rasa sedih. Sedih sebab rindukan Aaliya sangat ke? Or sebab dia terkenang selama ni dia buat apa pada gadis naif, baik dan berhati lembut tu?

Zill meraup muka, cuba dinafikan air mata yang dirasa menitis.

Aku... tak boleh takde dia. Aku tak boleh tak tengok dia. Aku tak boleh tak dengar suara dia. Aku tak boleh lupa muka comel merah dia. Aku tak boleh lupa rasa bila tubuh dia melekat dengan aku. Aku... aku cintakan dia? Aku... aku sayangkan dia?

Your Boss Your HusbandWhere stories live. Discover now