BAB 3

20.4K 305 5
                                    

Haiqal menguak rambutnya ke belakang. Mukanya nampak tertekan dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Dia mengeluh kuat. Satu demi satu kenangan manis bersama buah hatinya terlayar dalam mindanya. Kalau dapat di undur masa, dia pasti tidak akan menghabiskan masa bertekak dengan perempuan dalam biliknya itu. Sudah lama dia keluar dan meminta staff hotel menukarkan biliknya. Egonya memakan diri sendiri. Semua angan-angannya untuk menghalalkan wanita kesayangannya hancur musnah dalam sekelip mata. Dia mengetap giginya kuat. Menahan dari air mata jantannya jatuh. Dia merenung jauh. Dia berjalan menuju ke balkoni bilik. Lama dia berteleku di situ. Susah untuk dia menerima kenyataan yang berlaku sebentar tadi. Telefon bimbitnya dipandang lama. Dia buntu. Haruskah dia memberi waktu kepada Uqasha untuk menarik kembali keputusannya atau haruskah dia menelefon gadis itu, memujuk untuk meneruskan hubungan mereka. Dia berani bersumpah atas nama arwah mamanya jika itu yang diminta wanita kesayangannya itu, kerana dia tidak melakukan salah. Dia dianiaya. Ya! Perempuan itu. Hatinya mula kembali terbakar teringatkan perempuan itu. Dia bingkas bangun. 

'Semuanya sebab perempuan tu'

Haiqal hampir lupa kewujudan  wanita itu dalam biliknya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan matanya tertacap sekujur tubuh milik wanita itu di sudut bilik. Kepalanya disandarkan ke dinding. Mukanya menahan kesakitan. Haiqal tersenyum sinis. Dia menuju ke arah pintu bilik dan mengunci pintu tersebut. Sunyi. Bagaikan ada satu suara menyuruhnya untuk membalas dendam kepada wanita tersebut. Akal kotornya mengaburi minda. Akal panjangnya mula ligat memikirkan sesuatu. Apa yang harus dilakukan kepada wanita itu. Akalnya ligat memikir dan dia tersenyum jahat. 

Haiqal berjalan pantas menuju ke gadis tersebut. Melihat muka wanita di depannya membuatkan darahnya mendidih. Mukanya merah padam menahan marah. Bila-bila masa sahaja amarahnya itu akan meletus seperti gunung berapi. Dilihatnya gadis tersebut masih memegang pipinya sambil air matanya tidak henti-henti berjujuran. Dia makin berang mengenangkan kejadian yang berlaku tadi.

Mia mengelap darah dimulutnya dengan baju tidurnya. Satu tangannya mengurut kakinya. Sakit. Rambutnya yang lurus dibiarkan lepas. Cantik. Mungkin kerana ketakutan sampaikan tidak perasan dia tidak mengenakan sebarang alas kepala. Lehernya dibasahi peluh.  Dalam hatinya berdoa semoga tidak ada apa-apa lagi yang akan berlaku. Lelah dia melayan setiap adegan-adegan di depan matanya. Dia menguatkan diri untuk berdiri, namun kakinya tidak dapat menampungnya. Dia terduduk kembali di sisi katil. Mia memejam mata, tanda berputus asa.

'Mak abah, tolong Mia keluar dari bilik ni'  Dari kejauhan, sepasang mata sedang asyik dan galak memerhatikannya dengan 1001 rancangan jahat. Mia tidak perasan dengan pandangan itu masih sedaya upaya untuk melepaskan diri dari bilik tersebut.   

Haiqal menyambar tangan Mia. Dia bagaikan di rasuk. Rambut Mia ditarik kebelakang. Mia terduduk di atas katil. Mia menjerit meminta dilepaskan namun tidak sedikitpun suaranya keluar. Sakit tekaknya masih bebisa, namun air matanya yang keluar menggambarkan betapa menderitanya dia sekarang. 

"Siapa upah kau buat semua ni? Siapa?" Haiqal menengking. Tangannya masih menarik rambut Mia tanpa belas kasihan. Puas hati melihat wanita di depannya menangis. Pasti ada seseorang telah menghantar wanita d idepannya itu untuk meruntuhkan hubungan yang telah dibina setelah sekian lama bersama Uqasha. 

Mia menangis ketakutan. Badannya bergetar. Kulit kepalanya sakit kerana rambutnya masih ditarik kuat oleh lelaki tersebut. Tangan lelaki tersebut memicit kakinya yang terseliuh. Mia mengelupur kesakitan. Sungguh hina diperlakukan sebegitu rupa. Mahu sahaja dia menjerit mengatakan dia tidak tahu menahu tentang semua ini. Dia menepuk kasar tangan Haiqal tanda menyerah kalah dan minta dilepaskan. 

"Aku tanya siapa upah kau? " Haiqal masih menyoal soalan yang sama. 

"Saya betul-betul tak tahu apa-apa." Kedengaran suara serak Mia membalas. Tidak terdaya untuk melawan lagi. 

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now